Ya Allah, Demi Mu, setiap ayatMu betul dan tidak ada satu ayatMu pun yang bercanggah dengan situasi kami sekarang dan akan datang, dan sesungguhnya kami Islam.
dan Demi Mu ya Allah, dulu aku pernah perputus asa, putus asa dengan orang sekelilingku. Mereka menggambarkan baik itu adalah semua yang mengikut undang-undangMu. Dan saat aku buat jahat, mereka memberiku nasihat berupa ayat ayatMu, yang aku kenali sebagai cara paling baik buatku. Jadi aku redha dengan ayat ayatMu dan mula memilih Kamu sebagai yang terbaik buatku.
Tapi aku putus asa, putus asa apabila melihat mereka menafikan Kamu. jadi apa guna kamu menasihatkan aku yang jahat supaya mengikut ayat ayat Allah sedang kamu menafikan hampir 99% ayat ayat Nya. Apa yang kamu cuba buktikan wahai masyarakat, apa yang kamu cuba buktikan dengan menidakkan?
Kamu kata nak hidup kena hormat orang, nak hidup kena berbuat baik pada orang. Adakah Allah menidakkan ayat ayat mu? No, Allah tidak menidakkannya. Malah Allah menyokong kamu dengan menambah "Janganlah kamu dekati maksiat", "Andai kamu berjalan kearahKu sesungguhnya Aku 'berlari' kearahmu". Lalu adakah kamu mengiyakan hujah Allah yang cuba membantu dan menyokongmu dalam mengajar aku kebaikan? Tidak, kamu tidak menyokong ayat ayat Allah yang cuba membantumu. Malah kamu menidakkannya malah kamu melakukan kegiatan kegiatan harianmu yang bertentangan dengan hujah yang cuba kamu beritahu aku tadi, hujah hujah supaya aku menjalani satu jalan hidup yang betul sebentar tadi.
Ya Masyarakatku, ingin aku beritahu kamu betapa KITA merasa budaya barat itu hebat. Ingin di'emphasize'kan disini, bukan orang, tapi budaya. Budaya mereka tunjukkan kita bahawa nak belajar satu satu bahasa itu cara mendengar lagu lagu mereka, menonton filem filem mereka adalah salah satu cara yang terbaik. Sedangkan sahabat sahabat dulu menguasai bahasa tanpa kewujudan lagu dan filem. Hebat persepsi yang mereka TUSUK dalam saraf otak kita. Hebat benar sehingga diri ini sendiri tidak mampu lari daripadanya. Betapa berjayanya engkau mencipta cara ini dalam menghapuskan budaya hafalan alQuran kami. Hebat. Bravo. Congrats!
Bila masa pulak mereka tusuk? Bodohnya kamu andai kamu tidak sedar betapa susah orang British nak jajah tanah Melayu tapi senang-senang je mereka lepas kita pada tahun 1957, yang kita 'claim' saat kita telah merdeka. Padahal, saat itu adalah saat mereka sedar yang bahawasanya hati kita makhluk yang dijajah ini telah pun menjadi 100% seperti hati mereka, yang menjajah tadi. Dengan senang hati mereka biarkan kita hidup diatas tanah kita dengan otak mereka dalam badan kita. yup, otak mereka, dalam badan setiap daripada kita. Sekarang, betul, sangat betul, mereka tidak menjajah tanah kita, tapi mereka telah menjajah otak kita, pada orang yang tak tahu, otak adalah salah satu organ dalam badan yang merangsang semua organ organ lain, mengawal dan menentukan gerakan organ organ lain. Penjajahan yang ini pula, bila akan merdeka? Ceh... Bebasnya kamu masyarakatku. Betul, sangat betul, kamu adalah orang orang yang bebas tapi masih di dalam penjara.
Bukan kata orang sahaja, otakku juga adalah salah satu yang dijajah. salah satu mangsa. Malah lebih menyebabkan aku merasa diri aku lebih jijik daripada kamu wahai masyarakatku, aku adalah hasil otak otak British yang beranak pinak dalam kamu o masyarakatku. Dan akulah si anak bodoh hasil pemikiran mereka yang berjalan dalam undang undang mereka. Nak tahu apa aku fikir?
Aku rasa mencuri tuh tak ada apa pun yang nak ditakutkan kalau buat, lepas mencuri aku still boleh hidup sengeh sengeh, setakat duduk dalam penjara setahun, apa kesannya sangat? Dahlah dalam tu dapat makan free, dapat kekawan yang satu otak denganku, jauh dari mata mak abah, boleh buat apa aku suka dalam tuh. Lepas tuh aku keluar penjara, jumpa korang lagi. Kalau aku rasa hidup aku merempat sampai tak dapat isi perut, aku mencuri lagi, dapat masuk penjara lagi, makan free lagi, lepas tu keluar lagi. And cuba teka apa yang best? Aku tak perlu study, dapat masuk TV, surat khabar, semua orang kenal aku dan ikhlas cakap aku sanggup hidup macam tu sampai aku mati, heaven kot.
Aku rasa tak ada guna pergi sekolah belajar apa yang orang tak pergi sekolah boleh belajar dalam masa setahun, aku yang pergi sekolah kena belajar pasal tajuk tuh je selama 11 tahun. Ceh. Tak guna. Buang masa muda je. Entah siapa yang buat silibus sekolah.
Jadi corak kehidupanku adalah, pergi sekolah, mencuri, buat jahat, sebut perkataan perkatan lucah sebab kawan kawan aku cakap buat macam tuh nampak cool wea. Aku malas nak layan orang lain, aku hidup je macam yang aku nak hidup. Macam orang putih, follow your heart cause no one know you better, ewahh~ hidup macam diorang pun best jugak, semua orang akan kata aku cool, se'cool' orang putih. Pergh. Orang putih kalau masuk U, baru dikatakan hebat. Aku pun studylah untuk masuk U. Orang putih, dengar lagu, baru dikatakan tak ketinggalan zaman. Aku pun dengarlah lagu, siap menari nari lagi, lagi hebat dari si orang cool orang putih tuh, jadilah aku si cooler. orang putih kata kalau tension, isap rokok, tengok movie, meraung kat atas bumbung ke, kotorkan katil sepah sepah sikit bilik, baru dikatakan tension. Aku pun buatlah macam diorang rasa. Orang putih kata pekerjaan yang paling hebat dalam semua pekerjaan adalah doktor, jadi sekolah aku letaklah semua orang bijak pandai dalam subjek subjek landasan untuk jadi doktor. Sebab semua orang rasa diorang cool buat camtu, aku si remaja yang nak cool jugak nih buatlah. Sebab semua orang kata diorang hebat kan.
Lepas tuh, yang lagi cool dan mantoopp is that, masyarakat aku. Nak tahu apa yang sporting pasal diorang? Diorang suruh aku study and kata semua yang dalam buku tuh betul dan aku kena ikut. Buku kata manusia asalnya beruk yang belajar berdiri dan bercakap. Aku pun panggillah kawan aku beruk, dan tak ada seorang pun marah, malah diorang rasa perkataanku buatkan aku nampak sangat cool. Aku baru je cipta trend baru, trend panggil kawan beruk. Lepas tu trend tuh merevolusikan diri mereka jadilah terdapat macam macam perkataan lucah yang bila disebut, orang lain akan rasa kita COOL GILERRR. Padahal, pada asal perasaan mereka merasa benda tuh salah, tak sopan dan tak sepatutnya sebut macam tuh. Tapi kenapa mereka dengan terbukanya terima benda nih? Sebab orang Inggeris buat benda ni. Jadi seburuk buruk mana sesuatu tuh, kalau orang Inggeris pernah buat, ianya dianggap boleh diterima dan sangat hebat.
TAPI, satu hari aku jumpa buku yang kata manusia nih Allah yang cipta, lebih hebat lagi buku nih bagitahu aku manusia asalnya daripada tanah liat. Aku pun bagitahu masyarakat aku, yang cipta kita Allah. Mereka tanya aku mana aku tahu, aku kata dari buku yang namanya alQuran. Tapi mereka beritahu aku, dalam exam jangan jawab macam tuh, Eh?~! tadi kata apa yang ada dalam buku tuh semuanya betul. Sekarang nak suruh aku tak percaya pulak. Ceh... -..-" *Kembang kempis kembang kempis lubang hidung aku.
Diorang kata mencuri itu salah. tak baik and orang yang buat jahat kena terima hukuman. Aku pun kata, betul betul, buku yang bernama alQuran tu pun bagitahu yang orang mencuri nih kena potong tangan setimpal dengan apa yang mereka buat. Lepas tu diorang kata, hishhhhhh~! tak boleh, tak boleh potong tangan, potong tangan tuh zalim, kejam beno. =.=" Ceh, aku tanya, apa maksud zalim? Diorang kata 'tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya' (ayat buku doe). Aku tanya lagi, dahtu, kalau kita letak orang jahat dalam penjara, maksudnya orang jahat mendapat hukuman baik, baik bertemu jahat, bukankah kita dah meletakkan sesuatu pada yang tak sepatutnya. Dan bukankah itu bermaksud kita pun bertindak zalim? Bak kata korang tadi 'kejam beno'. @.@" Apa yang korang cuba beritahu sebenarnya? Kalau kita nak sesuatu yang baik, kita kene buat jahat and ganjarannya sangatlah lumayan. Macam tuh ke? Giler hebat~! Mana tahu korang tahu potong tangan pencuri setimpal dengan apa yang dicuri tuh kejam? Diorang kata sebab orang putih cakap. Orang putih letak orang jahat paling teruk pun dalam penjara je lah. O, gitu ke? Hebat giler orang putih wea. Memberi tempat tinggal kepada pencuri pencuri.
Ceh jahiliyyah yang celaka, Cik jahiliyah yang membuat aku belok. Makin aku kata kau salah, makin kau nak buktikan yang engkau betul. Macam mana engkau cuba buktikan dirimu? Dengan beritahu aku bahawa masyarakat aku yakin bahawa engkau betul? Ye tak ye jugak. Diorang selalu mengiyakan engkau. Celaka engkau jahiliyah, kau jadikan masyarakat aku sebagai alat dalam mempertahan dirimu? Bodosh~!
Aku cuba beritahu masyarakatku hakikat kejahatan engkau wahai jahiliyah, tapi mereka tidak mempercayai kata kataku, malah mereka mengatakan bahawa aku salah dan engkau adalah yang berada dipihak kebenaran. MasyaAllah, kenapa mereka tidak mempercayaiku? Ya, saat itulah aku berputus asa dengan mereka. Saat mereka tidak mempercayaiku itulah aku tidak lagi merasa mereka betul. Dan kerana putus asa yang satu itulah aku dengan yakin beritahu kamu semua, o jahilliyah, o masyarakat otak Britishku, bahawa yang benar dan tahu keadaan kamu yang sebenarnya hanyalah alQuran.
Nukilan hati yang memberontak.
Sedang aku juga salah satu orang di dalam masyarakat itu.
Assalamualaikum.
Nukilan hati yang memberontak.
Sedang aku juga salah satu orang di dalam masyarakat itu.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment