Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

June 12, 2012

Kecil dan Tak beRGuna

Pernahkah engkau terasa?
Saat-saat seperti kamu tidak diperlukan oleh sesiapa? Dimana, kata-katamu selalu dipertikaikan kesahihannya. Cadangan darimu hanya kata-kata yang bertiup ditelinga-telinga. Kehadiran mu tidak ada gunanya. Minatmu dengan mereka tidak sama, tidak layak untuk berdiri dan bergurau senda setanding mereka. Tidak seromantis hati mereka yang lebih matang.

Merasa, bak bayang-bayang hitam yang mengikut tuannya tanpa tujuan dan faedah. Nak dibandingkan dengan bayang-bayang pokok, bayang-bayang pokok lebih berguna, buat teduhan dari sinar mentariNya. Kehadiranku, hanya membuat yang lain tidak selesa, menyampah, dan benci. Ada aura-aura kecil yang tiba-tiba membisikku mengatakan yang mereka lebih senang tanpaku? Betulkah begitu?

Aku, yang kecil ini, dipandang lemah, dipandang tidak boleh buat kerja ini, tidak mampu buat kerja itu, tidak layak untuk kerja yang ini dan yang itu... Cubalah aku dulu, mana kamu tahu?

Aku, yang kecil ini, dipandang kesian, dipandang comel, dan dipandang budak. Kata-kataku, hanya perlu di 'shhhhhhushhh...!' kerana kata-kata ini tidak layak diperdengarkan, tidak layak diutarakan.

Aku, yang kecil ini, rapuh dan kerap terasa. Mungkin kerana rasa kurangnya aku dari yang lain membuatkan aku lebih sensitif. Tapi aku tidak pernah dengan niat mengeji atau mengejek yang lain. Aku suka akan kekurangan mereka kerana ia membuatkan aku merasa diriku sama dengan mereka. Kita ada yang kurang.

Jadi kenapa, kenapa harus timbul, harus wujud perkataan mengejek, menyindir itu sendiri? Sebagai seorang Islam, pernahkah kamu terfikir? Layakkah kamu sebagai yang Islam, memandang dan menilai kekurangan orang lain? Sempurnakah kamu disisiNya? Andai dengan gurauan juga, fikirlah sebelum mengeluarkan gurauan itu, sedangkan gurauan Nabi sendiri hanya bersifat sederhana. Rapatkanlah bibir, pejamkanlah mata, sederhanakah gurauanmu?

Dari dulu, kekurangan ini adalah kelemahanku tetapi kekurangan ini juga yang membuatkan aku menjadi lebih kuat dan lebih berusaha. Mungkin tanpa kekurangan ini, aku tidak berada disini.

Maaf kerana diri ini sensitif dengan tindak tanduk mereka mengasingku.  Andai diriku ini buat mereka tidak berguna, paling kurang, aku mahu jadi salah satu daripada hambaNya yang Dia rindu, yang Dia sayang... *Layakkah wahai diri?* Sekurang-kurangnya, aku masih ada Dia, yang mahukan aku, yang sedar akan kehadiran aku, yang masih memerhatikan aku walaupun aku selalu salah, aku selalu tergelincir... Terima kasih ya Allah... Walaupun dalam tangis kecil, tangis hati ini, aku tahu dan aku yakin, Engkau yang sedar akan hadirnya aku... 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie