Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

November 12, 2012

Menegakkan benang Basah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. ( Menegakkan benang basah )."
Hadis Riwayat Ahmad.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Seorang penasihat berkata "sesungguhnya seorang yang munafik itu tahu bahawa diri mereka sendiri adalah munafik." Mereka yang munafik ini akan menjadi lebih sensitif dengan kenyataan ini sehinggakan mereka berlebih-lebihan dan sengaja  menunjuk-nunjuk setiap amal kebaikan mereka supaya dapat menyembunyikan kemunafikan mereka. Mereka tidak percayakan Allah, tidak bertaqwa dan tidak beriman denganNya sedangkan mereka mengetahui. Contoh :

'Seseorang yang dengan amat menunjuk nunjuk mengiyakan semua yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW dehadapan para sahabat baginda sedangkan seseorang ini sebenarnya bertalamkan dua muka (erk~) dengan sifat tidak menjalankan atau tidak melakukan apa yang diiyakan tadi.' (huh...)

Alangkah ruginya. #Hati ini mengeluh kasihan disamping meminta supaya dijauhkan.#
Alangkah ruginya yang mengetahui tapi tidak mahu menerima. Ketahuilah bahawa menerimaan itu bukan sekadar memberi kita kesenangan yang abadi 'disana' malahan kehidupan dunia yang lebih tenang. Kerana hidup dalam kepura-puraan dan tanpa tujuan yang truly madly truth bukan hanya menyebabkan tubuh badan kelihatan makin tua akibat daripada perasaan resah gelisah, tetapi juga mengukir sebuah kehidupan yang tidak menyenangkan orang lain.

Ada kalanya kita bertelingkah atas sesuatu yang kita tidak pasti. Tapi ego menyebabkan mulut tidak berhenti daripada mempertahankan hujah sendiri. Sedangkan yang Maha Mengetahui itu hanyalah Allah yang dikasihi.

Mungkin kita boleh mengambil initiatif untuk menarik diri sebentar, istighfar dan berusaha untuk cuba mengetahui dan mencari kebenaran sebelum menegakkan sesuatu hujah atau pendapat. Sesungguhnya kita makhlukNya yang lemah ini sudah disediakan pelbagai kemudahan dan kurniaan nikmatnya dalam pencarian dan dalam memenuhi sifat semulajadi kita dalam mengetahui sesuatu yang betul. Tak salah menangguhkan sesuatu pertanyaan yang jawapannya kita tidak pasti kerana jawapan yang sahih setelah kita mengetahui akan kebenarannya adalah lebih nikmat dan bermanfaat. Dan janganlah takut atau terlalu ego untuk mengaku kalah atau berundur andai hujah kita tidak betul kerana belajar melalui kesilapan adalah antara sifat yang terpuji.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie