Bagai si buta yang menyuluh lampu dimalam hari,
Tidak ada yang nampak kegunaannya melainkan empunya diri,
Sesungguhnya cahaya itu untuk menjaga yang lain dan juga menjaga diri,
Hanya yang memerhati akan mengerti.
Kekadang sayang tidak perlu sentiasa bersama,
Ya Rabb, Engkau sentiasa ada,
dalam memberi aku pembelajaran tentangnya,
satu subjek yang tidak pernah lekang ditanya.
Sayangi mereka kerana Allah yang Esa,
bukan kerana girang ketawa yang mereka cipta,
kerana kelak andai ada tangis yang mereka paksa,
hati terguris seorang dikala duka.

Terlalu sayang sehingga membiarkan. Terlalu sayang sehingga tidak mahu membenci. Terlalu sayang sehingga tidak mahu bersua muka. Terlalu sayang sehingga tak sanggup meluka dan diluka. Terlalu sayang sehingga belajar untuk menjarakkan diri, mendoakan bahagia kamu semua bukan kerana diri. Kerana pengetahuan kemanisan kasih sayang dalam berukhuwah itu bukan kita bersama saat kamu bergembira hati, tetapi sentiasa ada saat keperluanmu menanti.
Fillah abadan abada.
Sesungguhnya berat hati ingin melepaskan,
Serantai kasih sayang yang dikunci tawa riang,
Tapi demi ukhuwah yang sangat ku sayang,
Aku mengukir senyum tangisan saat menjauhkan.
Salam ukhuwah ya akhawat.
No comments:
Post a Comment