Pagi besok, kembara pertama aku dan 4 orang sahabat lain bakal bermula. Mengorak Langkah ke Beijing Xi HuoChe Zhan untuk menaiki lebih kurang 23 jam kereta api sehingga ke Bandar GuangZhou, China. Bukan satu perjalanan yang senang, tapi InsyaAllah aku telah memanjatkan doa dan solat hajat kepadaNya supaya dipermudahkan segala urusan dan jangan kami dilekakkan dengan lagha-lagha duniawi. Sekarang tinggal hanya menerima ketentuanNya yang pasti terbaik buat setiap daripada kami.
Entah kenapa hati ini tidak senang untuk pergi. Kenapa kau datangkan ketidaksenangan hati ini ya Rabb... Aku tidak se 'excited ' yang lain. Tidak segembira mereka. Seakan keinginan itu memudar dek masa untuk pulang ke Malaysia mendekat. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga ukhuwah yang aku idamkan akan kutemukan dalam perjalananku ini.
Niatku, perjalanan ini untuk melihat berapa ramai umat Islam di China. Bagaimanakah keadaan saudara-saudaraku ini? Senangkah kehidupan mereka? Mungkinkah Islam mengorak langkah di bandar-bandar popular China yang membangun pesat dibawah jajahan minda Non-Muslims? Mampukah kami si daie kecil untuk berjalan sendiri di bumiMu. mampukah kami utamakan Kamu lebih dari duniawi yang diberiMu untuk kami?
Aku inginkan jawapanku ya Rabb. Tunjukan kami, lindungi kami, permudahkan segala urusan kami kerana sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dibumi duniawi ini... Terima kasih atas peluang yang Engkau sediakan. Amin...

No comments:
Post a Comment