Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

January 14, 2013

Kerana kamu, tidak pulang kaki ini

Peperiksaan akhir semester 1 Ijazah dah habis dan alhamdulillah result juga telah disenarai kemaskan. Cuti musim sejuk bermula. Ramai yang dah mula tergesa-gesa kesana kemari membeli souvenir untuk dibawa pulang, bahkan hari ini juga sudah ada yang mahu pulang ke Malaysia. Tersangat rindu, tidak sabar, tidak mahu tunggu lagi, rasa nak mati, rasa nak nangis..., hmmm kata mereka. Itu tidak menjadi kesalahan kerana sememangnya fitrah manusia, merindui yang tiada. Diri ini, ya saya, hanya berdiam diri, melayang dalam khayalan sendiri. MasyaAllah..., mereka bertanya, "kenapa kau tak balik?", hanya senyum sambil memutar kata cuba sedaya untuk bergurau dan mengelak untuk menjawab.

Mengerti tugas masih banyak pada langkah langkah masa depan yang bakal dipijak. Satu janji yang aku buat suatu ketika dulu, menyebabkan diri ini masih tidak mampu pulang. Masih malu utuk pulang, masih takut untuk pulang. Ya Allah, walaupun sedar akan peluang yang Engkau berikan untuk diri ini menunaikan kata-kata dahulu, mohon seribu keampunan ya Allah, kali ini masih cuba mengelak. Terasa diri masih lemah dan tak bersedia.

Malaysia, tanah yang disayangi. Cabaran yang lebih tajam daripada duri ros dan lebih besar daripada benua benua bumi tersedia menanti kepulanganku. Mereka yang masih tak mengerti akan kemanisan Islam. Yang hanya Hidup sebagai penganut agama Islam dan bukan sebagai yang Muslim. Yang masih tercari-cari kenapa mereka sembahyang, kenapa mereka diciptakan sebagai Islam dan kenapa Islam menetapkan pelbagai jenis peraturan dan mengkehendaki Muslim hidup dengan penetapan ini. Mereka..., mereka yang masih tertanya-tanya.

Saudaraku, calon-calon syurgaNya yang disayangi, diri ini menangis saat membuat keputusan, terbayang kamu pada urat urat otak menyebabkan hati mengecut mengecut dan mengecut. Diri ini telah menetapkan janji padaNya akan menyampaikan kepada kamu, satu ayat ini, ayat yang menyebabkan ketidakpulanganku, ayat yang menyebabkan aku menangis memikirkan kamu, wahai saudara-saudaraku, ayat yang ingin aku sebut dengan nada perlahan, bisikan ketelingamu, disaat tanganku memegang kedua bahumu, aku berjanji untuk sampaikan kepadamu :

"Masuklah kedalam Islam sepenuhnya wahai saudaraku, wahai saudara sepenciptaku, wahai saudara seagamaku, Masuklah kedalam Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya pada keturunan, bukan hanya pada tudung, bukan hanya pada sembahyang atau puasamu, Masuklah kedalam Islam atas satu dasar dan hanya atas dasar ini 
'Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah dan kita adalah HAMBA-HAMBANYA'.
Sebutlah wahai saudaraku, sebutlah..., sebutlah dengan hatimu, hati yang Dia cipta, hati yang kamu sayang itu, Sebutlah... " 
*menitis air jernih dari jalan hujung mata

Janganlah kamu menyoal dan terus bersoal kenapa dan kenapa, kerana sesungguhnya soalan-soalan yang tidak terjawab kamu itu tentang kenapa dan kenapa akan terhenti disaat Dia pula yang menyoalmu, 'Ma Rabbuka!' (Siapakah Tuhanmu).
Bangunlah untukNya, tidurlah untukNya kerana hidupmu dan matimu sesungguhnya adalah untukNya. 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie