Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

November 25, 2012

kulat Burger berdarah ini

"Terpikir jugak, di akhirat nanti, bolehkah mereka ini memaafkan kita..."
Keluh dan teguran seorang akhawat yang disanjungi...

Semalam hati ini gundah gelana, cuba melindungi air mata kecil dengan ketawa yang berlebihan sementara hati ini meraung dan 'terpenyek-penyek' dihempas batu belah batu bercantum... Tugasku semalam bersama 4 lagi sahabat menggoreng telur besar buat hidangan adik-adik InsyaAllah seperjuangan, yang baru cuba untuk mengintai dunia sebenar yang sedang diberitahu tujuan hidup sebenar. 

Diri ini, berasa kecut perut untuk mereka, tanggungjawab kita besar, mampukah mereka menerimanya, risau mereka juga sepertiku dulu, takut untuk memikul. Tapi Engkau ciptakan mereka hebat. Semoga kehebatan ini adalah tiang penerimaan mereka terhadap takdir dan sunnahMu ya Rabb. Tapi ya Allah peringankanlah mereka... 

Diri ini bukanlah penggoreng telur proffesional, setakat delivery girl bersama OCMA hitam membawa telur panas dalam suhu sejuk ke tempat majlis ilmu mereka diadakan. "Rindunya hati ini untuk dibasahkan ISK" membuatkan aku termenung sebentar setelah melangkah dewan majlis. 

Video tentang nasib dan realiti sebenar kehidupan saudara-saudara kami dikemukakan, hati ini luluh lagi. Sehingga sekarang ayat salah seorang pebimbingku masih terngiang ngiang. Lidah kelu hanya mampu membalas dengan senyuman. 

Terasa sangat malu apabila diri tidak dapat memahami bahasa agama kami, untuk berhubung dengan mereka. Terlampau ingin bertemu dengan insan insan ya Allah sayang ini, tetapi tertanya-tanya andai satu hari ada antara mereka berdiri dihadapanku cuba untuk berkomunikasi denganku bertanyakah kenapa aku masih disini sementara mereka sudah 'berlari jauh' apakah jawabku? Ya Rabb, bertuahnya hamba-hambaMu itu. Bertuahnya sipengbicara bahasa alQuran. Sesungguhnya aku sedikit cemburu. :')

Mereka sedang disana melindungi dan menjadi salah seorang yang dinyatakan Rasulullah SAW, orang yang mempertahankan Jerusalem, yang mempertahankan agama dan tidak takut untuk syahid kerananya. Mereka, mereka saudara kami yang dalam ketakutan. Sedang kami menyaksikan, clueless akan apa reaksi dan tindakan kami. Kami tidak mampu berterima kasih kepada mereka kerana berjuang mempertahankan sesuatu yang sepatutnya kami pertahankan bersama. Kami bersalah dan lebih memalukan tidak mempu untuk meminta maaf. 
"Di akhirat nanti, bolehkah mereka ini memaafkan kita?" 

T.T Kami disini, hanya mampu menghantar doa dan merembat sebarang peluang untuk membantu kamu disana. Bersabarlah dan bertahanlah kerana sesungguhnya Pencipta kita sangat menyayangi kamu melebihi kami disini. Kami masih berjuang untuk mendapatkan kasih sayangNya... Sesungguhnya Dia adalah yang Maha Penyayang. Walaupun mata kita tidak pernah bertentang, tetapi demi Islam, kami sentiasa menyayangi kamu. Maafkanlah kami, Maaf kerana kami tidak sekental anak-anakmu yang bertentang mata dengan musuh kita dalam kata hatinya melaungkan Syahadatul Haq kita dan dengan berani melaung 
'DEMI ALLAH, SYAHIDKANLAH AKU!' Kami masih mengintai dan mengusahakan peluang untuk bersama sama kamu. Demi Islam, bekalan senjata doa kami untuk kamu tidak pernah akan putus.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie