(Hanya disediakan kepada yang cukup umur, 18 tahun ke atas. Kepada yang bawah umur,
Allah nampak apa yang kamu lakukan SEKARANG)
Masih ingat Ustaz Yassir? Pebimbing muda, pelajar Malaysia di Jepun? *ehem, Tiba-tiba terngiang ngiang ayat daripada beliau. Katanya,
"Saat Rasululluh tiba-tiba menangis, sahabat mesti bertanya, 'Ya Rasulullah kenapa Engkau menangis?' Walaupun sahabat tidak tahu atau tidak memahami makna tangisan Rasulullah, makna jawapan yang diberikan Rasulullah, mereka kemudiannya turut serta menangis. Kenapa? Tak ada seorang pun melainkan Yang Maha Esa mengetahui sebabnya kerana itulah hakikat cinta, no words can describe it."
Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. #erk, ade kene mengena? Keh...
Inilah satu jenis perasaan yang Allah kurniakan, yang manusia tidak lagi dapat mencari clue bagaimana ia terjadi, bagaimana rupanya cinta bagaimana nak zahirkan cinta ini. Maka terjadilah revolusi hipotesis hipotesis pelik yang mengatakan cinta tu cinta antara makhluk yang tidak sejenis. Apa tu? kucing dan anjing? kupu-kupu ngan burung? ke Ikan ngan ayam = goreng? Apa yang tak sejenis sangat sampai keluar istilah-istilah gaying, lesbianing, pondanis, tomboyis??? Itulah hakikat cinta, saat kamu cuma meletakkan makna kepadanya nescaya kamu akan menyalah tafsirkannya.
Ada pula segolongan manusia yang mentafsirkan cinta sebagai seks. Korang, means saudara sekejadian kita yang TERbekerja sebagai pelacur itu adalah orang yang paling banyak jumlah cintanya ke? Come on la...
Ok, lets talk in my point of view now, (bukan orang kata, nih saya kata)
Dear sahabat, hakikatnya cinta itu flexible. Cinta kita yang paling besar adalah dengan Allah. Hanya denganNya. Allah call kita dengan azan, Berbicara manja dengan ayat-ayat alQuran dan hari-hari dating dengan kita dalam Solat. See? Thats cinta! Cinta kedua ialah ngan ibu bapa. Memang ada segelintir kecil ibu bapa yang tak bertanggungjawab, tapi hakikatnya mereka bermasalah mental, tekanan hidup yang menjadi jadi. Cuba bawa dia kepada cinta dengan Allah, nescaya mereka akan menyintai kita. Tahu tak yang cinta itu juga menunjukkan kebersamaan. Ibarat Rasulullah dengan para sahabat. Always together even when they are crying. Cinta itu jumlahnya infiniti, cinta yang ke'seterus'nya boleh diletakkan sendiri.
Bukan bermakna kita kena sentiasa meluahkan. Memberitahu dan berkongsi segala rahsia nenek moyang tokku tong***. But Be Ikhlas dan Hanya meluangkan dan hanya sentiasa ada apabila kita boleh. Thats Love ya Habibi, thats love~ Bukan sahabat kalau hanya ingin dijadikan teman berjalan ke sekolah tapi balik asing-asing. Bukan sahabat kalau hanya ingin dijadikan teman waktu suka tapi waktu belajar nak sorang-sorang je tahu semua. Bukan sahabat andai hanya dicari waktu diperlukan. Bukan sahabat kalau hanya makan bersama waktu lapar. Luangkan masa. Seperti mana cinta kita dengan Allah, Luangkan masa. Kalau kita sehinggakan tidak ada masa nak solat, tidak ada masa nak baca Quran? Macam mana cinta tuh nak berbunga, baru nak berputik, dah mati. Luangkan masa ya sahabat. Ikhlas... Jangan mengungkit, jangan merungut. Baru cinta itu berbunga bunga membentuk taman taman Indah, macam syurga Allah.
ANDAI sahabat anda sedang menangis, adakah anda hanya akan berdiri ditepi melihat dia dengan penuh jijik dan merasakan dia sangat manja, sangat lemah hanya kerana air matanya? Sedangkan tangisan seorang yang mencintai Allah itu adalah tangisan hatinya. Adakah ini maksudnya dia lemah? Seorang yang mencintai Allah hanya akan menangis saat dia mencari kekuatan, saat dia bersyukur, saat dia memohon ampun akan dosanya, dan saat dia merindui cinta penciptaNya.
Dekatilah dia ya sahabat, andai kamu tidak berdaya membantu, at least let them know, kekuatan yang mereka cari akan dia jumpa samaada bersamamu atau bersama Allah, doa yang dimohon kalau ikhlas, Allah akan mendengarnya, pujuk hatinya, janganlah menangis kerana bukan kita yang paling sengsara di bumi Allah ini. Masih ramai ya sahabat, masih ramai.
Janganlah kamu memutuskan cinta tangisan seorang sahabat dengan tidak menghiraukannya atau hanya memandang dengan pandangan-pandangan kilasan syaitan yang mebisikmu. Jangan... kerana hakikat cinta yang Allah beri itu adalah bersambung dalam hati. Jangan kamu benarkan syaitan memutuskannya. Jangan... Mereka menangis, bersamalah dengan mereka menangis, kerana inilah cinta. inilah hakikat cinta.
No comments:
Post a Comment