Ya Allah, walaupun ayat ini pernah banyak kali didengar, tetapi sudah lama dibuai dunia ini, sudah berkulat peringatan ini dari akal cetekku. Tersentap dengan status seorang sahabat ini..., ayat ini kembali menyegarkan, bak bilik yang di'febrezee'.
InsyaAllah, ini peringatan dariMu juga yaAllah... Tak kira apa consequences dan dugaan yang Engkau berikan kepadaku atas usahaku ini yaAllah, aku redha... Kerana yang aku mahu, yang terbaik dari pandanganMu bukan dari pandangan mereka. Yang penting, bantulah aku untuk mendapatkan kesudahanMu itu dengan cara yang Engkau redhai. Kerana kehendak tidak menghalalkan cara.
Aku mahu, sangat mahu, siapa tidak? Tapi aku lebih mahukan Engkau yaRabb... Tidak ada guna andai kemenangan di dunia ini yang Engkau beri tetapi neraka yang menjadi destinasiku nanti. Aku masih mencuba untuk menjalani duniaMu di atas jalanMu. Jangan dilencongkan hati ini kerana sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.
Hari ini, peringatan ini yang Engkau hadirkan didepan mataku... Terima kasih...

No comments:
Post a Comment