Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

October 20, 2012

Bedilan Suhu Beijing, The trip ended

Perjalanan di Changsha, Hunan sangat meremangkan bulu tengkuk, Ahaks, bukan menakutkan tetapi kerana suhu dan suasananya ibarat Malaysia, dengan air terjun segala, memang menyeru perasaan rindu untuk balik kampung supaya berpusing pusing di dalam kepala kecik inih. 4.30 pagi, 15 October 2012 bermulanya perjalanan dan selamat tiba pulang semula ke Beijing pada jam 12.30 tengah malam, 20 October 2012. What a week...

Saat rindu sedang menyusun kata, kepenatan memanggil badan untuk mengbungkuskan diri kedalam selimut. Entah kenapa Beijing terasa ibarat Antartika Asia dengan suhu 8 degree celcius pada malam ini. Mungkin kerana kami tidak merasa perubahan suhu itu sedikit demi sedikit di Beijing ini sendiri kerana terbangnya kami ke Hunan 5 hari. Jadi apabila kaki melangkah ke alam Beijing kembali perubahan suhu ini ibarat peluru menusuk Dushhh! Walaowea~ xD

Semasa disana, lost contact kejap dengan Malaysia. Berpuluh kali cuba mendial number abah dan mak. nak wish hari jadi mak yang ke 56 pun dengan menghantar mesej je. Hurmmm... at least nak let mom know, Im thinking of her at that time. Ingat lagi kecik-kecik dulu penah berpakat adik-beradik belikan raga telur berbentuk ayam untuk hadiah hari ibu. Sekarang raga itu dah entah kemana. Whoopss...

Perjalanan di Hunan selama seminggu kali inih banyak membuka mata yang China bukan sekadar Beijing. Hurhh? Means, kehidupan rakyat China sebenarnya tak semuanya berfokus kepada materialism, ada je yang berkeluarga, bercucuk-tanam, beriang-ria bersama kawan-kawan, anak-anak, penjagaan alam sekitar yang fuhhh... Means bukan sekadar, pagi ni pergi kerja, malam tidur, pagi esok the cycle goes over and over again. Nope.

But what worse about the trip, toilet of course, kesulitan yang tak dapat dielakkan , second terpaksa beratur panjang dan bersabar dengan telatah 'tergesa-gesa' rakyat China yang boleh dikatakan salah satu budaya yang tertanam akibat kepadatan penduduk negara mereka (is not their fault) and another thing is that kitorang tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh pemandu pelancong kerana perbezaan loghat rakyat China di Hunan dan di Beijing. Kami lebih prefer 'PuTongHua' iaitu bahasa rasmi China. Jadi trip kali ini menjadi agak bosan dengan ketidakfahaman ini. Despite of the unsatisfactory of the thousands misunderstood from the language accent, kami berpuas hati dengan kenikmatan pemandangan kejadian Allah di Hunan. Kepuasan hati ini tersembunyi didalam beribu gambar yang ditangkap oleh pemegang-pemegang DSLR kami. What else can we say, Allah, you marvelous ~!

Well, barang-barang dah siap disusun kembali, beg-beg pun dah dibersihkan dan disimpan rapi di ruang atas almari. Pagi esok berniat untuk bangun awal pagi kerana ingin merebut tempat mesin basuh untuk mencuci pakaian seminggu perjalanan kali nih. Fuhhh, semoga Allah kejutkan dari syahid sementaraku sebentar lagi.

Souvenir perjalanan Keh3...,

Antara tiket-tiket kawasan-kawasan yang dilawat sepanjang di Hunan

Milktea real yang mirip portable speaker berbentuk tin yang dimiliki

Lukisan potret oleh Pelukis jalanan di salah satu tempat menarik di Hunan

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie