Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

June 11, 2012

Ukhuwah yang Bukan Ukhuwah, Pseudo-Ukhuwah

Selama ini, aku mencari-cari maksud ukhuwah yang sebenar. Bagaimanakah rasanya berukhuwah. Kenapa mereka yang lebih warak menggambarkan erti persahabatan itu sebagai ukhuwah. Kepada siapakah aku ingin bertanya? Adakah perasaan malu untuk tidak mengetahui perkataan orang yang lebih arif tentang agama ini adalah sesuatu yang baik? Bodohnya aku, tak tahu malu bertanya, sesat jalan nanti bagaimana? Tak ape, kita search internet jap, tak faham lagi, baru tanya :D

Ya Rabb, alhamdulillah Engakau ketemukan aku dengan jawapanku. Perbezaan antara ukhuwah dan taasub berkumpulan. Ukhuwah dan Taasub berkumpulan,



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”[Al-Hujuraat 49: 10]
Kalau disandarkan pada ayat 'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara', boleh ditafsirkan ukhuwah yang menjadikan manusia mampu berinteraksi dan berhubung mesra dengan manusia yang lain cukuplah dengan sebab atau alasan Iman.

Sedangkan taasub berkumpulan itu jauh berbeza. Ia adalah suatu jenis hubungan atau kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar linkungan kumpulan mereka. Orang yang hanya dapat menikmati kemesraan itu jika dia merupakan sebahagian daripada kumpulan itu. Kemesraan yang cuba dipupuk tidak diaplikasikan dengan cara yang sama kepada orang yang bukan ahli mereka.

Tanpa pemerhatian yang betul terhadap tingkah laku manusia, kita mungkin membuat menilaian yang salah sehingga mencacatkan sesuatu yang setinggi 'ukhuwah fillah' itu sendiri. Melabelkan kemesraan yang cuba ditunjukkan kepada yang lain sebagai ukhuwah dengan cara yang salah, cara yang mudah.

Untuk membina IM, haruslah berlapang dada dengan berupaya mengutamakan saudara mengatasi diri sendiri. Atas nama iman kepada ya Rabb, Allah yang satu, title Mukmin dan Muslim sudah cukup untuk membuka penerimaan kita kepada sesiapa sahaja. Bukan dengan cara mencetuskan kemesraan hanya kepada sesama ahli kumpulan, kemudian dingin dan hambar dengan orang luar. Jika hal ini berlaku, automatiknya terjadilah pseudo-Ukhuwah ( persaudaraan palsu ), persaudaraan yang meminjam keluasan Islam untuk berkhidmat kepada kesempitan agenda berkumpulan itu. Bak kata sumber, 
'Suatu manipulasi yang cela'

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie