Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

January 27, 2013

Dia yang bernama Herleena

'Kak Herleena'
Astaghfirullah, baru sahaja diri ini pulang dari kebasahan hujan nikmatNya di bumi Korea, terus Dia mengujiku dengan salah seorang hambaNya ini yang bernama Herleena. 

Tiba di Asrama bangunan 6 awal pagi 24 Jan, terus badan tidak mahu berhenti berehat, ibarat rehat yang Dia beri disana telah terlampau cukup. Sekarang apa yang diri ini mahu hanyalah bergerak, bergerak dan bergerak. Tetapi gerakan ini terhenti tanpa satu ikatan. Mustahil untuk insan sekerdilku bergerak sendiri. Kepulanganku disambut dengan kesunyian bangunan 6 tanpa sesiapa tersedia untuk diriku hulur tangan pegang erat bergerak bersama. Apakah maksud kebahagiaan yang Dia beri jikalau hanya diberi peluang masuk syurga seorang diri. Sedangkan Adam membawa Hawa. Inikan aku, Insan sekerdil pepatung di sawah. *sigh. Tanpa sesiapa disisi yang dapat diri ini julang bersama ilmu yang dibawa. Senyap... Diriku hanya senyap... Kosong...

Bangun awal pagi tekad ke NiuJie, bandar Islam Beijing. Makin rindu hati ini. MasyaAllah tiba di NiuJie, mencari bekalan tenaga, memikirkan bilik yang kosong tanpa makanan. Singgah sebentar di Masjidnya untuk menunaikan tanggungjawab wajibku dahulu sebelum bergerak pulang. Disini, pertemuanku dengan Kak Helena, gadis bandar Kuala Lumpur. Ramai orang Malaysia yang sedang berada disekeliling bandar NiuJie, entah kenapa hatiku tergerak untuk bersalaman dengan insan ini. 

"Adik dari mana", "saya belajar disini" jawabku ringkas. Dia meneruskan perbualan dengan menanyakan seribu soalan. Alhamdulillah soalannya dapatku jawab. *DUSH~! hati ini tersentap, Insan semuda dia menembakku dengan berbelas soalan, berapa ribukah soalan yang bakal ditanya oleh kaumku di Malaysia nanti? Mampukah aku menjawab semua soalan mereka? Mampukah aku mengsegariskan fikrah mereka dan fikrahku supaya dapat ku pimpim tangan mereka untuk berjalan bersamaku. Ya Rabb, Ya Allah, sesungguhnya jalan dakwahMu tak semudah hanya dengan menjawab soalan soalan mereka. 

Kekaguman menyelubungi mata sepet ni selama beberapa hari berhubung dengan Kak Helena dan mendengar cerita beliau, tentang hebatnya ibrah perjalanannya, tentang hebatNya ketidakbergantungannya pada hamba hambaNya tetapi ditetapkan hanya kepada Allah. Menjelajah bumiNya seorang diri dengan maklumat yang telah di'search' dan diselidik. Dengan bekalan ini dia berjalan tanpa mengerti bahasa hamba hambaAllah ini ditempat mereka. Dia adalah yang asing diantara mereka. Despite banyak pengalaman pahit yang dicurahkan keatasnya, dia tekad mengatakan lebih banyak yang baik daripada yang buruk dan sesungguhnya Allah itu sentiasa menjaganya dan dia sedikit pun tidak merasa takut. 

Mulut remajaku tanpa alert melontar pertanyaan demi pertanyaan dan dia dapat menjawab soalan soalanku dengan muka senyum lebarnya. Sejuk hati ini memandang keikhlasan dimatanya. Keikhlasannya dalam berukhuwah. Tanpa mengira bangsa dan bahasa, dia sedar dirinya hanyalah insan ciptaannya, dan begitu juga mereka, kami, aku. Jadi tidak pernah terdetik dihatinya bahawa ada yang lain kerana kami semua ciptaanNya, jadi dia tidak pernah takut kecuali hanya kepadaNya. 


Ya Akhbar, Ya Esa, Kak Herleena adalah seorang antara berjuta kaum pertengahan yang Engkau setupkan untuk dua tugas besar yang telah Engkau installkan. Yang bak mutiara berharga hidup di dasar laut, dalam gelap tapi tinggi nilainya. Yang hanya perlu diangkat ke darat, ke dunia sebenarnya dan diasah untuk bersinar kerana aku telah menyaksikan persediaannya. Dia mempunyai pengetahuan itu dan sentiasa bergerak untuk mencari dan mendekatkan diri denganMu. Dia hanya masih ragu-ragu akan syahadahnya kerana itu dia mencariMu. Jagalah dia daripada panahan panahan ciptaanMu yang berjalan ke arah nerakamu, tetapkanlah hati insan yang kutemu ini terus di jalan SyurgaMu. Ingin aku temui lagi dia disana. Jagakanlah dia, kami dan juga aku. 

January 23, 2013

#8 Hanbok this is Korea

Jaulah pertama alam tarbiyah, 
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Ke Seoul Global Culture & Tourism Center
: Pencarian souvenirs bersama Kak Aila, M Plaza, Jung-gu

Hari ini hari terakhir untuk berjalan jalan mengenali bandar maju Korea. Hari ini akak kata nak penuhkan barang souvenirs kami. Sebjek hari ini adalah 'belajar mengambil Ibrah melalui pemerhatian' dan 'jangan membeli ikut hawa nafsu'. Jangan jalan dengan membuta tuli. *whoopsss. Pemerhatian kadang kadang sangat membahayakan sebab akan menyebabkan mata kita liar, rolling to the left and rolling to the right. Kalau tersilap langkah akan menambahkan kuantiti dosa yang sedia ada banyak. AstaghfirullahalAzim, entah kenapa tiba-tiba hari ini bersyukur sejenak kerana Allah merabunkan diri. Lower your gaze, lower your gaze, aippp! tapi jangan sesat! Semoga menjadi amalan bukan hanya disini tapi akan cuba dipraktikkan setiap masa.



Bak kata Kak Aila, "tidak perlu bayar untuk mencuba memakai Hanbok disini. Siap ada postcard free. Boleh ambik sesuka hati". Kalau orang Melayu ada baju kurung, Hanbok adalah pakaian traditional Korea. InsyaAllah, kagum apabila hijab + Hanbok = aurat ditutup sempurna. *ehem~



Salah seorang jurukamera kami yang ligat mencari inspirasi. Suka berjalan dibelakang dan menghasilkan karya-karya DSLRnya. Heee~ "Jazakillah ya ukhti"


Ini pemandangan kawasan jalan raya tempat kami ingin searched souvenirs seperti, jersi, baju t-shirt, kerongsang dan souvenirs berlambang Korea. Ini pula Jurukamera yang Kedua kami yang diberi kelebihan dapat melihat lebih tinggi daripada yang lain.
"Jazakillah juga ya ukhti" 

Kerongsang Korea.
"Mereka buat apa dengan kerongsang kerongsang ni kak?"
"Pakai pada kot kerja. Salah satu trend mereka pakai Kerongsang pada kot"
"Patutla besar-besar..."

Tags Today : Kak Aila, hanbok, jersey, baju I love Korea, kerongsang, bandar korea, seafood pizza   
#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar.

January 22, 2013

#7 Bersama makanan Supermarket

Jaulah pertama alam tarbiyah, 
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Rumah tempat kami menumpang Kasih
: E-mart, pencarian makanan Korea untuk dikongsi bersama sahabat lain


E-mart trolley, siap dengan kanta pembesar, takut tersilap baca ingredient, tersilap tengok harga. *hipotesis pandai pandai


Ahaaa..., post kali ini dibanjiri dengan gambar makanan. Ya masyaAllah, mencari yang halal memang agar sukar dengan ketidak fahaman tulisan Korea yang bulat bulat. Tapi dengan bantuan Kak Jipah, salah seorang daripada pembantu hebat kami disini, semua dipermudahkan. Itulah kekuatannya bila kita faham, makanan yang halal dapat dibeli, tujuan tercapai. Boleh aplikasikan benda ni pada ayat alQuran? *Eheee, andai setiap ayat bahasa Arab di dalam alQuran itu kita faham, masyaAllah akan berlakunya revolusi dunia, tujuan tercapai <3



Guess what in the kotak~ Full with seaweed and cereals. Milik mereka yang lain kecuali saya. Dikatakan, makanan disupermarket Korea popular dengan cerealnya yang beraneka jenis dan murah serta seaweednya yang heavenly murah. Tapi atas sebab diri ini bukan penggemar kedua dua jenis makanan tersebut, mengalami kesukaran yang teramat semasa memilih makanan yang hendak dibawa pulang ke Beijing. nak memilih antara sesuatu yang tak jelas ini memang sukar. Tetapi di 10 minit terakhir lawatan ke supermarket  Korea, terhasillah tiga gambar dibawah :


Iftar hari ini. Walaupun kelihatannya sedikit, tapi yaAllah, indahnya puasa itu sehingga Engkau menjadikan hari ini hari kami InsyaAllah dekat denganMu dan juga InsyaAllah dekat dengan mereka. Nak hebahkan suasana cantiknya iftar bersama sama kepada mereka ya lain nanti. InsyaAllah, salah satu tindakan yang terselit didalam list.


Yang terakhir untuk hari ini adalah katil yang kemas. Tak seperti Malaysia, di Korea lebih famous dengan tidur beralaskan tilam nipis diatas lantai. Baik untuk tulang *senyum kambing. Lagipun heaternya memang tersedia di bawah lantai rumah, nak tak nak, inilah tempat paling strategik untuk tidur. Tilam tilam kami yang randomly arranged. Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk hari ini ya ukhti ukhti. Bak kata pembimbing utama kami, "Tidur awal, bangun awal".


Tags Today :   isnin, rancangan asal nak keluar pergi memanah batal sebab hujan, running man, first time keluar dari rumah dengan bertemankan hanya kami, memasak untuk akhawat Korea, misi berjaya, ke Emart beli seaweed dan cereals, tidur awal, 

January 21, 2013

#6 Hari meng'Refresh' niat

Jaulah pertama alam tarbiyah, 
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Perbincangan tentang Kami
: Melawat bandar Islam Korea, Itaewon


Hari ini kami dibaja dengan baja hati, tamatnya hari ini hati kami sudah terbina taman, berbunga bunga, berorkid orkid *bak kat si pemuitis. Ahaks. Hari ini 'bulb' yang diberi akhawat Korea sangat mencerahkan. Kami hari ini sudah punya timeline hidup, timeline hidup kami pada zaman pemuda kami. 17 - 45 tahun, Jangan Kamu Buat buat Tak Ingat~! *cakap pada umur sendiri. Sahabat Rasulullah SAW pada seawal usia belasan tahun sudah menunggang kuda, bermain pedang sedangkan kami sekarang yang dah menekan butang awal 20-an baru hanya mahu berjalan, baru bangun dari tidur.

MasyaAllah, jelas serius masalah kami! Tapi Kak Krun kata "Kita pemuda kena ada keyakinan, baru boleh bertindak" kalau bermimpi nak bermain kuda lompat sungai-sungai, jangan jalan ke sungai tak kenal, kuda berapa kaki tak tahu. *ehem~ Hari ini kami menulis, berjanji mencapai, beberapa tindakan yang bakal kami buat dalam menyusuri usia pemuda kami. Mungkin dakwat tulisan tindakan tindakan ini tak kekal hari ini nampak lusa dah 'invisible', tetapi kami menulisnya bersama, InsyaAllah kami juga akan saling mengingatkannya bersama. Kalau mahu dihurai, banyak point yang terlekat pada urat otak daripada kata-kata akhawat akhawat disini, jadi, biarlah otak menjaga, hati mengingat, mulut menyampai bukan berhenti setakat di post bertarikh 21 Jan ini.

Gambar pertama di atas ada tertera "Selamat Datang pelajar Malaysia". MasyaAllah OSEM~! Akak kata sebab kawasan U ni ramai pelajar Malaysia, dan kedai ini pula selalu mereka kunjungi. Maka terteralah beberapa perkataan Melayu ini dipintu kedai di kawasan ini. Kalau nak diikutkan tak ada apa yang hebat pun sebenarnya, Tapi bagi diri ini, serius, kagum! Betapa bahasa itu boleh berada dimana-mana, macam bahasa alQuran, satu alam ciptaanNya tahu. Hebat, kan.



Kreatifnya cara mereka mengdisplay makanan. Makanan yang dihantar kemeja pula sebijik sebajak dengan yang didisplaykan, walaupun bentuk 'muka makanan' juga tak ada yang berbeza. Mengiurkan. Nak makan tobokki (rica cake), nak makan ABC (ais kacang), nak makan ais krim. Tapi hari ini Dia mengajar tentang satu kawalan yang dipanggil 'nafsuMakan-control'. Dulu pernah menjadi Illahku, pojaanku. Kini mula mengawal sebaik mungkin. Makan hanya untuk mengisi perut untuk memproses tenaga supaya dapat terus berjalan InsyaAllah berlari di jalanNya kearahNya. Jadi makan tobokki je. One plate, half yang tak tersentuh. Material yang disatu sisi pinggan itu adalah yang diri ini cuba telan tapi tak dapat menahan rasa ingin mengeluarkan. Mereka saudaraku disana tidak dapat makan. Disini pula, memilih milih. Sedih. Bagi seorang yang always habiskan makanan, serius sebak. T_T.


Disepanjang jalan ke Masjid ini, mata kami dihiasi wanita berhijab dimana-mana. Berpurdah ayu juga ramai. Seperti tak percaya berada di Negara yang meriah dengan dunia entertainmentnya. Disini bak pusat Islam yang meriah dengan suasana Islam. Slack di satu dua titik dimana kelihatan bar kecil. Tapi yaAllah InsyaAllah apabila tertegaknya undang-undangMu, tidak akan kelihatan lagi titik hitam yang mengotorkan bumi Indah di Itaewon ini ya Rabb. *air cetek bertakung didalam mata 


Gembira melihat kami semua for the first time ber'skirt' labuh sekali gus bersama. Sama seperti kebanyakkan yang ramai, ikhlas, kami tak biasa. Lebih selesa ber'jeans' longgar dan berseluar 'trek', juga menutup aurat. Tetapi ini percubaan kami untuk membiasakan. Seperti mana mereka dimasamu ya Rasulullah. Kami ingin merasakan nikmat hidup dengan sunnahmu dan cintaNya. Jangan pula mereka menganggap kami terrorist. *erh, tiba-tiba


Saat berpisah dengan Kak Solehah dihadiahkan kuih ini. Mencuit hati, sesungguhnya dunia Allah ini penuh dengan perkara-perkara yang membuatkan kita berfikir dan mensyukuri nikmatNya. Bentuk tak menjelaskan rasa. Berintikan kcang merah, krim, jem jagung etc, diri ini ber'thumbs up'! Astaghfirullah...


Tags Today :   wahai pemuda, kak solehah, skirt labuh, masjid di Itaewon, jumpa orang belajar untuk masuk Islam, jumpa ramai yang berniqab, kuih pelik, kebab korea.
#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar.

January 20, 2013

#5 ISOMA Ewha Womans University

Jaulah pertama alam tarbiyah, 
singgah membaja di tanah moden Korea
Tempat membaja : Melihat produk Korea sekitar Ewha Womans Uni
: Melawat dalam kawasan Ewha Womans Uni
: Ke Kedai Buku Terbesar Seoul, Korea
: Melihat perarakan di National Palace Museum of Korea
: Berjalan sekitar GwangHwaMun Square, Seoul



Ewha Womans University



Bandar Seoul
Kedai Buku  
(tak dibenarkan tangkap gambar didalam, *haishhh)
Tapi seriously awesome, dari baskin robbins, alat tulis, alat lukis, souvenir, buku tahunan, kamus, buku rujukan, majalah komik, at one place, Underground... MasyaAllah Koreans... Cool Hah...

Pemandangan Bandar Seoul



Perarakan di National Palace Museum of Korea

Tempat berhenti Solat
\




Last but not least 

Tags Today : hari mengambil Ibrah daripada pemerhatian, melawat tempat tempat menarik di bandar Seoul, mengagumi ke'kreatif'an rakyat Korea, terserempak dua kelompok pendakwah Kristians di tepi tepi jalan, pulang dengan banyak persoalan.
#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar.
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie