Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

October 23, 2012

Aku bukan pesaing

Jealousy, kebiasaan yang susah untuk dielakkan. Walaupun dengan sekecil-kecil perkara, jeles, tetap meniti di hujung- hujung hati cuba untuk mengetuk masuk dan menyimbah air hitam pada hati yang bermuka merah.

Mereka mengutuk di hati merah mereka, mencari sesuatu untuk dicemburui untuk ditidakpuashatikan. Bukan berpositif dengan cara mengagumi dan menjadikan inspirasi tetapi dengan cara mencari kesalahan dalam ketidakpuasan hati dengan menanam fakta menggunakan ego yang invisible bahawa diri sendiri lebih baik dan lebih perfect.

Allah cipta kita dengan takdir yang telah ditentukan. Andai sedikit yang kita terima itulah ketentuan yang ditulis andai banyak yang dianugerahkan itulah nikmat yang dijanjikan. Bersyukurlah dengan berukhuwah secara positif bukan dengan hanya cuba untuk menyengat yang lain dengan perkataan-perkataan yang kita sedar akan meninggalkan bisa dihati yang lain. Tidak semua bisa boleh diubat dengan masa atau satu respond 'maaf' yang spontan. Dan tidak semua bisa ada ubatnya...

Senyum didalam hati atas kekurangan yang lain bukan caranya. Sepatutnya kita perlu menjadi yang membangun, yang mengkhuatiri dan yang membimbangkan kekurangan mereka. Berniatlah untuk tidak mahu menjadi lebih dari mereka. Berniatlah untuk menjadikan mereka sehebat kita andai kita hebat dan berniatlah untuk menjadi sehebat mereka andai kita yang kekurangan. Ilmu itu bukan sesuatu untuk dikedekutkan, kerana at last tidak mendatangkan sebarang keuntungan apabila tidak dikongsikan. Perjalanan ilmu yang kita dapat sepatutnya tidak hanya berhenti didalam dada sendiri, sepatutnya bak telepati yang menghubungkan semua hati yang dikenali.

Aku bukan pesaing. Andai kamu pandang aku hebat, ingatlah bahawa kelebihanmu dan kelebihanku adalah bersifat tersendiri yang menjadikan kamu dirimu dan aku diriku. Andai diri ini dipandang jijik dan menyampahkan, ingatlah bahawa kita tidak dapat melihat sepenuhnya kekurangan diri jadi bersifat berhemah dan baiklah kepada yang lain, letak mereka terlebih dahulu daripada diri kita nescaya ketenangan yang kamu doakan dan kejayaan yang sejati yang kamu idamkan akan terbang kepadamu. 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie