13 - 17 Mei 2013
ShenYang, LiaoNing, China
HarBin, HeiLongJiang, China
Day 1
Cita cita kami nak ke Harbin, China yang dirancang pada semester lepas kali ini terlaksana. Yang berbeza bukan kami master planner, tetapi pihak U disini yang anjurkan khas buat pelajar-pelajar Malaysia yang belajar disini. Pergi dalam 3 kali angkut, first angkut adalah Batch paling junior iaitu Batch 5. Diorang balik, kami budak budak batch 4 pula diangkut bersama Batch 2 (yang paling senior sekarang). Manakala angkutan ketiga pula baru bertolak pagi tadi iaitu pelajar Batch 3. Sebelum bertolak, meminta kepadaNya agar diberi ibrah yang bersesuaian dengan kefahaman agamaku sekarang. Biar keyakinan ini semakin teguh, iman ini semakin kuat. Bukan dan tak mahu balik letih tengok gambar and zero. *erk?!
Well, first day, dari Beijing naik kereta api China, CRH 5jam perjalanan untuk tiba di ShenYang, LiaoNing, China (沈阳, 辽宁, 中国). Fuhh, satu perjalanan yang membengkakkan mata akibat daripada tiduran yang over and over again dan tangisan yang menyentap nyentap. Perjalanan baru je bermula, Allah dah bagi ape yang diri ni nak sangat kan, Allah sentap aku dengan pemandangan wajah wajah saudara saudara seagama yang sudah syahid. Pedih mata menangis, melihat tanah gersang, tanah kosong negara China sepanjang perjalanan dalam kereta api. Ada juga kawasan perumahan miskin yang sangat uzur. MasyaAllah, jauh fikiran ini melayang sehingga lupa nak snap gambar buat tatapan ingatan. Ditambah pula sedikit perkongsian daripada seorang sahabat tentang saudara kami di Turkey.
Sepertimana yang umum sedia maklum, negra China sekarang sedang dalam proses menangani sejenis virus yang dipanggil H7N9 (Erk, ke H9N7?) yang merebak melalui burung. Jadi pihak sekolah telah mewajibkan setiap restoran yang diberi mandat untuk menjamu kami makan pagi, tengahhari dan malam supaya tidak menghidangkan lauk yang berasaskan daging ayam. Memandangkan diri ada alahan yang serius terhadap daging kambing, sepanjang 5 hari perjalanan ini, terpaksa menyusahkan teman makan semeja untuk mengenal pasti jenis daging yang ada dalam setiap lauk adakah daging kambing atau daging lembu. Setiap kali makan juga begitu sehinggakan mereka sudah fed-up untuk menjawab soalanku. Ini sesungguhnya bukanlah kesengajaan. Sesungguhnya pertanyaan pertanyaan ini diajukan kerana diri sangat memerlukan. Mohon maaf atas kecerewetan badan yang diberi. Hal ini juga membuatkan selera makan menyusut sepanjang perjalanan. *Maaf lauk kerana membazir, maaf o saudara saudaraku yang sedang kelaparan. Berasa sangat bersalah. T.T
Hari pertama diakhiri dengan muzium muzium dan sejarah sejarah ShenYang, China yang sangat menepukan kotak simpanan dalam otak. Tapi perjalanan kali ini dirancang supaya setiap malam kami dapat pulang dan berehat seawal mungkin di hotel hotel yang telah disediakan dan alhamdulillah, Allah memberi kesihatan yang baik untuk tidak memenatkan.
Day 2
Hari ni adalah hari tempat tempat pemandangan yang sangat cantik. Dari ShenYang kami ambil masa 2 jam perjalanan menaiki bas ke BenXi (本溪), terletak di selatan-tenggara ShenYang, disini terdapat satu lokasi pelancongan yang merupakan gua batu kapur terpanjang di dunia iaitu, BenXi ShuiDong (本溪水洞)ataupun Terowong Air BenXi. Tidaklah akan kagum diri ini selain apabila melihat kreatifnya mereka menghias gua ini dengan lampu yang berwarna warni disamping menjaga kebersihan bekalan air yang mengairi sepanjang panjang jalan terowong ini. Bersih, sejuk, jernih, lengkap mengikut apa yang selalu dibayangkan oleh keinginan nafsu manusia sebagai air yang terbaik.
Di lokasi Terowong Air BenXi ini juga terdapat ramai peniaga peniaga yang menjual buah buahan tempatan.
Hari ini bandar ShenYang mendung, ibarat awan yang cuba bermanja dengan matahari. Memeluk tapi masih membiarkan keberaniannya terlihat oleh penghuni bumi. Hari yang sangat indah pada akhir musim bunga , China.
Day 3
Hari ini Hari ketibaan kami di Harbin, HeiLongJiang, China.
sekali lagi menaiki kereta api China selama lebih kurang 2 jam setengah dari bandar ShenYang ke Harbin. Kali ini emosi yang cuba dikawal didalam kereta api membuahkan hasil. Tapi masih, saat bibir mula ketawa mata mula terlempar jauh ke Syria, Palestin, Burma dan Bangladesh. Entah mengapa sejak terlihat banyak video kekejaman yang dilakukan keatas mereka, hati mula mengambil alih setiap emosi ceria yang cuba ditanam. Anak pokok senyuman ibarat dipijak kaki orang. *sigh.
Hari ini hari yang sangat menakjubkan. Berkenalan dengan hamba Allah yang dikenali sebagai penghuni lautanNya. juga beberapa jenis saudara yang dipanggil haiwan ganas tetapi memiliki personaliti yang sangat sangat Cantik. MasyaAllah... Wahai serigala berbulu putih, wahai beruang kutub berbulu putih, ini kali pertama kita bertentang mata, sesungguhnya aku jatuh hati pada ciptaanNya ini. Saat aku melihat betapa hebatnya kamu dicipta, bibir tak berhenti henti mengeluarkan kalimah AllahuAkbar. Gerunnya diri ini melihat kamu wahai saudara berbulu putih lembutku, kegerunanku kepada penciptamu melampaui batas pemikiran ini.
Bertambah terpikat saat melihat kepintaranmu dalam mengagumi kepercayaanku yang makin menebal atas statement kita makhlukNya hambaNya dicipta dengan satu fitrah untuk mengikut perintah yang baik dan tidak ada perintah yang lebih baik daripada suruhanNya. Kamu wahai saudara anjing lautku, dilatih dan tidak satu saat pun kamu mengingkari perintah Tuanmu. Terima kasih atas pembelajaran hari ini. Sesungguhnya diri ini masih kagum saat Allah menunjukkan bukti ilmu yang dipelajari secara teori daripada buku di alam nyata.
Kali kedua pencarian sahabat berbangsa China dilakukan di Harbin ini. Dipertemukan dengan seorang insan yang sangat comel. MasyaAllah saat mata terikat dengannya, kekaguman yang sebelum ini disambung sambung tidak terputus putus. Ibarat cara mengubah diri kepada mukmin yang lebih baik, perkenalan 1 jam kita bermula dengan tidak biasa, berasa janggal, tetapi saat kita saling belajar mengenali, kita ketawa, senyum hanya untuk menjaga satu sama lain. Ya Rabbku, semoga perjalanan taarufku terhadapMu, takkan pernah tersekat hingga nyawa dicabut malaikat.
Day 4
Diceritakan oleh seorang senior yang mengagumkan, bahawa sumber minyak China adalah daripada jenis sedut, habis. Berlainan daripada Malaysia yang walaupun disedut, sumber itu tetap mengeluarkan minyak. Tapi still, mereka mencari dan mengusahakan sedaya mampu. Sangat mengagumkan.
Selesai 1 jam mentelaah Muzium Minyak DaQing dan berkenalan dengan Lelaki Besi 铁人, kami ambil masa perjalanan 3 jam lagi untuk pulang semula ke HarBin. Malam ini malam terakhir perjalanan kami. Teringan benar melawat masjid Harbin yang berdekatan dengan tempat hotel kami. Tetapi malangnya, Allah mentakdirkan kami tidak sempat berjemaah bersama rakyat Islam Harbin, tetapi suasana kawasan masjid sangat membuktikan bahawa, mereka disini masih tidak mengenali saudara Islam kami disini dengan baik. Sedia maklum, sesungguhnya saudara kami di China adalah yang lebih kuat daripada kami, tapi masih, mereka ditindas.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat didalam masjid, sudah cukup mengairi sungai mata dalam menyedarkan diri bahawa saudaraku disini juga sedang mengejar cintaNya. Dan masjid ini walaupun saat kami tiba sudah mahu ditutup tetapi segenap sudut masjid membuktikan masjid ini di'meriah'kan saudara saudaraku disini dengan cara mereka yang tersendiri.
Day 5
Jadual kami pada hari terakhir perjalanan ni adalah melawat TaiYangDao 太阳岛, ataupun Pulau Matahari ( Sun Island ). Ada yang kaitkan sejarah nama pulau ini dengan pasang surut air di pulau ini. Tetapi sesungguhnya ia terjaga dengan baik. Dan sebab utama kami disini adalah untuk melawat Bing Deng Xue Diao YiShu Guan 冰灯雪雕艺术馆 (Muzium seni arca ais salji). Tak dapat tengok yang besar besaran pada musim sejuk, dapat tengok yang dalam bangunan pun jadilah.
Seterusnya adalah pemandangan sekitar Pulau Matahari.
15 Minit Di Church Hagia Sophia HarBin.
Ada yang mengatakan salib yang dipacak diatas bangunan ini seolah olah warna emasnya tidak masuk dengan warna emas asal bangunan. Seolah olah ianya ditambah. Walau bagaimanapun kisah sebenar Hagia Sophia di Harbin ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kami disini untuk belajar ilmu Allah. Dan hanya Allah yang tahu betapa setiap daripada kami ingin tahu.
Tempat terakhir kami dalam perjalanan kali ini adalah ZhongYangDaJie 中央大街 (Centre Street ). Kami disini atas tujuan membeli cenderamata perjalanan. Dikatakan coklat 'made in Rusia' disini tidak menggemukkan dan sangat istimewa jika dijadikan cenderamata juga sangat seronok dimakan.
Dijelaskan setiap pengunjung yang datang kesini dapat merasa suasana seolah berjalan di jalan jalan Rusia. Dijelaskan juga bahawa MaDingr BingQiLin (Ais Krim Modern) sangat popular disini dan adalah sesuatu yang mesti dirasa sebelum berangkat pulang. Ya Alhamdulillah Allah memberi peluang kami menyelam sambil minum air, disini kami menjadi perhatian, ramai yang menegur kami bertanyakan personaliti kami, kenapa bertudung, asalnya mana, dan yang paling menyenangkan hati, kami secara langsung memperkenalkan Islam kepada penduduk HarBin. Ramai juga yang menghentikan kami untuk menangkap gambar bersama. Ya Allah, ini untuk agamaMu, jauhkanlah kami daripada riak.
Pemandangan tempat letak kereta di Airport Harbin |
#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar
No comments:
Post a Comment