'Kak Herleena'
Astaghfirullah, baru sahaja diri ini pulang dari kebasahan hujan nikmatNya di bumi Korea, terus Dia mengujiku dengan salah seorang hambaNya ini yang bernama Herleena.
Tiba di Asrama bangunan 6 awal pagi 24 Jan, terus badan tidak mahu berhenti berehat, ibarat rehat yang Dia beri disana telah terlampau cukup. Sekarang apa yang diri ini mahu hanyalah bergerak, bergerak dan bergerak. Tetapi gerakan ini terhenti tanpa satu ikatan. Mustahil untuk insan sekerdilku bergerak sendiri. Kepulanganku disambut dengan kesunyian bangunan 6 tanpa sesiapa tersedia untuk diriku hulur tangan pegang erat bergerak bersama. Apakah maksud kebahagiaan yang Dia beri jikalau hanya diberi peluang masuk syurga seorang diri. Sedangkan Adam membawa Hawa. Inikan aku, Insan sekerdil pepatung di sawah. *sigh. Tanpa sesiapa disisi yang dapat diri ini julang bersama ilmu yang dibawa. Senyap... Diriku hanya senyap... Kosong...
Bangun awal pagi tekad ke NiuJie, bandar Islam Beijing. Makin rindu hati ini. MasyaAllah tiba di NiuJie, mencari bekalan tenaga, memikirkan bilik yang kosong tanpa makanan. Singgah sebentar di Masjidnya untuk menunaikan tanggungjawab wajibku dahulu sebelum bergerak pulang. Disini, pertemuanku dengan Kak Helena, gadis bandar Kuala Lumpur. Ramai orang Malaysia yang sedang berada disekeliling bandar NiuJie, entah kenapa hatiku tergerak untuk bersalaman dengan insan ini.
"Adik dari mana", "saya belajar disini" jawabku ringkas. Dia meneruskan perbualan dengan menanyakan seribu soalan. Alhamdulillah soalannya dapatku jawab. *DUSH~! hati ini tersentap, Insan semuda dia menembakku dengan berbelas soalan, berapa ribukah soalan yang bakal ditanya oleh kaumku di Malaysia nanti? Mampukah aku menjawab semua soalan mereka? Mampukah aku mengsegariskan fikrah mereka dan fikrahku supaya dapat ku pimpim tangan mereka untuk berjalan bersamaku. Ya Rabb, Ya Allah, sesungguhnya jalan dakwahMu tak semudah hanya dengan menjawab soalan soalan mereka.
Kekaguman menyelubungi mata sepet ni selama beberapa hari berhubung dengan Kak Helena dan mendengar cerita beliau, tentang hebatnya ibrah perjalanannya, tentang hebatNya ketidakbergantungannya pada hamba hambaNya tetapi ditetapkan hanya kepada Allah. Menjelajah bumiNya seorang diri dengan maklumat yang telah di'search' dan diselidik. Dengan bekalan ini dia berjalan tanpa mengerti bahasa hamba hambaAllah ini ditempat mereka. Dia adalah yang asing diantara mereka. Despite banyak pengalaman pahit yang dicurahkan keatasnya, dia tekad mengatakan lebih banyak yang baik daripada yang buruk dan sesungguhnya Allah itu sentiasa menjaganya dan dia sedikit pun tidak merasa takut.
Mulut remajaku tanpa alert melontar pertanyaan demi pertanyaan dan dia dapat menjawab soalan soalanku dengan muka senyum lebarnya. Sejuk hati ini memandang keikhlasan dimatanya. Keikhlasannya dalam berukhuwah. Tanpa mengira bangsa dan bahasa, dia sedar dirinya hanyalah insan ciptaannya, dan begitu juga mereka, kami, aku. Jadi tidak pernah terdetik dihatinya bahawa ada yang lain kerana kami semua ciptaanNya, jadi dia tidak pernah takut kecuali hanya kepadaNya.
Ya Akhbar, Ya Esa, Kak Herleena adalah seorang antara berjuta kaum pertengahan yang Engkau setupkan untuk dua tugas besar yang telah Engkau installkan. Yang bak mutiara berharga hidup di dasar laut, dalam gelap tapi tinggi nilainya. Yang hanya perlu diangkat ke darat, ke dunia sebenarnya dan diasah untuk bersinar kerana aku telah menyaksikan persediaannya. Dia mempunyai pengetahuan itu dan sentiasa bergerak untuk mencari dan mendekatkan diri denganMu. Dia hanya masih ragu-ragu akan syahadahnya kerana itu dia mencariMu. Jagalah dia daripada panahan panahan ciptaanMu yang berjalan ke arah nerakamu, tetapkanlah hati insan yang kutemu ini terus di jalan SyurgaMu. Ingin aku temui lagi dia disana. Jagakanlah dia, kami dan juga aku.
No comments:
Post a Comment