Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

October 29, 2012

Mimpi meja

Jatuh hati pada satu meja kecil yang ada muka bulan sedang senyum comel. (Diri ini memang sangat mudah cair dengan lukisan senyuman kartun yang menyomelkan suasana). Walaupun dah ada meja yang tersedia diatas katil ini, tapi apabila laptop telah memenuhi ruang meja itu, terasa ego kerajinan untuk menulis sedikit tercabar dengan ketiadaan ruang yang mencukupi. Tang tang tang! Beli meja bulan yang diidam-idamkan untuk melunturkan perasaan jeles terhadap laptop yang menguasai ruang meja tulisku. Ehem!
Semoga bermanfaat...



October 27, 2012

AidilAdha Bangunan 6, WiFSang Puteri Dunia

Hari raya sekembalinya rakyat Bangunan 6 daripada sembahyang raya di masjid-masjid sekitar Beijing, peluang menghilangkan kepenatan dicuri sebentar melalui noon nap a while. Kemudian, sekembalinya daripada syahid sebentar itu, sayu mula merebak di lubuk hati merah. Memilih Ruang bilik 411, semua merancang untuk memeriahkan suasana hari raya ini dengan masakan idaman masing-masing. Ya Tuhan, rahmatilah ukhuwah yang sedang kami paku ini. Diri ini bukan antara chef popular di bangunan 6 hanya menyumbang 2 jenis pembuka selera yang mengingatkan suasana meriah dirumah.

Jam 5 petang, chef2 berkaliber bangunan 6 memulakan operasi masing-masing dengan menyediakan pelbagai jenis masakan. Jam 7.30 malam, hidangan diangkut ke tempat kejadian. Ahaks! Sangat mengagumkan dan merupakan pemandangan terindah hari raya aidilAdha yang pernah disaksikan sepanjang hidup ini. Dengan perhiasan ukhuwah puteri-puteri dunia yang diciptaNya, May Allah always with us. Thanks for every little and big efforts that you girls put on. With love :3



Arwah dulu baik 'orang'nya, Raya

Tahun nie memilih untuk bersembahyang raya di Masjid Fa Yuan, DeShengMen, Beijing. Sebuah masjid yang agak kecil dan masih dianggap baru. Awal-awal pagi semiua dah memilih baju yang paling baru untuk dipakai ke masjid. Warna-warna menyilau bersinar dari jauh. Terima kasih kepada DSLR Nasz, (katanya kamera ini untuk kami, touching moment xD Ahaks!) yang menyumbang peng'picturan' pada kali ini. Alhamdulillah juga tahun ni dapat sponsor daripada pihak sekolah untuk pergi ke masjid beramai-ramai dengan bas.

Gambar makhluk Allah yang dikorbankan juga sempat di'snap'. Allah maha besar, melihat keadaan hambaNya yang satu ini disini memang terasa perbezaannya dengan melihat saudaranya di Malaysia. 'Dia' dilayan dengan agak tidak sopan. Ada yang menitiskan air mata melihat pemergiannya. Tetapi wahai lembu, ciptaan Allah, berbahagialah engkau pergi bertemu penciptamu. Seorang sahabat menyelesakan hati-hati yang lain dengan berkata, "Allah memang cipta dia untuk berkhidmat dan dimakan, tak perlu nak sedih sangat." 



Bertempat di DeShengMen, Masjid Fayuan Beijing, memenuhi memori AidilAdha 10 Zulhijjah 1433, 26 Oktober 2012, Beijing. Khutbah raya adalah berkisar tentang cerita Nabi related to Hari Raya Korban. Sangat berbunga-bunga hati ini mendengar serta bertambah mekar apabila dapat memahami sedikit sebanyak khutbah raya dalam bahasa Cina kali ini yang disampaikan dalam bahasa rasmi Cina dan diselit Bahasa Arab. Ditambah dengan kejelasan bahasa Arab imam dalam penyampaiannya, kisah yang disampaikan sangat menambat. Rujukan senior memberitahu, kerajaan Cina hanya membenarkan isi khutbah tentang cerita nabi untuk disampaikan pada hari raya korban ini, dikuatkan dengan bukti bahawa ada polis yang mengawal keadaan masjid pada ketika kami bersembahyang. Sesungguhnya saudara-saudara seagama kami disini sangat kuat. Despite of kekangan kerajaan mereka.., mereka masih menjaga diri sebagai seorang Islam. Sangat meng'refresh'kan iman :'D


Gambar senarai nama muslim yang mengambil bahagian dalam daging korban dan sedikit juadah ringan yang diagihkan selepas selesai solat.



Solat



Bahagian dalam masjid





Among those yang menambat hati

October 26, 2012

Endless Love Within Butir Nangka Version

Dalam plan tindakan bekerja menghasilkan butir nangka dan puding cocktail untuk jamuan hari raya korban kecil-kecilan di bilik 411 malam ni, hati berdebar-debar menghasilkan resepi dari rumah butir nangka dengan beberapa bahan yang tidak cukup. Bahan ada yang diganti dan ada yang disengajakan menggunakan apa yang ada. Dalam proses pembikinan, hati ini merindui dapur rumah yang sentiasa ada benda nak dimakan. 

Rindu bunyi mak kalut-kalut didapur awal-awal pagi, lewat-lewat senja menyediakan juadah untuk kami sekeluarga. Ditambah dengan pemergian roommate ke Inner Mongol selama beberapa hari untuk sambut raya disana, terdetik mengapa diri ini tak diajak, bajet yang sedang dijaga juga menjadi faktor penghalang, mungkin Allah ada rancangan yang lebih syok! kan... xD Dub Dub! Hati ini makin membuak-buak bersemangat untuk mengisi masa yang terasa gloomy ini! Its time to eat babeyh! Alhamdulillah, jemputan hari raya Tingkat 4, bangunan 6 akan mewarnai hari. Nak jayakan majlis dengan jayanya dan colourfulnya! InsyaAllah! Jom.

Rentetan Post Igauan Butir Nangka, Keh3

October 25, 2012

Setinggi Tinggi Ukhuwah ber'ITSAR'Lah

Dalam usaha mengembalikan kembali zaman Rasulullah SAW ke Milenium kita, umat Islam diseru untuk berukhuwah. Ukhuwwah... Bagaimana ingin membuktikan kita sedang berukhuwah?

Berkata seorang pebimbing
"Serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada (berlapang dada = BERSABAR dan me'let go' disampaing menjaga)" Tambah beliau lagi, "Benda ni macam basic tapi benda basic ni la yang paling susah nak dilaksanakan..."

"Manakala, setinggi-tinggi ukhuwwah pula adalah ITSAR"

"Apa ITSAR kak?"

"Haaa, ITSAR ada dua maksud, iaitu dari segi bahasa dan istilah, Bahasa - Mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri, Istilah - Salah satu manfaat Dinniyyah ( Agama ) yang terwujud apabila terjalinnya ukhuwwah antara yang seakidah"

Penerangan simple yang menyampaikan mesej yang agak mendalam. Ditambah penerangan mengenai kisah Ikrimah bin Abu Jahal, ( Kisah Ikrimah Bin Abu Jahal ) lagi menusuk maksud yang ingin disampaikan. Ya Rabb, contoh yang terdekat adalah dalam berdoa, betulkah kata-kata dirimu sentiasa didalam doaku itu? Adalah real atau sekadar kata-kata warung teh O, wahai saudara-saudaraku?

Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali usaha kita sendiri tetapi perlulah dengan dengan sentiasa memohon bantuanNya. Seandainya diri kita telah berada didalam zon selamat, bagaimanakah dengan saudara-saudara kita yang lain? Adakah sampai hati kita melihat mereka terumbang ambing tanpa hidayahNya. Tidak mahukan kita mendoakan mereka juga.

Para sahabat memberikan separuh harta ada juga yang menyerahkan keseluruhan harta mereka untuk digunakan dijalanNya untuk kebaikan orang lain, manusia seumat, sepencipta, seakidah dan seagama. Untuk kebaikan dan kesenangan yang lain sementara mereka menyerahkan nasib dan kesenangan mereka kepada Allah dan RasulNya. Hidup dengan sepenuhnya kesederhanaan.
Bagaimakah kita pada saat ini?#Refleksi

Inilah Ukhuwwah fissabilillah. Walaupun nyawa dan harta, mereka yang lain tetap lebih penting. Diri sendiri adalah kepentingan yang terakhir. Walaupun setidak bergunanya mereka yang lain ini kepada kita, mereka tetap penting. Walaupun mereka tidak memberikan kita perhatian dan manfaat yang sepatutnya, mereka tetap lebih penting. Walaupun mereka tersenyum melompat gembira disaat kita tidak mendapat apa-apa, kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita. Berkongsilah yang baik itu. Kerana ini kita bersaudara. Kerana ini kita Islam, kerana ini Ukhuwwah kita. Ukhuwwah kita kerana Allah, pencipta kita dan Islam agama kita. Jangan mengaku inilah ukhuwwah andai masih menganggap diri adalah yang terbaik.

Simbahlah acid keatas egoMu, tanamlah ITSAR kedalam lubukmu. Kerana atas nama ITSAR ini maka baiklah sesuatu hati kepada dirinya dan orang lain. Dahulukan yang lain, letaklah diri ini yang terakhir kerana itulah magnet yang menarik segala kenikmatan dan kelebihan yang baik-baik. InsyaAllah

#Sedang menyiram Itsar ini..., semoga tumbuhnya tinggi redup..., meneduhkan, membasahkan..., taman hati yang berbunga... Aaaminnn... 

October 23, 2012

Aku bukan pesaing

Jealousy, kebiasaan yang susah untuk dielakkan. Walaupun dengan sekecil-kecil perkara, jeles, tetap meniti di hujung- hujung hati cuba untuk mengetuk masuk dan menyimbah air hitam pada hati yang bermuka merah.

Mereka mengutuk di hati merah mereka, mencari sesuatu untuk dicemburui untuk ditidakpuashatikan. Bukan berpositif dengan cara mengagumi dan menjadikan inspirasi tetapi dengan cara mencari kesalahan dalam ketidakpuasan hati dengan menanam fakta menggunakan ego yang invisible bahawa diri sendiri lebih baik dan lebih perfect.

Allah cipta kita dengan takdir yang telah ditentukan. Andai sedikit yang kita terima itulah ketentuan yang ditulis andai banyak yang dianugerahkan itulah nikmat yang dijanjikan. Bersyukurlah dengan berukhuwah secara positif bukan dengan hanya cuba untuk menyengat yang lain dengan perkataan-perkataan yang kita sedar akan meninggalkan bisa dihati yang lain. Tidak semua bisa boleh diubat dengan masa atau satu respond 'maaf' yang spontan. Dan tidak semua bisa ada ubatnya...

Senyum didalam hati atas kekurangan yang lain bukan caranya. Sepatutnya kita perlu menjadi yang membangun, yang mengkhuatiri dan yang membimbangkan kekurangan mereka. Berniatlah untuk tidak mahu menjadi lebih dari mereka. Berniatlah untuk menjadikan mereka sehebat kita andai kita hebat dan berniatlah untuk menjadi sehebat mereka andai kita yang kekurangan. Ilmu itu bukan sesuatu untuk dikedekutkan, kerana at last tidak mendatangkan sebarang keuntungan apabila tidak dikongsikan. Perjalanan ilmu yang kita dapat sepatutnya tidak hanya berhenti didalam dada sendiri, sepatutnya bak telepati yang menghubungkan semua hati yang dikenali.

Aku bukan pesaing. Andai kamu pandang aku hebat, ingatlah bahawa kelebihanmu dan kelebihanku adalah bersifat tersendiri yang menjadikan kamu dirimu dan aku diriku. Andai diri ini dipandang jijik dan menyampahkan, ingatlah bahawa kita tidak dapat melihat sepenuhnya kekurangan diri jadi bersifat berhemah dan baiklah kepada yang lain, letak mereka terlebih dahulu daripada diri kita nescaya ketenangan yang kamu doakan dan kejayaan yang sejati yang kamu idamkan akan terbang kepadamu. 

October 22, 2012

Still long way to go

Someone once shout this to me, "Dont judge me by my past!", and I was like "What the....." cause I dont even know this person in the past, how can I judge their past? Whoopsss... Thats what we called a cute misunderstood that left a small cuts in the heart. Lets leave the story there. Sekadar meninggalkan mode fikiran bergerak, if we dont want ourselves to be judges with our past why still emerging the past in our present?

But well, hari ini diri ini termenung bermuhasabah diri. Memikirkah adakah betul apa yang sedang berlaku. Adakah betul langkah-langkah yang sedang diri ini titi. Adakah mereka masih menerima caraku ini secara janggal dan tidak senang. Adakah mereka sedang mengeji keputusanku.

Appearance, mereka melihatku melitup, kemudian meneliti bagaimanakah tingkah lakuku adakah seiring pemakaianku. Dush! Aku masih belum sempurna, jangan aku dinegatifkan, terimalah kelakuan ini sebagai usahaku yang masih panjang. Tetapkanlah fikrahmu yang bahawasanya diri ini dah berubah tapi masih cuba menyesuaikan diri. Kerana godaan godaan untuk kembali itu terlampau berpolar, menarik dan menarik tanpa jemu.

They said, berubah, its not just words that leaving actions behind, it is a verb that MUST be done. They said, jangan nak kata dah berubah sangatlah, sedangkan ni masih salah, ini masih kurang. Of course, proses ini masih belum lengkap. Bagi diriku juga rakan-rakan. Kami masih tergapai-gapai dengan hanya seutas tali rapuh yang memandu kami untuk memanjat ke atas. Tali yang disediakan oleh pebimbing-pebimbing setia yang tidak pernah jemu menegur dengan cara yang sangat comel. Bulatan gembira. Kami masih perlu ditarik so berhentilah menendang kami kebawah.

Mereka sedang membuka aib tentang mereka yang membuka aurat sedang mereka sendiri terlelap sebentar mengenai undang-undangNya yang bahawasanya aurat bukan sekadar menutup. Aurat adalah menjaga dan ubat penenang hati bukan mainan mata untuk disahamkan 'disana'. Aurat juga bukan sekadar pada yang berlainan jantina, juga pada yang sama jantina kerana batas-batas yang diutarakan Allah ada tujuan dan kebaikan tersendiri. Cubalah mengikuti tanpa mempersoalkan sebabnya yang Maha Mengetahui itu hanya Allah, hanya Dia... Tidaklah perlu kita berasa tidak senang duduk apabila tidak mengetahui perkara yang tidak penting. Ikutlah Dia...
Ikutlah dengan menerima...

# Sedang malu dengan diri sendiri dalam usaha menasihati yang lain

October 21, 2012

the Stuff Hunan gift ME

Disaat post ini sedang digubal, bumi Beijing dibasahi hujan nikmat yang merendahkan lagi suhu yang menbedil badan kami disini juga sebagai bukti, Summer is over, its Autumn now babeyh~ Whoops.. Well, setelah mengutip hasil professional daripada pemegang-pemegang DSLR yang pemurah (mohon maaf atas ke'editan' yang disengajakan) this what I has to offer my journal this time :D Tralala~

This is what amazed us the most there. Lokasi penggambaran filem English bertajuk Avatar juga merupakan antara pusat pelancongan paling Hot di Hunan, China
( Zhang Jia Jie National Forest Park )
Decorated with tall 'stone-make of'' mountains and heavenly beautiful trees, its was just amazing.

Ini percubaan jeritan semangat dari puncak Gunung Zhang Jia Jie

This jacket suppose to be one of my very cool outfit, but being commented by my honoured judges that it looks too big for me. ACTUALLY, the main attractive reason why I bought it cause it is a loose cloth for small people, it HAS to look big... Uff... 

This is a photo took by sahabat seperjuangan untuk membuktikan tak semua sungai sudah tercemar and this one is offered by the 
Tuo Jiang River at Phoenix Ancient Town, Feng Huang, Hunan. 

This is what happened when a dreamer of having DSLR excited about others' DSLR. Keh...
Cool hurh? Ahaksss... 

Happy Ending Guys :3


October 20, 2012

Bedilan Suhu Beijing, The trip ended

Perjalanan di Changsha, Hunan sangat meremangkan bulu tengkuk, Ahaks, bukan menakutkan tetapi kerana suhu dan suasananya ibarat Malaysia, dengan air terjun segala, memang menyeru perasaan rindu untuk balik kampung supaya berpusing pusing di dalam kepala kecik inih. 4.30 pagi, 15 October 2012 bermulanya perjalanan dan selamat tiba pulang semula ke Beijing pada jam 12.30 tengah malam, 20 October 2012. What a week...

Saat rindu sedang menyusun kata, kepenatan memanggil badan untuk mengbungkuskan diri kedalam selimut. Entah kenapa Beijing terasa ibarat Antartika Asia dengan suhu 8 degree celcius pada malam ini. Mungkin kerana kami tidak merasa perubahan suhu itu sedikit demi sedikit di Beijing ini sendiri kerana terbangnya kami ke Hunan 5 hari. Jadi apabila kaki melangkah ke alam Beijing kembali perubahan suhu ini ibarat peluru menusuk Dushhh! Walaowea~ xD

Semasa disana, lost contact kejap dengan Malaysia. Berpuluh kali cuba mendial number abah dan mak. nak wish hari jadi mak yang ke 56 pun dengan menghantar mesej je. Hurmmm... at least nak let mom know, Im thinking of her at that time. Ingat lagi kecik-kecik dulu penah berpakat adik-beradik belikan raga telur berbentuk ayam untuk hadiah hari ibu. Sekarang raga itu dah entah kemana. Whoopss...

Perjalanan di Hunan selama seminggu kali inih banyak membuka mata yang China bukan sekadar Beijing. Hurhh? Means, kehidupan rakyat China sebenarnya tak semuanya berfokus kepada materialism, ada je yang berkeluarga, bercucuk-tanam, beriang-ria bersama kawan-kawan, anak-anak, penjagaan alam sekitar yang fuhhh... Means bukan sekadar, pagi ni pergi kerja, malam tidur, pagi esok the cycle goes over and over again. Nope.

But what worse about the trip, toilet of course, kesulitan yang tak dapat dielakkan , second terpaksa beratur panjang dan bersabar dengan telatah 'tergesa-gesa' rakyat China yang boleh dikatakan salah satu budaya yang tertanam akibat kepadatan penduduk negara mereka (is not their fault) and another thing is that kitorang tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh pemandu pelancong kerana perbezaan loghat rakyat China di Hunan dan di Beijing. Kami lebih prefer 'PuTongHua' iaitu bahasa rasmi China. Jadi trip kali ini menjadi agak bosan dengan ketidakfahaman ini. Despite of the unsatisfactory of the thousands misunderstood from the language accent, kami berpuas hati dengan kenikmatan pemandangan kejadian Allah di Hunan. Kepuasan hati ini tersembunyi didalam beribu gambar yang ditangkap oleh pemegang-pemegang DSLR kami. What else can we say, Allah, you marvelous ~!

Well, barang-barang dah siap disusun kembali, beg-beg pun dah dibersihkan dan disimpan rapi di ruang atas almari. Pagi esok berniat untuk bangun awal pagi kerana ingin merebut tempat mesin basuh untuk mencuci pakaian seminggu perjalanan kali nih. Fuhhh, semoga Allah kejutkan dari syahid sementaraku sebentar lagi.

Souvenir perjalanan Keh3...,

Antara tiket-tiket kawasan-kawasan yang dilawat sepanjang di Hunan

Milktea real yang mirip portable speaker berbentuk tin yang dimiliki

Lukisan potret oleh Pelukis jalanan di salah satu tempat menarik di Hunan

October 13, 2012

the cold Hater

Autumn and Winter, two awesome seasons that was not meant for me. "Ufff, nooo, sejuk dah datang..." keluh hati maya inih. Maybe sebab dari kecik dah sangat sangat biase dengan panas, berbasikal berkilometer-kilometer, berkawad terpacak-pacak dua tiga jam dibawah sinaran matahari yang bermanja-manja is ME. Tapi untuk ber'shivering' semasa mengayuh basikal atau pun semasa sedang manaip post nih atau pun semasa mandi atau pun semasa mengambil wuduk were not me. Just not me. Hurmmm... Lebih menggemari suhu 30 yang membasahkan diri ini dengan air semulajadi badan. Keh xD

Musim sejuk membuatkan diri ini men'switch'kan mode murung. With unstable sleeping pattern and giant eating-desire, Im sure I will gain some of the pretty cute kilograms during these seasons.  Sangat tidak suka kesejukan ini ya Allah, sangat menguji. ( Kau rindu aku ye...? )

Ramai disini sedang excited menunggu kedatangan Encik Winter yang mungkin akan berjalan bersama dengan pasangannya Puan Salji. Walaupun disini Puan Salji hanya akan turun untuk jangka masa kurang dua jam, tapi itu sudah cukup untuk memutihkan bandar Beijing dengan kecantikkannya, buat tatapan umum. Walaupun selepas ia mencair, ia menghasilkan satu pemandangan dan keadaan jalan yang sangat kotor tapi masih semua orang sangat excited tentangnya.

Diri kerdil ini melayannn kesejukan ini untuk mengerti apa perasaan dan feeling emotion saudara-saudara kita yang berada di bumi 4 musim. Bagaimana mereka solat dalam keadaan ini, bagaimana mereka menjaga kebersihan dan diri dalam keadaan ini. O ya Rabb, hebatnya ciptaan manusia yang Engkau jadikan ini. -30°C di kawasan Harbin, China pun mereka boleh hidup. Sementara beijing masih 10°C, disana sudah 5°C sementara extreme sejuk disini -17°C, disana menjangkau -30°C. Persoalannya adakah mampu aku? Buluh yang tidak dilentur dengan kesejukan ini sangat berdub dab dub dab menerima idea sahabat-sahabat tentang perjalanan ke sana pada kemuncak winter kali ini, Januari akan datang. Mungkinkah terjadi ya Rabb? Apakah rancanganMu...

Mungkin muka mengeras, darah berlari jauh daripada kulitku, tangan merekah dan rekahan membuka mencuba menarik darah yang mengalir sesaat dan membeku sesaat, mungkin pedih, mungkin cramp, mungkin...
Menarik nafas menenangkan tangan yang menggeletar...

October 12, 2012

Igauan Butir NaNgKa

First, Lets talk about how to make it :

Bahan-bahan ( dalam 9 orang )

4 cawan tepung beras pulut
air
sedikit kapur makan
secubit garam
pewarna hijau @ daun pandan

Untuk Kuah :
Santan ( setengah biji kelapa )
gula
1 sudu makan halba
garam
daun pandan

Cara-Cara

  1. Masukkan sedikit air kedalam bekas, sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna, kacau...
  2. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil gaul menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. Air mengikut adunan.
  3. Panad air sehingga mendidih, gentel doh dan masukkan kedalam air. Ianya masak cukup apabila timbul keatas. Apabila timbul, cedok dan masukkan kedalam air sejuk.
  4. Kuah --> Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih.
  5. Makan bersama doh yang dah masak tadi bersama.
Rujukan bersama: Internet dan my mom!

Now lets talk about why its became my Igauan siang hari. 
First, dah mimpi-mimpi pasal nak makan tapi kecewa kerana ketiadaan bahan yang menyedapkan dia, satu daun pandan, dua, tepung beras pulut. And then, terlampau excited dan berharap apabila jumpa bahan-bahan berkenaan didalam laman web shopping sakan China, lalu order untuk dihantar ke asrama di Beijing ini. And then, sehari kemudian penjual call kata dia tak dapat nak poskan daun pandan atas kerunsingan dan kepastian bahan itu akan rosak apabila sampai kerana Beijing terlalu jauh daripada tempat asalnya, GuangZhou. Terpaksa batalkan tempahan.
Masih lagi bermimpi di siang hari untuk merasa butir nangka ini. Masih lagi, berangan... 

If only theres a way my lovely Rabb... Please let me stop thinking about this. 

October 10, 2012

Recent New Items

Keadaan Dulu dan sekarang 

 Pengganti


 Yang baru dan lama >> Gambar kanan (Keuzuran selepas 3 tahun)

October 7, 2012

Makhluk yang suka Makan ini

Kergh... Minggu lepas is a week holiday, no school, no class. Nak keluar, rakyat China berpusu-pusu dalam Beijing menyambut minggu kemerdekaan mereka, 1 Oktober. Terperap lagi berkulatlah kami dalam asrama Bangunan 6 ini. Tak tahu kenapa, many of us here tend to cook all sorts of dishes from western to traditional Malay dishes within the week. Kindda cool! Cause the one who finished it is ME! Uww, Me! Ahaks.

But, Esok, dah start kelas balik. Tambah-tambah ada surprise exam lagih. Terbaek... But as study is also one of the way to get closer to Allah, lets count exam as a boosting medium to get closer to Him. Study for Islam for our only Rabb! Sweet!

But, lately, sedar tentang satu bende. Satu benda yang diri ini dah lama buat. Mudah sangat badmood dan sangat sensitive also agak murung when perut lapar. Hyperactive sangat bila perut kenyang. Boleh nampak la kan. Makhluk yang suka makan ini sangat bernafsu dengan kurniaan Rabb yang bernama makanan halal. Ada dua-tiga benda yang tak berapa ngam ngan citarasa, tapi still melantak jugak. hmmm, mak pesan jangan kedekut bab makan. Makan je, asal sihat, hati senang, perut kenyang.

Dari kecik juga dah terdidik dan tertanam dan telah suka makan sampai licin, cause kalau still ada yang lebih, rasa sedih sangat ibarat nasi/makanan tuh tengah menjerit-jerit memarah diri ini kenapa dia ditinggalkan. Kenapa...? Kenapa??? So, everytime makan, tak kira banyak ke sikit, kerjanya mesti nak makan sampai licin.

Rezeki Allah sangat melimpah tapi ada yang terpaksa berjuang sehingga diberi peluang untuk berjumpa denganNya, terkorban hanya untuk menikmati rezekiNya didunia. Bersabarlah wahai hati-hati kental. Berlapar tanpa sesuap nasi, kering tekak tanpa setitik sumber air, But every efforts and liku-liku itu akan dicount as pahala boosting there for you guys, wahai hati-hati kental! Jadi nikmatilah dan hargailah setiap makanan yang kita ada, rezeki yang didepan mata. Berkongsi itu lebih baik. Jangan membazir atau mengkedekutkan rezekiNya kerana, ia bukan milik kita. Orang kata, makin banyak kita beri, makan banyak kita dapat. Plus, semua rezeki dan makhluk yang ada diatas dunia ini adalah milik Rabb yang Satu dan begitu juga sekujur tubuh yang sedang menaip atau membaca ini.

Makan untuk beribadah dan melaksanakan tugas, bukan untuk nafsu, bukan sampai kenyangnya overdose. Mengikut keperluan dan kemampuan adalah yang terbaik. :D
Kredit untuk kekasih-kekasih riang di Bangunan 6 ini yang selalu mengajak dan berkongsi makanan dengan saya, si perut giant. Terharu sangat....fillah... 

October 5, 2012

Saham Perkongsian USB?

Woot woot, pernah satu sesi perbincangan tentang sahan akhirat yang bakal ditimbang.
And like a lightning striking my awareness, one of my sisters said, 'Walaupun melihat satu-satu video itu dan hanyalah pemberi USB kepada yang lain untuk berkongsi melihat video itu, saham samaada video itu berfaedah atau tidak kepada orang yang kita beri, akan ditimbang disana. Tup tup timbangan dosa kita bertambah dengan dosa yang bukan kita lakukan hanya kerana saham perkongsian yang tidak berfaedah kita itu kepada orang lain sangat banyak.'

Kita beri kepada seorang yang bernama A... A pula bagi ke B.., B pula bagi ke C.., C pula bagi kepada D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z. Wow, dan saham daripada setiap seorang daripada A hingga Z itu, saham kerana membuang masa mereka ataupun melalaikan mereka, akan termasuk didalam saham dosa kita, extraaaa punya untuk timbangan dosa melangkaui timbangan pahala. Oh my Rabb!

But, Oh my Rabb! If kita berkongsi benda yang baik, sebagaimana formula diatas, ianya adalah EXTRAAA HOT untuk timbangan pahala kita disana. Terbaekkk. But before berkongsi ilmu, kena make sure that it is sahih kerana berkongsi ilmu yang sesat doesnt count as your pahala kerana ianya menyesatkan orang yang lain. Berkongsilah hanya yang baik-baik dan yang betul-betul. InsyaAllah, when we were 'there' every little things are count in.

Juga peringatan kepada diri sendiri. Hushhh~

October 4, 2012

Allow me to Love with only This Face

Cinta dan kasih sayang. Banyak cara untuk menzahirkannya. Islam mengajar kita untuk menyayangi saudara seumat, seagama sebagaimana kita menyayangi diri sendiri. Ada yang menzahirkan cinta dengan men'sweet'kan ayat-ayat pujian dan ngada-ngada. Lolx. But love is flexible, it can be seen by so many ways and resulting so many effects. It can come out with words, action or just, a 'Dont care face'.

Since I was a small little girl with a ponytail, I was taught to be tough despite of my small size body. I was taught to NOT showing my weaknesses and holding my tears. I was taught to fight back. Till I was hardly show even to my family how much I love them. Hardly showed my true emotion at the right time. I tend to be egoistic. I tend to love in a protective way. I dont like someone who I love being looking down, being cursed, being bullied. I will do all I can despite my ego and small size just to make sure someone who made 'them who I loved' hurt, will paid for it. Oh yeah~ But ego person will never smell the aroma of His Heaven so Lets Change. 

How to love my sisters in a Cool way? Damn hard~ Hahaha
Come on, try to be sweet. If your ego making you shy and embarrassing to show the real love that you had, dont force it to come out. Do it slow and steady. Let them feel it instead of witnessing the love. Cause as great as the love to Allah and as pure as the love of a family-bond, loving our sisters was an alien-love, which meant you will love them on the 3rd sight. Lolx, How would I decribe the feeling?

You know when you first know someone, you tend to only see her kindness. When the times goes by, 越来越, you will see her bad side which means you girls start to become closer, after the bad side you tend to wash your mind not to hate her because of the love as ummah you tend to search for her positive side. That is when love tie us. The time when you found in your searching the positive side of them and fall in love deeper than the first sight love you had before. Make sense?

Although Im not good, not kind, not sweet, not romantic at all and at all I dont know how to arrange my words to comfort you, allow me to love..., allow me to be your sisters..., just with this face, my one emotion face, my make dont know face, my always just want to smile face cause I love you the way you are, I dont know how to make you love me more than yourself, and I dont know how to make you more comfort and like me much than now, but Im pretty sure, I love you more than myself. and I would just let you do whatever you like, in any ways, cause thats what make you happy even without me, I know you happier in that way.
InsyaAllah because of Him, you girls just increase my Iman. Just for being the imperfect you, you making me realize how great Allah is for making such creations that have everything,
For that, I wanna Thank you..., Thank you Very Much... 

October 3, 2012

Recent new Items

 Multimedia Portable Speaker berbentuk Tin minuman Teh Susu. Hahaha, Terbaekkk~



Persediaan untuk sambut kedatangan musim-musim yang sejuk, meja untuk memudahkan nak menulis atas katil. Mungkin tak suka and tak biasa menulis atas katil tanpa kerusi nih, takut TERSYAHID pun ada, tapi insyaAllah tak salah nak mencuba tabiat yang baik-baik nih.
Keh. (Sebab yang utama, atas katil ada pemanas) 



"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie