Jaulah pertama alam tarbiyah,
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Sesi sharing pengalaman sambil makan Baskin Robbins
: Melawat kawasan sekeliling Sung Kyun Kwan University, Suwon.
: Sesi taaruf bersama Batch Junior Malaysian Students in Korea
: Melawat kawasan sekeliling Sung Kyun Kwan University, Suwon.
: Sesi taaruf bersama Batch Junior Malaysian Students in Korea
"Bangunan-bangunan kat sini pelik dan abstrak"
"Mestilah, kan tempat budak engineering"
"Ramai pelajar lelaki compare ngan pelajar perempuan, perasan tak?"
"Mestilah, kan tempat budak engineering"
"Ahaks~ xD I see..."
'Mentol Korea'
They said 'Sharing is caring', this is what we try to proof here. Kadang-kadang kita perasan sorang diri yang bahawasanya kita ada this certain problem yang orang tak ada tanpa kita sedar mereka juga perasan sorang diri begitu. Sedangkan, setiap orang ada kisah dan pengajaran hidup pada masa lampau yang meng'shape' mereka menjadi mereka pada hari ini. Detik-detik perkongsian ini akak-akak, buat kami, sangat bermakna. Tidaklah perlu diri ini membuka pintu rahsia rahsia perkongsian mereka disini. InsyaAllah akan diselitkan dalam cerita hidup sendiri dalam menggunakan ibrah daripada pengalaman mereka yang hebat. Jazakillah...
'Mereka'
Tempat yang dijanjikan adalah sebuah kafe. (Maaf tak sempat catat nama tempat ni =.=" tak pandai baca tulisan Korea), bertemu mata kami dengan pelajar-pelajar hebat, cahaya-cahaya yang memberi sinar pada Islam di Korea, InsyaAllah... 15 permata, memberi kami 'electric shock'. Ketar lutut waktu diserbu mereka. Langgar pipi kiri kanan untuk memberitahu, "kami saudaramu". Hati berdebar debar cuba mengagak apa yang difikirkan mereka tentang kami, musafir dari bumi Beijing.
Tapi MasyaAllah, alhamdulillah Allah permudahkan ukhuwah kami. Mereka sangat mesra, dan menerima kami seadanya ibarat 'pisang goreng panas waktu hujan' *ehem. Kami dimaklumkan oleh sumber lain mereka akan menghadapi peperiksaan pada hari Isnin depan, sangat touching apabila mereka masih meluangkan masa untuk bertentang mata dengan kami malam ini.
Walaupun perjumpaan ini tak sampai 3 jam pun sebab kafe berjejak ini dah nak tutup, tapi lemak perjumpaan ini ya ukhti sangat 'menggemukkan hati'. Gembira, syukur, syukur, syukur... Dapat mengenali generasi yang bakal berlari bersama kami dalam timeline untuk menaikkan Islam kembali. InsyaAllah, andai panggilan syahid, kita akan melangkah bersama, mara bersama, InsyaAllah ya ukhti, perjalanan kita tak sejauh mana lagi, tapi masih banyak yang perlu kita lakukan, bersama sama. Sesi menyiapkan diri kita di bumi asing ini InsyaAllah akan meng'solid'kan iman kita masing masing. Cantik, sangat cantik... Jazakillah atas ukhuwah ini
Tags Today : sung kyun kwan university suwon, kak jipah, kak nisa', strawberi, pengalaman, baskin robbins, masakan akhawat korea, kafe korea, ais kacang korea, batch junior korea, ukhuwah baru, bulatan makin besar,
No comments:
Post a Comment