Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 4, 2013

betul ke saya pakai Skirt?

Dulu, pernah bertandang ke universiti akhawat, sekadar lawatan bertanyakan khabar. Betapa waktu itu Allah nak tunjuk, pada waktu yang sama ketibaan diri ini bersama seorang lagi sahabat, akhawat berkenaan rupa-rupanya ada seorang tetamu istimewa yang sedang ditunggunya, seorang saudara seagama kami yang berbangsa China. 

Ketibaan kami dibumi China selalu diwar-warkan bahawa saudara Islam kami di China tidaklah sekuat kami di Malaysia. Mereka tidak berani mengaku diri adalah Islam,apatah lagi mahu bertudung rapi menutup aurat. Pendirian Islam mereka juga tidak kuat dimana selalu mencampurkan antara yang halal dan yang haram. Pedih kekasih hati di saat mendengar berita tentang mereka. Inilah titik permulaan idea idea diri ini tentang saudara saudara seIslamku di China.

Tetapi kini sudah hampir dua tahun berada di bumi China. Bumi asing tempat ku berkenalan degan kekasihku, Penciptaku, Allah SWT Ternyata dalam perjalanan taarufku mengenali kekasih ku ini, aku juga sedikit demi sedikit mengenali saudara saudaraku disini. Diri ini melihat mereka sangat kuat, lebih kuat daripada kami di Malaysia. Sedang kami menganggap mereka adalah satu kaum heartless tanpa pegangan, sebenarnya mereka adalah satu kaum gagah yang tak pernah kenal erti putus asa. Terus belajar terus belajar mengenali Dia. Berlari kearahNya dimana mana sudut waktu yang mereka berpeluang. 

Tapi peluang mereka sangat kecil, sebesar sel DNA ujian makmal, peluang mereka adalah pertaruhan kehidupan seumur hidup mereka sebagai hamba Allah. Mereka akan ditindas kerajaan, akan disisih masyarakat, akan ditarget penjenayah SEANDAINYA, hanya jikalau mereka mengaku diri mereka Islam. Kalimah Lailahailallah, membezakan mereka yang Islam dan bukan Islam. Aku lihat mereka kuat, masih Islam dibawah pimpinan bukan Islam. Cuma mereka kelihatan ketakutan. Ya Allah sesungguhnya ujianMu yang berat hanya kepada hamba yang kamu percaya kuat.

Tetamu istimewa tadi berjalan sopan memakai tudung sederhana labuhnya, t-shirt berlengan panjang dan skirt labuh menutup betisnya. Ya MasyaAllah, sejuk ku melihat saudaraku ini. Sewaktu permulaan perbualan kami, dia bertanya adakah betul mengikut Islam, dia memakai skirt sebegini? Adakah skirt ini cukup untuk menutup auratnya? Kesemua kami terkedu, ada yang mula memujinya untuk mengelak tamparan kata-katanya yang sangat innocent. Kami berseluar jeans, tanpa memikirkan agama, hanya mahu memakai pakaian mengikut trend dan supaya tak dikata orang. Tapi dia? berusaha belajar menutup auratnya, di bumi yang mana pakaian yang dapat menutup aurat dengan sempurna itu susah untuk didapati.

Kemudian kata kata sengatannya bermain lagi, dulu di kampung asalnya, dia dilarang untuk memakai tudung ke sekolah dan di pandangan umum. Dilarang melaungkan azan dengan kuat, dilarang sembahyang dihadapan umum. Mereka di tempatnya ditindas. Hidup bersama sekelompok masyarakat yang tidak suka akan agama mereka, yang mengugut nyawa mereka andai mereka meneruskan kepercayaan mereka ini, kepercayaan kepada Allah yang satu. Tetapi adakah mereka kafir? Tak. inside mereka masih Islam. Azali dan selamanya Islam. 

Mereka lebih menghayati Islam daripada kita. Walapun tidak ditunjukkan melalui tudungnya, tetapi tiap kata-katanya dan kesopanan budi bicaranya sangat melambangkan Islam. Dia menambah lagi, apabila dapat sahaja peluang datang ke Beijing, dia terus bertudung kerana di Beijing, ramai orang asing, yang lebih istimewa, ramai orang asing Islam yang bertudung. Jadi kerajaan tak menghalangnya bertudung di Beijing. Dia dengan gembira menerima seruan tudungnya. Ya MasyaALlah, aku masih kagum hingga sekarang, sekarang, selepas lebih setahun sudah perjumpaan itu berlalu. Aku masih kagum.

Aku mendoakan pakaian yang dipilihnya diredhai kekasih kami Allah. Semoga agama dihatinya dilindungi Allah. Dan Semoga, perjalanan ad-Deennya hingga ke Jannah. Ukhuwah fillah saudaraku. Ingin ku berbicara lagi denganmu di Jannah, memberitahumu betapa kata-katamu mengikis hati hitamku. 爱你!

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie