Jaulah pertama alam tarbiyah,
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Perbincangan tentang Kami
: Melawat bandar Islam Korea, Itaewon
Hari ini kami dibaja dengan baja hati, tamatnya hari ini hati kami sudah terbina taman, berbunga bunga, berorkid orkid *bak kat si pemuitis. Ahaks. Hari ini 'bulb' yang diberi akhawat Korea sangat mencerahkan. Kami hari ini sudah punya timeline hidup, timeline hidup kami pada zaman pemuda kami. 17 - 45 tahun, Jangan Kamu Buat buat Tak Ingat~! *cakap pada umur sendiri. Sahabat Rasulullah SAW pada seawal usia belasan tahun sudah menunggang kuda, bermain pedang sedangkan kami sekarang yang dah menekan butang awal 20-an baru hanya mahu berjalan, baru bangun dari tidur.
MasyaAllah, jelas serius masalah kami! Tapi Kak Krun kata "Kita pemuda kena ada keyakinan, baru boleh bertindak" kalau bermimpi nak bermain kuda lompat sungai-sungai, jangan jalan ke sungai tak kenal, kuda berapa kaki tak tahu. *ehem~ Hari ini kami menulis, berjanji mencapai, beberapa tindakan yang bakal kami buat dalam menyusuri usia pemuda kami. Mungkin dakwat tulisan tindakan tindakan ini tak kekal hari ini nampak lusa dah 'invisible', tetapi kami menulisnya bersama, InsyaAllah kami juga akan saling mengingatkannya bersama. Kalau mahu dihurai, banyak point yang terlekat pada urat otak daripada kata-kata akhawat akhawat disini, jadi, biarlah otak menjaga, hati mengingat, mulut menyampai bukan berhenti setakat di post bertarikh 21 Jan ini.
Gambar pertama di atas ada tertera "Selamat Datang pelajar Malaysia". MasyaAllah OSEM~! Akak kata sebab kawasan U ni ramai pelajar Malaysia, dan kedai ini pula selalu mereka kunjungi. Maka terteralah beberapa perkataan Melayu ini dipintu kedai di kawasan ini. Kalau nak diikutkan tak ada apa yang hebat pun sebenarnya, Tapi bagi diri ini, serius, kagum! Betapa bahasa itu boleh berada dimana-mana, macam bahasa alQuran, satu alam ciptaanNya tahu. Hebat, kan.
Kreatifnya cara mereka mengdisplay makanan. Makanan yang dihantar kemeja pula sebijik sebajak dengan yang didisplaykan, walaupun bentuk 'muka makanan' juga tak ada yang berbeza. Mengiurkan. Nak makan tobokki (rica cake), nak makan ABC (ais kacang), nak makan ais krim. Tapi hari ini Dia mengajar tentang satu kawalan yang dipanggil 'nafsuMakan-control'. Dulu pernah menjadi Illahku, pojaanku. Kini mula mengawal sebaik mungkin. Makan hanya untuk mengisi perut untuk memproses tenaga supaya dapat terus berjalan InsyaAllah berlari di jalanNya kearahNya. Jadi makan tobokki je. One plate, half yang tak tersentuh. Material yang disatu sisi pinggan itu adalah yang diri ini cuba telan tapi tak dapat menahan rasa ingin mengeluarkan. Mereka saudaraku disana tidak dapat makan. Disini pula, memilih milih. Sedih. Bagi seorang yang always habiskan makanan, serius sebak. T_T.
Gembira melihat kami semua for the first time ber'skirt' labuh sekali gus bersama. Sama seperti kebanyakkan yang ramai, ikhlas, kami tak biasa. Lebih selesa ber'jeans' longgar dan berseluar 'trek', juga menutup aurat. Tetapi ini percubaan kami untuk membiasakan. Seperti mana mereka dimasamu ya Rasulullah. Kami ingin merasakan nikmat hidup dengan sunnahmu dan cintaNya. Jangan pula mereka menganggap kami terrorist. *erh, tiba-tiba
: Melawat bandar Islam Korea, Itaewon
MasyaAllah, jelas serius masalah kami! Tapi Kak Krun kata "Kita pemuda kena ada keyakinan, baru boleh bertindak" kalau bermimpi nak bermain kuda lompat sungai-sungai, jangan jalan ke sungai tak kenal, kuda berapa kaki tak tahu. *ehem~ Hari ini kami menulis, berjanji mencapai, beberapa tindakan yang bakal kami buat dalam menyusuri usia pemuda kami. Mungkin dakwat tulisan tindakan tindakan ini tak kekal hari ini nampak lusa dah 'invisible', tetapi kami menulisnya bersama, InsyaAllah kami juga akan saling mengingatkannya bersama. Kalau mahu dihurai, banyak point yang terlekat pada urat otak daripada kata-kata akhawat akhawat disini, jadi, biarlah otak menjaga, hati mengingat, mulut menyampai bukan berhenti setakat di post bertarikh 21 Jan ini.
Gambar pertama di atas ada tertera "Selamat Datang pelajar Malaysia". MasyaAllah OSEM~! Akak kata sebab kawasan U ni ramai pelajar Malaysia, dan kedai ini pula selalu mereka kunjungi. Maka terteralah beberapa perkataan Melayu ini dipintu kedai di kawasan ini. Kalau nak diikutkan tak ada apa yang hebat pun sebenarnya, Tapi bagi diri ini, serius, kagum! Betapa bahasa itu boleh berada dimana-mana, macam bahasa alQuran, satu alam ciptaanNya tahu. Hebat, kan.
Disepanjang jalan ke Masjid ini, mata kami dihiasi wanita berhijab dimana-mana. Berpurdah ayu juga ramai. Seperti tak percaya berada di Negara yang meriah dengan dunia entertainmentnya. Disini bak pusat Islam yang meriah dengan suasana Islam. Slack di satu dua titik dimana kelihatan bar kecil. Tapi yaAllah InsyaAllah apabila tertegaknya undang-undangMu, tidak akan kelihatan lagi titik hitam yang mengotorkan bumi Indah di Itaewon ini ya Rabb. *air cetek bertakung didalam mata
Saat berpisah dengan Kak Solehah dihadiahkan kuih ini. Mencuit hati, sesungguhnya dunia Allah ini penuh dengan perkara-perkara yang membuatkan kita berfikir dan mensyukuri nikmatNya. Bentuk tak menjelaskan rasa. Berintikan kcang merah, krim, jem jagung etc, diri ini ber'thumbs up'! Astaghfirullah...
Tags Today : wahai pemuda, kak solehah, skirt labuh, masjid di Itaewon, jumpa orang belajar untuk masuk Islam, jumpa ramai yang berniqab, kuih pelik, kebab korea.
No comments:
Post a Comment