Jaulah pertama alam tarbiyah,
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Melawat Nami Island
First Jaulah Kami 6 saudara, Ya MasyaAllah, banyak kali hati ini menangis sedu senyap sembunyi.
Bak kata seorang akhawat, "Setiap benda yang terjadi dalam hidup kita sehari hari mesti ada sesuatu yang Allah nak tegur kita". Kalau kita bare in mind this one sentence by this akhawat, nescaya hati akan sentiasa dibasahi iman dan nescaya hatimu akan sentiasa menangis merinduiNya. MasyaAllah, masyaAllah, masyaAllah...
Semangat kecil kami mencorak langkah pertama keluar dari 'sarang' yang dihadiahkan khas daripada akhawat Korea buat 8 hari ini, kami sudah dihujani salji Korea (hujan lagi salji lagi *gulp, tak dapat didescribe). Dalam kegembiraan memuji makhluk bunga Allah ini, di banding bandingkan dengan salji di Beijing, ianya lebih tebal disini, lebih putih, nampak lebih suci. Ya Rabb, apa yang ingin Kau sampaikan? Langkah pertama kami disini Engkau kurniakan salji nikmatMu? Apa kata-kataMu pada kami yaAllah?
*bump! tadah tangan, kenapa kilasan kilasan wajah sahabat yang di Malaysia menyilaukan mataku tiba-tiba? Ya Allah, sihatkah mereka. Masih tsabatkah mereka disana? Jagakan mereka. Engkau tak mahu diri ini lupa diri ya..., hi2. Dengan izinMu, dengan izinMu...
Redhakan saljinya melompat lompat, jaulah takkan terhenti hanya menikmati. Langkah lagi. Perjalanan ke pulau Nami memakin masa lebih kurang 2 jam lebih. Iman~! Iman~! Jangan kering~! Bertukar tukar train (LRT), berdiri diri, tersengguk sengguk (tabiat bila on kenderaan, ngantuk~). Dari Suwon, ke pulau Nami, really exhausting, tapi berkat kami si burung burung yang terbang awal hari ini, Pulau Nami menyambut kami dengan keputihan salji. MASYAALLAH! *hati menjerit... Kerana inikah Engkau turunkan saljiMu? *masih tertanya tanya
Sejuk mula menyengat nyengat badan kami yang masih tak bersedia. Kata seorang sahabat, cari icon nami tangkap gambar lepas itu fikir tentang alam Allah kejap, InsyaAllah boleh bergerak pulang. Itulah susunan kami hari ini. Berbahas bahas akan kenyataan salji yang cantik. Mula meragui ketulenannya. Macam tak percaya, tak percaya. Ini kah salji. Kenapa terlalu halus, terlalu cantik, terlalu tebal. Berbahas bahas, bersoal soal antara kami.
Ditemani saudara kuat Kak Tehah dan Kak Huda, ramai saudara-saudara yang berkunjung ke sini adalah on tour guide, dari Thailand, Malaysia dan Indonesia. Lepas setengah jam dari saat langkah pertama memijak pulau Nami, kelihatan pulau yang sebentar tadi putih mula menghitam dipijak beribu orang, ibarat banjir kilat yang datang tiba-tiba. Belum bersedia *sedih.
Tinggalkan pulau Nami dalam keadaan sebak dengan jejak hitam yang kami tinggalkan, syukur dengan masih terjaganya ia, penat dengan pengetahuan akan bertukar-tukar train untuk dua jam sekali lagi sebelum boleh tiba di rumah. *ehem senyum comel, nilah yang Dia nak uji hari ini.
Ibrah ke Pulau Nami meng'amazing'kan. Berderet jadi perkataan yang hanya akan disemat dihati, tidak dapat di'print' ke blog ini. Mungkin ini juga salah satu yang Dia nak tunjuk, 'tak semua boleh di'fizikal'kan. Tak semua...
Tags Today : salji, train, nami island, kak teha, kak huda, musolla, nasi goncang, dunkin' donuts.
No comments:
Post a Comment