Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

November 24, 2012

Percubaan hipoTesis ini baHaya

Diri ini ingin bergaul, berukhuwah dan bermesra... Tidak mahu diri yang suka bersendiri ini hidup hanya membawa diri sendiri seperti dulu. Aku ingin berjalan seperti mereka. Dengan mereka, bukan dihadapan bukan dibelakang tetapi berseiringin... Mampukah

Ibarat daun yang bertiup..., hati sensitif ini luluh 5 saat. "Kenapa?" Tiba-tiba bertanya sendiri. "Aku cuma ingin menjadi salah seorang daripada kamu... *tiny sigh" dengan memiliki ini, berharap tidak lagi ditinggalkan tidak lagi dipinggirkan. Berharap diri kelihatan seperti salah seorang daripada kamu, menggunakan dengan gembira gadgetmu ibarat melompat lompat diatas awan, sesuatu yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakkan.

Tetapi hari ini Allah membisik bahawa mungkin hipotesis yang dibuat boleh dinilai kembali, adakah hipotesis itu diterima. Inilah teguranNya. Dalam hati ini menangis kecil, bibir masih ego untuk mengaku perasaan sendiri dan bertahan senyum. Tapi sudah menjadi tabiat lama untuk diri ini menjauhkan diri daripada sesuatu yang tidak disenangi. Lalu memilih untuk menjadi lebih rindu daripada menjadi lebih tidak puas hati dengan menggunakan plan tindakan 'menjauhi seketika', menjarakkan diri. Jarak itu peng'boost' rindu. Sesungguhnya diam itu lebih baik daripada pertelingkahan salah faham sesama kita. Sesama kita, antara kita. Apa guna ukhuwah kalau asyik nak tak berpuas hati, ingin akhirkan ayat dengan 'kan?'.

Mungkin 'pulau' ini 'pulauan' benang Allah, bukti yang bahawasanya Dia sedang memerhati menyambungkan diriNya dengan kita...

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie