Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

October 25, 2012

Setinggi Tinggi Ukhuwah ber'ITSAR'Lah

Dalam usaha mengembalikan kembali zaman Rasulullah SAW ke Milenium kita, umat Islam diseru untuk berukhuwah. Ukhuwwah... Bagaimana ingin membuktikan kita sedang berukhuwah?

Berkata seorang pebimbing
"Serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada (berlapang dada = BERSABAR dan me'let go' disampaing menjaga)" Tambah beliau lagi, "Benda ni macam basic tapi benda basic ni la yang paling susah nak dilaksanakan..."

"Manakala, setinggi-tinggi ukhuwwah pula adalah ITSAR"

"Apa ITSAR kak?"

"Haaa, ITSAR ada dua maksud, iaitu dari segi bahasa dan istilah, Bahasa - Mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri, Istilah - Salah satu manfaat Dinniyyah ( Agama ) yang terwujud apabila terjalinnya ukhuwwah antara yang seakidah"

Penerangan simple yang menyampaikan mesej yang agak mendalam. Ditambah penerangan mengenai kisah Ikrimah bin Abu Jahal, ( Kisah Ikrimah Bin Abu Jahal ) lagi menusuk maksud yang ingin disampaikan. Ya Rabb, contoh yang terdekat adalah dalam berdoa, betulkah kata-kata dirimu sentiasa didalam doaku itu? Adalah real atau sekadar kata-kata warung teh O, wahai saudara-saudaraku?

Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali usaha kita sendiri tetapi perlulah dengan dengan sentiasa memohon bantuanNya. Seandainya diri kita telah berada didalam zon selamat, bagaimanakah dengan saudara-saudara kita yang lain? Adakah sampai hati kita melihat mereka terumbang ambing tanpa hidayahNya. Tidak mahukan kita mendoakan mereka juga.

Para sahabat memberikan separuh harta ada juga yang menyerahkan keseluruhan harta mereka untuk digunakan dijalanNya untuk kebaikan orang lain, manusia seumat, sepencipta, seakidah dan seagama. Untuk kebaikan dan kesenangan yang lain sementara mereka menyerahkan nasib dan kesenangan mereka kepada Allah dan RasulNya. Hidup dengan sepenuhnya kesederhanaan.
Bagaimakah kita pada saat ini?#Refleksi

Inilah Ukhuwwah fissabilillah. Walaupun nyawa dan harta, mereka yang lain tetap lebih penting. Diri sendiri adalah kepentingan yang terakhir. Walaupun setidak bergunanya mereka yang lain ini kepada kita, mereka tetap penting. Walaupun mereka tidak memberikan kita perhatian dan manfaat yang sepatutnya, mereka tetap lebih penting. Walaupun mereka tersenyum melompat gembira disaat kita tidak mendapat apa-apa, kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita. Berkongsilah yang baik itu. Kerana ini kita bersaudara. Kerana ini kita Islam, kerana ini Ukhuwwah kita. Ukhuwwah kita kerana Allah, pencipta kita dan Islam agama kita. Jangan mengaku inilah ukhuwwah andai masih menganggap diri adalah yang terbaik.

Simbahlah acid keatas egoMu, tanamlah ITSAR kedalam lubukmu. Kerana atas nama ITSAR ini maka baiklah sesuatu hati kepada dirinya dan orang lain. Dahulukan yang lain, letaklah diri ini yang terakhir kerana itulah magnet yang menarik segala kenikmatan dan kelebihan yang baik-baik. InsyaAllah

#Sedang menyiram Itsar ini..., semoga tumbuhnya tinggi redup..., meneduhkan, membasahkan..., taman hati yang berbunga... Aaaminnn... 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie