InsyaAllah sepanjang diri ini mengusahakan Journal Si Cropper ini, post kali ini adalah yang ke 200. *Ahaks ahaks ahaks. Gembira bercakap sorang sorang disini. Allah dah kata "Demi pena" didalam surat cintanya dan sesungguhnya Allah serius betul, penulisan memberi impak yang sangat besar kepada penaip, penulis dan pembaca.
Biasanya seawal jam begini, lebih lebih lagi pada musim panas dimana waktu malamnya lebih singkat daripada siangnya, mataku sepatutnya sudah memberat dan wajah wajah saudara saudaraku yang sudah syahid memenuhi ruang kepala ini sehinggalah titisan air mata mengunci mata hanya dengan niat supaya dapat mimpikan mereka memohon maaf atas kelambatan diri. Tetapi hari ini hati ibarat tidak mahu berehat. Sudah merasa banyak perkara yang dibuat tapi masih, otak tidak mahu berhenti mengulas.
Ya hari ini mungkin hari yang biasa biasa bagi kebanyakan orang tetapi hari ini adalah hari yang besar buat si daie kecil yang baru belajar merangkak ini. Apa yang bakal berlaku esok adalah penggerak untuk menentukan cara bergerak yang seterusnya, adakah berjalan atau berlari? Apa yang bakal berlaku esok adalah titik hujung bibirku untuk menentukan senyuman atau bibir neutral disaat merasa beban tanggungjawab yang sudah diketahui ini semakin memberat.
Ayohh! Disaat hati tidak tenang, mula mencari cari pendengar yang setia. Tapi -.-" *eheks eheks..., kelihatan semua sedang sibuk dalam meneruskan tanggungjawab masing masing. Tangan mula mengelik. MasyaAllah, Engkau gerakan jari ke laman sesawang yang telah lama dibiarkan berkulat. Encik Twitter, silalah mendengar monolog ini, monolog yang sedang berserabut di selirat bawah tengkorak kepala ini. Monolog yang sedang mempam hati ini supaya membengkak dan membuncit. Monolog dalaman diri ini yang sangat kecoh hari ini.
Kini ku sedar kuasa pena yang Engkau sebutkan, hebat, sungguh hebat. Dengan hanya beberapa ayat yang dipostkan, hati ini tenang. Disamping terlihat ayat ayat sahabat perjuangan yang seakan bersefahaman dan berkongsi debaran bersama dengan hati ini. Ya 'taip'ers sekalian, hebatnya ciptaan AllahuRabbi.
Yang lagi heaven tentang twitterku, hampir 70% page yang difollow adalah page page orang orang hebat. Orang orang yang dirasa sefahaman dan juga sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan Pencipta mereka. Orang orang yang kata kata mereka apabila walau hanya bermonolog dapat menggegarkan seribu jiwa. Ecehwah* sangat terasa happy bergirang bermonolog bersama mereka.Bukan nak baik sorang sorang, tapi takut terterjun kedalam kawah jahat beramai ramai andai page yang difollow hanya menambah saham dosa -.-"
Ku buka tweets diri pada publica supaya mereka tahu apa yang ditweets bukan rahsia. Diri bukan nak baik sorang sorang sahaja. Ini kes, bukan tak sayang kawan, tak ikut follow apa yang mereka follow, tapi takut nak follow yang tak semena mena, takut jahilliyah mereka menarik ku jua. Ah! Masih rapuhnya iman! *dibaca dengan nada bersajak yang tak semena mena.

No comments:
Post a Comment