Dua Item hilang, ganti dengan yang baru tapi yang bagus terus... (Versi 1) Pendrive
Hari tu ada 2 pendrive, satu hilang dibawa pergi seorang cikgu tahun lepas, satu lagi pass kat kawan-kawan pinjam punya pinjam, pass punya pass, senyap camtu. Salah diri sebab tak aware. Walaupun, pendrive yang kedua ni sayang sebab abah yang bagi. Tapi, tak apelah, sedih kejap je, Allah kata pendrive tu bukan rezeki kita.
Dua Item hilang, ganti dengan yang baru tapi yang bagus terus... (Versi 2) Kasut
Hari tu, mula-mula sampai sini belajar ada beli dua kasut sukan, kononya nak guna untuk semua musim. Tapi satu dah patah dua tapaknya, satu lagi bahagian tumit dah lusuh dan nak tercabut. Ingatkan nak pertahankan sampai balik Malaysia bulan 7 nanti baru nak cari yang baru kat Malaysia, tapi musim sejuk kali ini sangat mengancam kaki, untuk meneruskan perjalanan di musim ini belilah satu.
Dua-dua item pun barang China, walaupun orang kata barang 'made in China' nih diragui sikit sebab tak kukuh, tapi InsyaAllah akan dipertahankan selama yang mampu, kerana dua-dua item nih dibeli atas dasar keperluan jadi agak tak disangka dan tak ada dalam list, apatah lagi dalam bajet. Jadi bajet semester ni lari sikit. Walau bagaimanapun, Kene sentiasa bare in mind,
InsyaAllah rezeki dan nikmat Allah tu takkan putus.
#Tag Blogger pada gambar masih 2012, Kesilapan teknikal disitu >_<"
No comments:
Post a Comment