Baru habis menanamkan benih, cara-cara syaitan Menyelinap, iaitu dengan,
1. Marah, 2. Bernafsu, 3. Melalui sifat tergesa-gesa, 4. hasad dengki, 5. Kikir ( bakhil / kedekut ), 6. Angkuh, 7. Buruk sangka terhadap Muslimin yang lain.
Baru je mendapat ilmu Allah yang ini, sudah Dia memberikan 'kertas peperiksaan' untuk melihat pencapaianku. MasyaAllah... Teruji benar.
Aku yang ego dan sentiasa penuh dengan baran hari ini menangis bak Ibu yang kehilangan anak kerana menahan dan mengawal marah. Muka merah yang dibisik dengan herdikan-herdikan mengarut didalam hati, memucat dan mengalirkan sungai mata dek cuba melawan bisikan itu sendiri. Andai aku masih aku yang dulu, akan ku tenung tajam si pengeluar kata, akan ku goncang alam mencari si pelontar soalan fitnah itu. Akan ku heret dia ke muka pengadilan, semoga hati ini puas dan nama baikku tertegak.
Dari kecik, diri ini pantang dituduh dengan sesuatu yang tidak diri ini buat. Pantang dibuli, pantang dilontarkan kata-kata buruk. Sabarku dulu masih ghaib. Masih tak berputik. Terlalu banyak menonton program-program TV yang bersifat aksi Hero melawan penjahat serta direalkan dengan realiti aku bertubuh kecik dan senang dibuli, aku amat Ganas apabila dibuat tidak adil oleh sesiapa, even my siblings. Pernah sampai tidak sanggup memandang muka sampai bertahun selepas satu pergaduhan ganas kerana aku tahu amarah ini masih ada, tidak dapat dikawal. Benci itu menghitam sehinggakan melenyapkan sinar ukhuwah yang ada. Tangan dan kaki ini menggeletar memberi amaran untuk memukul, fight back~ Waaaatcha! Betapa jahilliyah diri ini dulu~!
Tapi aku yang hari ini, masih belajar cara untuk bersosial dengan betul dijalanNya. Cara untuk mengawal keadaan dan situasi harian dijalanNya. cara untuk menangani masalah dengan tenang dengan agamaNya. Tapi hati ini masih belum cukup kuat. Yang aku mampu hanya menahan dan beristighfar sambil air mata ini mengalir akibat amarah yang tidak dapat dilepaskan. Diri ini meronta. Bagai haiwan lapar yang diikat tali tebal. Lepas! Lepas! Tapi yaRabb, janganlah kau putikkan dendam dengan marah yang tersimpan ini. Semoga baja yang ku letak, dapat mencambah marah ini menjadi pohon bunga tulips dalam taman hati ini yaAllah.
Kadang-kadang, tuduhan, sindiran, gelaran yang dibuat main dan dibuat perangsang ketawa kita itu boleh memesongkan hati kita untuk tidak peka dengan perasaan orang lain. Apatah lagi kalau ia menyebabkan kita mendapat dosa tanpa sedar. Ibarat dicucuk dadah semasa tidur yang memberi kesan lumpuh seumur hidup. Ya Allah, jauhkanlah... 'Kertas exam'Mu hari ini yaAllah, Si penanya soalan fitnah itu ya Allah, tunjukkanlah kepadanya kebenaran... Janganlah Kau sesatkan aku, ataupun mereka.
Diri ini sedia maklum, makhlukMu si syaitan tidak pernah berehat yaAllah, lindungi saudara-saudaraku dari bisikan yang menjahanamkan.

No comments:
Post a Comment