"Izinkan aku, izinkanlah aku memegang tangan lembutmu memimpin melangkah bersama ke kediaman kita disyurga kelak. Izinkanlah aku memegang, bukan kerana diriku mahu kebahagiaan, tapi kerana aku takut kamu yang aku sayang mengheretku ke arah yang bertentangan."
Ya Allahu Rabbi A'lamin...
Pernah mendengar sebuah kisah, tentang seorang sahabat yang sudah berada di dalam syurga meminta untuk melihat keadaan seorang sahabatnya yang disayang, terbeliak mata mulut menghina, didakap syukur sambil berkata, "o yang durhaka, engkau hampir hampir mengheretku ke neraka."
Demi Allah, wahai saudaraku yang ku sayang, disaat hatimu bertanya kenapa wajahku bertukar muram cuka, pahit dikala dipandang, menghiris hati dikala ditatap. Sesungguhnya itu adalah saat aku sedang melawan nafsuku yang sedang cuba mematah, mematah semangat untuk terus berpimpingan denganmu, disaat ia merekah akan tingkahmu yang cuba menolak dari gunung tajam, cuba mengheret ke neraka jahannam.
Aku bertanya sendiri, adakah diri cuba mencari syurga sendiri? Kenapa jalan yang sedang ku lalui seolah tiada mereka bersama? Adakah aku yang tersalah jalan atau mereka sedang meninggalkan aku berjalan seorang? Kemana mereka? Hati terus meragui, seayat janji yang mereka titipkan di bibir kurniaan Ilahi, akan beriringan berpegang tangan menuju syurga abadi.
Tapi,
merasa ringan bersengkang mata kerana peperiksaan menghampiri, tapi qiam sekali ibarat menunggu saksi mati yang hidup kembali,
merasa ringan untuk meragakan jasad pinjaman, kerana kepanasan bumi dalam menurut perintah ya Rabbi,
merasa ringan melakon teater yang bakal dilenyek gunung bergerak, sedang hati masih mencari,
merasa ringan dalam menjentik suruhan Ilahi, sedang kamu menzalimi anggota yang diberi.
Hatiku pernah memberontak, apabila 'zalim' yang telah diajari masih lagi menyelimuti. Tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. barang dapur, barang saudara lain, kata-kata yang ibarat hanya omongan dua saat dan tidak lagi berfungsi untuk saat ketiga, undang-undang yang hanya dipandang bbertulis hitam di kertas putih, bukankah fitrah manusia itu untuk menuruti yang tidak bertentangan dengan arahan Rabbi? Jadi kenapa kamu masih meragui.
Ingin aku mempersembahkan kamu ya saudara kepada mereka yang masih belum faham ad-Deen, bahawa saudara-saudaraku adalah mereka yang betul betul hidup, betul betul hidup dengan cara yang sepatutnya untuk hidup. Supaya aku boleh menjemput kamu bersama sama berjalan bersama kami, hidup dengan cara menyebarkan dan menggeruni satu kuasa kasih yang agung abadi. Tapi jasadku melemah saat mereka juga mengingkari fitrah ini. Tiada bukti yang dapat aku sediakan kepada kamu, kerana bukti bukti yang aku ingin genggam, sudah hancur lebur sebelum dipegang.
Andai suatu hari nanti saat kita diperintah melihat imbalan amal kita dan mengutarakan sebab mengapa kamu masih tidak mahu menuruti, semoga aku adalah antara saksi kebaikan jasadmu dan bukan batu beban yang akan kamu heret bersama ke neraka jahannam. Sungguh aku takut, sungguh aku takut. Tapi kenapa kamu masih berani, walau sudah berbagai bukti jelas yang diberi.
Dan kini aku ragu,
Ragu akan hati diri, adakah hati ini yang sesat daripada golongan kamu yang benar, atau kamu yang membiarkan aku berjalan menghadapi realiti ini sendiri saat kamu cuba mengelak dari kebenaran.
Jawablah ya ukhti ya akhi, kerana sungguh aku merasa lemah sendiri. Apakah nilai Ilahi pada diri, kerana kelihatan dunia sedang mengikat jasad hati mati. Sesungguhnya, yang daie bukan hanya aku, tetapi kita. Yang tidak sempurna bukan hanya kamu, tetapi kita. Jawablah aku ya ukhti ya akhi, dimana kamu masih bersembunyi?
No comments:
Post a Comment