Jaulah pertama alam tarbiyah,
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Rumah Ustazah dari Indonesia di Korea.
Hari hari disini mula kelihatan seperti suasana Malaysia, mungkin kerana mataharinya dan udaranya yang tidak sejerebu Beijing. Pemandangan dimana-mana sahaja kelihatan cantik didalam kamera, kata seorang sahabat. Seriously, Hari cerah, memang menyenangkan. Hari ini, perjalanan ditemani Kak Tiya dan Kak Krun, 2 akhawat hebat ke satu destinasi, moga perjalanan kami dirahmatiNya, satu perjalanan untuk berjumpa an amazing person, akhawat berusia 29 tahun dari Indonesia yang berada di Korea baru tiga bulan. 'Ustazah' panggilan kami kepadanya.
Saat ingin mengetuk pintu rumahnya, hati ini berdebar debar. That door was alarmed with 'salam', bak kata BrotherhoodArts, *ahaks~. Saat mata bertentang mata, hati ini, caiiirrr... MasyaAllah sejuknya, tenangnya wajah hambaMu yang ini ya Allah. Dia menjemput masa, dijamu kami hidangan yang enak khas daripada tangan seorang saudara Islam daripada Indonesia. Of course ada misunderstanding apabila berkomunikasi kerana pengunaan dua bahasa yang berlainan. Nak nak pula diri ini bukan peminat cerita Indonesia, semakin blur dibuatnya. Tapi amazingly, hanya bertiangkan kami seagama, apa yang kami ingin sampaikan kepada satu sama lain, tercapai dengan jayanya. Diri ini kagum, kagum... dan tak boleh berhenti mengagumi. Bagaimana ya Allah, bagaimana Engkau cipta insan insan ini supaya muncul dalam timeline hidupku... Tiba tiba berasa malu dan sangat rendah diri. Terasa tak layak untuk bertentang mata dengan Insan insan hebat ini...
Perkongsian pengalaman dan sedikit ilmunya bagaikan Sungai Nil buat diri ini dan sahabat sahabat, mengalir dengan jernih dalam lubuk hati membuang kekotoran demi kekotoran dan tak sedikit pun kekotoran kami ini menjejaskan kejernihannya, hanya terus mengalir dan mengalir dan berusaha mengairi kami.
Ingin diri ini berkongsi pengalaman yang satu ini, yang dirasa berharga ini dengan sahabat lain, pengalaman yang mana jangan merasa diri kita hebat. Kerana di luar sana saudara kita yang kita anggap lemah, yang kita anggap tak kenal, yang kita anggap jauh, sedang berjuang dan berjalan diatas jalanNya dengan gah sekali hanya dengan menjadi hambaNya yang patuh, mereka menjadi hebat. Hebat..., sangat hebat...
Tags Today : hari cerah, ustazah Indonesia, kak tiya, kak krun, fikrah manusia
No comments:
Post a Comment