Penarikkan diri ini bukan sesuatu kekalahan tapi umpama wisel pemecutan yang telah aku ambil dan aku tidak ingin menyesal dengannya. Kerana ini yang diminta. Kerana ini yang Engkau tentukan. Dan kerana ini aku belajar meredhakan.
Tapi hati ini masih rindu. Adakah kenyataan ini dikongsi dengan yang lain atau sememangnya diri ini hanya bermain hati sendiri? Kenapa hati ini masih rindu...
Mungkin inilah keputusan itu. Semua kerana Engkau telah membuktikan kepadaku bahawasanya Engkau sedang merinduiku. MasyaAllah... Aku masih bermain kayu tiga denganMu. Hinanya diri ini. Hati ini masih melayan perasaan dulu. Perasaan yang Engkau kurniakan untuk mengajar aku untuk tidak hanya berjalan sendiri. Perasaan yang Engkau kurniakan untuk mengajar aku supaya berkongsi. Perasaan yang Engkau kurniakan untuk mengajar aku, masih ada yang menyayangi. Perasaan ini yang diri ini sayang. Sayang untuk lepaskan kerana hanya untuk memaknainya diri ini menggunakan masa hampir 4 tahun lebih.
Sweetnya caraMu ini yaRabb. Disamping makhluk-makhlukMu yang berbillion, jadikanlah aku salah seorang yang Engkau sayang. Kerana aku tidak mahu merasa sendiri lagi. Engkau memberiku kehidupan sekarang setelah mengajarku cara untuk melalui kehidupan ini dengan betul sepanjang empat tahun lebih ini.
Walaupun hati ini masih rindu, jagalah kami yaRabb. Jagalah kami, dan hati kami sehingga kami dan hati ini bertemu lagi...

No comments:
Post a Comment