Selagi kamu Tidak mengalihkan Arah langkahmu, perjalananmu hanya akan tiba ke satu Destinasi
Kami tak perlukan pemimpin yang licik, tapi kami perlukan pemimpin yang bijak dalam menafsir ayat ayat Allah. Yang tegas tidak akan mengambil separuh separuh perintah Allah. Sesungguhnya diri ini tak seberani Al-Bara, sahabat Rasulullah, tapi diri ini adalah pemuda hamba Allah. Seusia begini, sudah kenal erti sayang pada Allah, takut dengan azabNya dan gembira dengan ayat ayat cintaNya.
Ye sahabat, susah nak tegakkan hukum-hukum Allah susah nak tolak benih syaitan yang sedang membesar dalam hati, sama ada soal haramnya couple, bahayanya lagu, berbatasnya pandangan, pergaulan dan percakapan, besarnya hukum menutup aurat sama ada sesama atau berlainan jantina, susahnya untuk menolak godaan membalut aurat yang sedang menjadi Raja Fesyen sekarang. Ya sahabat, ya Susahnya! Memang. Tak dinafikan.Tapi ingat, syurga yang kekal abadi tu bukan boleh order macam pesan pizza.
Ya pemuda, di syurga kamu boleh dapat apa yang kamu mahu tanpa usaha kerana Allah ingin menilai usaha kamu di dunia. Hebatnya usaha kamu didunia, hebat juga layanan Allah terhadapmu diakhirat sana. Masih tak mahu?
Tak ada, tak ada orang kata kena masuk sekolah agama, kena hafal satu buku alQuran baru boleh ikut hukum Allah. Tak ada orang kata kene sembahyang 24 jam baru boleh dipanggil orang baik, baru boleh dikatakan orang yang sayang Allah, tak ada orang kata. Semua yang Allah suruh adalah untuk kita. Untuk kita. Sedarlah wahai saudaraku, sedarlah.
Dalam setiap amal yang kita buat, kebaikannya adalah untuk kita sendiri. Allah tak dapat apa-apa. Walaupun sebesar zarah amal pun kebaikannya adalah untuk kita. Kenapa, kenapa masih tidak nampak?
Dulu aku juga sedaif kamu. Daifnya ilmuku sehingga aku tidak dapat membezakan lagi antara hukum Allah dengan hukum manusia, tidak dapat mengenal pasti kata-kata Rasulullah SAW dengan kata-kata manusia, tak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, sampai aku menangis sendirian kerana tidak tahu jalan penyelesaian, mempersoalkan kenapa Allah menciptaku, menjadikan hidupku begini, menjadikan mereka keluargaku, menjadikan mereka kenalanku. Aku mempersoalkan kenapa mereka asyik merasa Islam itu bagus, apa yang ada pada agama? Aku mempersoalkan semua. Tapi once, aku berdamping dengan hambaNya yang menyayangiNya, once aku bertanya pada hambaNya yang benar benar mengamalkan ajaranNya, once aku membaca ayat ayatNya, maksud ayat ayatNya, aku dapat menyelesaikan hampir 80% persoalan yang bermain di akal cetekku. Sekarang apa yang masih belum terlaksana adalah perubahan. Dalam usaha mengikis karat yang dah dibiarkan oleh brainwasher orang-orang yang membenci Islam selama berkurun dulu, Allah menyediakan satu perjalanan yang sangat menarik dalam hidupku. Yang penting, Tahu, Yakin Allah ada dan yakin dengan setiap suruhanNya.
Sedarlah bahawa musuh kamu wahai pemuda yang mengaku Islam adalah orang orang yang jauh lebih hebat daripadamu dan telah hidup sejak berkurun lamanya dulu merancang satu rancangan dan hanya satu rancangan iaitu untuk memusnahkan kamu dan Islam.Kerana itu terciptanya lagu, filem, tarian, bibit bibit lucah dalam percintaan, adegan adegan kehidupan yang melanggar terus hukum Allah. Semua ini adalah langkah langkah dalam perancangan mereka. Sedarlah wahai pemuda.
Selagi kamu wahai pemuda, tidak mahu bergerak menuju Allah, pergerakkanmu takkan dapat dihentikan dan hanya menuju ke satu jalan iaitu ke nerakaNya. Dan sesungguhnya setiap janji Allah itu pasti.Janji Allah itu pasti.*Wahai diri sedarlah sedarlah.
No comments:
Post a Comment