Tahun nie memilih untuk bersembahyang raya di Masjid Fa Yuan, DeShengMen, Beijing. Sebuah masjid yang agak kecil dan masih dianggap baru. Awal-awal pagi semiua dah memilih baju yang paling baru untuk dipakai ke masjid. Warna-warna menyilau bersinar dari jauh. Terima kasih kepada DSLR Nasz, (katanya kamera ini untuk kami, touching moment xD Ahaks!) yang menyumbang peng'picturan' pada kali ini. Alhamdulillah juga tahun ni dapat sponsor daripada pihak sekolah untuk pergi ke masjid beramai-ramai dengan bas.
Gambar makhluk Allah yang dikorbankan juga sempat di'snap'. Allah maha besar, melihat keadaan hambaNya yang satu ini disini memang terasa perbezaannya dengan melihat saudaranya di Malaysia. 'Dia' dilayan dengan agak tidak sopan. Ada yang menitiskan air mata melihat pemergiannya. Tetapi wahai lembu, ciptaan Allah, berbahagialah engkau pergi bertemu penciptamu. Seorang sahabat menyelesakan hati-hati yang lain dengan berkata, "Allah memang cipta dia untuk berkhidmat dan dimakan, tak perlu nak sedih sangat."
Bertempat di DeShengMen, Masjid Fayuan Beijing, memenuhi memori AidilAdha 10 Zulhijjah 1433, 26 Oktober 2012, Beijing. Khutbah raya adalah berkisar tentang cerita Nabi related to Hari Raya Korban. Sangat berbunga-bunga hati ini mendengar serta bertambah mekar apabila dapat memahami sedikit sebanyak khutbah raya dalam bahasa Cina kali ini yang disampaikan dalam bahasa rasmi Cina dan diselit Bahasa Arab. Ditambah dengan kejelasan bahasa Arab imam dalam penyampaiannya, kisah yang disampaikan sangat menambat. Rujukan senior memberitahu, kerajaan Cina hanya membenarkan isi khutbah tentang cerita nabi untuk disampaikan pada hari raya korban ini, dikuatkan dengan bukti bahawa ada polis yang mengawal keadaan masjid pada ketika kami bersembahyang. Sesungguhnya saudara-saudara seagama kami disini sangat kuat. Despite of kekangan kerajaan mereka.., mereka masih menjaga diri sebagai seorang Islam. Sangat meng'refresh'kan iman :'D
Gambar senarai nama muslim yang mengambil bahagian dalam daging korban dan sedikit juadah ringan yang diagihkan selepas selesai solat.
Solat
Bahagian dalam masjid
Among those yang menambat hati
No comments:
Post a Comment