Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

June 29, 2012

Kembara 暑假 2012

Pagi besok, kembara pertama aku dan 4 orang sahabat lain bakal bermula. Mengorak Langkah ke Beijing Xi HuoChe Zhan untuk menaiki lebih kurang 23 jam kereta api sehingga ke Bandar GuangZhou, China. Bukan satu perjalanan yang senang, tapi InsyaAllah aku telah memanjatkan doa dan solat hajat kepadaNya supaya dipermudahkan segala urusan dan jangan kami dilekakkan dengan lagha-lagha duniawi. Sekarang tinggal hanya menerima ketentuanNya yang pasti terbaik buat setiap daripada kami.

Entah kenapa hati ini tidak senang untuk pergi. Kenapa kau datangkan ketidaksenangan hati ini ya Rabb... Aku tidak se 'excited ' yang lain. Tidak segembira mereka. Seakan keinginan itu memudar dek masa untuk pulang ke Malaysia mendekat. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga ukhuwah yang aku idamkan akan kutemukan dalam perjalananku ini.

Niatku, perjalanan ini untuk melihat berapa ramai umat Islam di China. Bagaimanakah keadaan saudara-saudaraku ini? Senangkah kehidupan mereka? Mungkinkah Islam mengorak langkah di bandar-bandar popular China yang membangun pesat dibawah jajahan minda Non-Muslims? Mampukah kami si daie kecil untuk berjalan sendiri di bumiMu. mampukah kami utamakan Kamu lebih dari duniawi yang diberiMu untuk kami?

Aku inginkan jawapanku ya Rabb. Tunjukan kami, lindungi kami, permudahkan segala urusan kami kerana sesungguhnya kami hambaMu yang lemah dibumi duniawi ini... Terima kasih atas peluang yang Engkau sediakan. Amin... 

June 28, 2012

Berakhirnya Foundation Kali Kedua

Alhamdulillah... 




Terima Kasih Kepada Semua Tenaga Pengajar :-)

  • Lu Lao Shi
  • Qu Lao Shi
  • Sun Lao Shi
  • Liang lao Shi
  • Zhang Lao Shi
  • Li Lao Shi

June 21, 2012

Biodata Seorang Muslim

10 Muwasafat Tarbiyah

  1. Salimul Aqidah ( Akidah yang Sejahtera )
  2. Shahihul Ibadah ( Ibadah yang Benar )
  3. Matinul Khuluq ( Akhlak yang Mantap )
  4. Qowwiyul Jismi ( Sihat Tubuh Badan )
  5. Mutsaqqoful Fikri ( Luas Pengetahuan ) 
  6. Mujahadatul Linafsihi ( Melawan Hawa Nafsu ) 
  7. Harishun Ala Waqtihi ( Sangat Menjaga Waktu )
  8. Munzhzhamun fi Syuunihi ( Teratur dalam Urusan )
  9. Qodirun alal Kasbi ( mampu Berdikari )
  10. Nafi'un Lighoirihi ( Bermanfaat kepada Orang Lain )

ALLAH SWT Ghoyatuna ( Allah SWT Tujuan Kami )
Muhammad SAW Qudwatuna ( Muhammad SAW Teladan Kami )
Al-Qur'an Dusturuna ( Al-Qur'an Petunjuk Kami )
Jihad Sabiluna ( Jihad Jalan Kami )
Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina 
( Maut di jalan Allah adalah Cita-cita Kami yang Tertinggi )

June 20, 2012

Perkara yang Yahudi Sebolehnya Tak Nak Dunia Tahu

Banyak benda yang Yahudi ini sembunyikan daripada pengetahuan umum.
Jom dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Source : MyIbrah.Com

June 19, 2012

lawak Ke, Ikat Marah ini! Jangan keluar!

Baru habis menanamkan benih, cara-cara syaitan Menyelinap, iaitu dengan,
1. Marah, 2. Bernafsu, 3. Melalui sifat tergesa-gesa, 4. hasad dengki, 5. Kikir ( bakhil / kedekut ), 6. Angkuh, 7. Buruk sangka terhadap Muslimin yang lain.
Baru je mendapat ilmu Allah yang ini, sudah Dia memberikan 'kertas peperiksaan' untuk melihat pencapaianku. MasyaAllah... Teruji benar.

Aku yang ego dan sentiasa penuh dengan baran hari ini menangis bak Ibu yang kehilangan anak kerana menahan dan mengawal marah. Muka merah yang dibisik dengan herdikan-herdikan mengarut didalam hati, memucat dan mengalirkan sungai mata dek cuba melawan bisikan itu sendiri. Andai aku masih aku yang dulu,   akan ku tenung tajam si pengeluar kata, akan ku goncang alam mencari si pelontar soalan fitnah itu. Akan ku heret dia ke muka pengadilan, semoga hati ini puas dan nama baikku tertegak.

Dari kecik, diri ini pantang dituduh dengan sesuatu yang tidak diri ini buat. Pantang dibuli, pantang dilontarkan kata-kata buruk. Sabarku dulu masih ghaib. Masih tak berputik. Terlalu banyak menonton program-program TV yang bersifat aksi Hero melawan penjahat serta direalkan dengan realiti aku bertubuh kecik dan senang dibuli, aku amat Ganas apabila dibuat tidak adil oleh sesiapa, even my siblings. Pernah sampai tidak sanggup memandang muka sampai bertahun selepas satu pergaduhan ganas kerana aku tahu amarah ini masih ada, tidak dapat dikawal. Benci itu menghitam sehinggakan melenyapkan sinar ukhuwah yang ada. Tangan dan kaki ini menggeletar memberi amaran untuk memukul, fight back~ Waaaatcha! Betapa jahilliyah diri ini dulu~!

Tapi aku yang hari ini, masih belajar cara untuk bersosial dengan betul dijalanNya. Cara untuk mengawal keadaan dan situasi harian dijalanNya. cara untuk menangani masalah dengan tenang dengan agamaNya. Tapi hati ini masih belum cukup kuat. Yang aku mampu hanya menahan dan beristighfar sambil air mata ini mengalir akibat amarah yang tidak dapat dilepaskan. Diri ini meronta. Bagai haiwan lapar yang diikat tali tebal. Lepas! Lepas! Tapi yaRabb, janganlah kau putikkan dendam dengan marah yang tersimpan ini. Semoga baja yang ku letak, dapat mencambah marah ini menjadi pohon bunga tulips dalam taman hati ini yaAllah.

Kadang-kadang, tuduhan, sindiran, gelaran yang dibuat main dan dibuat perangsang ketawa kita itu boleh memesongkan hati kita untuk tidak peka dengan perasaan orang lain. Apatah lagi kalau ia menyebabkan kita mendapat dosa tanpa sedar. Ibarat dicucuk dadah semasa tidur yang memberi kesan lumpuh seumur hidup. Ya Allah, jauhkanlah... 'Kertas exam'Mu hari ini yaAllah, Si penanya soalan fitnah itu ya Allah, tunjukkanlah kepadanya kebenaran... Janganlah Kau sesatkan aku, ataupun mereka.
Diri ini sedia maklum, makhlukMu si syaitan tidak pernah berehat yaAllah, lindungi saudara-saudaraku dari bisikan yang menjahanamkan. 

June 18, 2012

40 Hadis Palsu yang Popular

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
Hadis 6 : Solat Dengan Berserban
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya 
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab 
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih 
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan 
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab 
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura  
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga Merangkak 
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga  
Hadis 15 : Jihad Hati
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat 
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya 
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj 
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah 
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin 
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran 
Hadis 23 : Cintakan Negara 
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia 
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha 
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga 
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy 
Hadis 29 : Dunia Itu Ladang Akhirat 
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji 
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik 
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid 
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi 
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban 
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat 
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun 
Hadis 37 : Nur Muhammad 224 
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri 
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka 
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah dan Ulamak Baik


June 17, 2012

This WeekEnd

Hujung minggu minggu ni tak terasa rehat... Rasa penat semacam. Mungkin nilah study week, the most stressful holiday that teachers gave us. Tapi kalau belajar kerana Allah, InsyaAllah yang perlu hanya usaha, result nanti serahkan padaNya. Kalauu usaha itu terasa tidak cukup, redha jelah, dah hampir times up, so, if theres miracle from Him, you will be just great, and if its not, Allah just look at you and 'hug' you, be patient and with His willing we will be in His Jannah <3 

June 16, 2012

Yang ku sayang, yang ku suka

Sayang Allah, (of course), sayang mak abah... sayang diri sendiri, sayang Islam, sayang mereka... Kadang-kadang, menyayangi tak semudah yang dianggap... Bila dah sayang, memang susah untuk benci, tapi senang untuk tak puas hati, senang untuk mencemburui, senang datang persoalan dalam proses memahami. Lumrah...

Cemburu sangat bila Allah memberi kesusahan itu pada yang lain, seolah kehidupan ini tak dijaga Dia..., senang je, berjalan lancar je... Tapi bila Allah bagi kesusahan, mula-mula merungut dan mengeluh, tapi at once, a moment later, tersenyum..., tengok, 'Allah pun sayang aku...' xD

Ada satu ayat ni, 'Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inchi ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Tidak pernah sekalipun ujian datang untuk menjauhkan hamba daripada Tuannya, bahkan untuk menjadikan manusia ingat dan dekat kepada Pencipta...' Touching gak~

Almost everybody who knew me know that I love bike, I adore cycling around and having the gentle wind massaging my tired emotions... But today, theres an activity that actually allow me to cycle around Beijing's interesting place but I had to let it go despite of my tired body having my eyes staring at my laptop screen for more than 4 hours. No one who never experienced it can imaging how it felt. Felt like something being stuck to your brain and connected with your eyes, thus, making your muscle as loose as it can be.

Use to be a gamer, before, when Im a game addict, I used to stuck on my laptop for more than 12 hours without rest, and after that I totally exhausted and have to sleep like I never sleep. Hardly wake up. Now, already left that attitude for nearly two years, I cant imagine how I played my game for that long when I can hardly stand staring my laptop for 4 hours. Well, sometimes when you like a thing, like it very much, you tend to do the best for it, exceeding your limit.

Thus, can I do the same thing with my religion? Can I exceed my limit?
Kerana sekarang saya dalam proses memaksa dan menerima. Kerana tanggungjawab, selalunya datang daripada paksaan, yang lama-kelamaan akan menjadi sesuatu kesukaan dan kebiasaan. InsyaAllah, hati ini redha...

June 12, 2012

Kecil dan Tak beRGuna

Pernahkah engkau terasa?
Saat-saat seperti kamu tidak diperlukan oleh sesiapa? Dimana, kata-katamu selalu dipertikaikan kesahihannya. Cadangan darimu hanya kata-kata yang bertiup ditelinga-telinga. Kehadiran mu tidak ada gunanya. Minatmu dengan mereka tidak sama, tidak layak untuk berdiri dan bergurau senda setanding mereka. Tidak seromantis hati mereka yang lebih matang.

Merasa, bak bayang-bayang hitam yang mengikut tuannya tanpa tujuan dan faedah. Nak dibandingkan dengan bayang-bayang pokok, bayang-bayang pokok lebih berguna, buat teduhan dari sinar mentariNya. Kehadiranku, hanya membuat yang lain tidak selesa, menyampah, dan benci. Ada aura-aura kecil yang tiba-tiba membisikku mengatakan yang mereka lebih senang tanpaku? Betulkah begitu?

Aku, yang kecil ini, dipandang lemah, dipandang tidak boleh buat kerja ini, tidak mampu buat kerja itu, tidak layak untuk kerja yang ini dan yang itu... Cubalah aku dulu, mana kamu tahu?

Aku, yang kecil ini, dipandang kesian, dipandang comel, dan dipandang budak. Kata-kataku, hanya perlu di 'shhhhhhushhh...!' kerana kata-kata ini tidak layak diperdengarkan, tidak layak diutarakan.

Aku, yang kecil ini, rapuh dan kerap terasa. Mungkin kerana rasa kurangnya aku dari yang lain membuatkan aku lebih sensitif. Tapi aku tidak pernah dengan niat mengeji atau mengejek yang lain. Aku suka akan kekurangan mereka kerana ia membuatkan aku merasa diriku sama dengan mereka. Kita ada yang kurang.

Jadi kenapa, kenapa harus timbul, harus wujud perkataan mengejek, menyindir itu sendiri? Sebagai seorang Islam, pernahkah kamu terfikir? Layakkah kamu sebagai yang Islam, memandang dan menilai kekurangan orang lain? Sempurnakah kamu disisiNya? Andai dengan gurauan juga, fikirlah sebelum mengeluarkan gurauan itu, sedangkan gurauan Nabi sendiri hanya bersifat sederhana. Rapatkanlah bibir, pejamkanlah mata, sederhanakah gurauanmu?

Dari dulu, kekurangan ini adalah kelemahanku tetapi kekurangan ini juga yang membuatkan aku menjadi lebih kuat dan lebih berusaha. Mungkin tanpa kekurangan ini, aku tidak berada disini.

Maaf kerana diri ini sensitif dengan tindak tanduk mereka mengasingku.  Andai diriku ini buat mereka tidak berguna, paling kurang, aku mahu jadi salah satu daripada hambaNya yang Dia rindu, yang Dia sayang... *Layakkah wahai diri?* Sekurang-kurangnya, aku masih ada Dia, yang mahukan aku, yang sedar akan kehadiran aku, yang masih memerhatikan aku walaupun aku selalu salah, aku selalu tergelincir... Terima kasih ya Allah... Walaupun dalam tangis kecil, tangis hati ini, aku tahu dan aku yakin, Engkau yang sedar akan hadirnya aku... 

June 11, 2012

Ukhuwah yang Bukan Ukhuwah, Pseudo-Ukhuwah

Selama ini, aku mencari-cari maksud ukhuwah yang sebenar. Bagaimanakah rasanya berukhuwah. Kenapa mereka yang lebih warak menggambarkan erti persahabatan itu sebagai ukhuwah. Kepada siapakah aku ingin bertanya? Adakah perasaan malu untuk tidak mengetahui perkataan orang yang lebih arif tentang agama ini adalah sesuatu yang baik? Bodohnya aku, tak tahu malu bertanya, sesat jalan nanti bagaimana? Tak ape, kita search internet jap, tak faham lagi, baru tanya :D

Ya Rabb, alhamdulillah Engakau ketemukan aku dengan jawapanku. Perbezaan antara ukhuwah dan taasub berkumpulan. Ukhuwah dan Taasub berkumpulan,



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”[Al-Hujuraat 49: 10]
Kalau disandarkan pada ayat 'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara', boleh ditafsirkan ukhuwah yang menjadikan manusia mampu berinteraksi dan berhubung mesra dengan manusia yang lain cukuplah dengan sebab atau alasan Iman.

Sedangkan taasub berkumpulan itu jauh berbeza. Ia adalah suatu jenis hubungan atau kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar linkungan kumpulan mereka. Orang yang hanya dapat menikmati kemesraan itu jika dia merupakan sebahagian daripada kumpulan itu. Kemesraan yang cuba dipupuk tidak diaplikasikan dengan cara yang sama kepada orang yang bukan ahli mereka.

Tanpa pemerhatian yang betul terhadap tingkah laku manusia, kita mungkin membuat menilaian yang salah sehingga mencacatkan sesuatu yang setinggi 'ukhuwah fillah' itu sendiri. Melabelkan kemesraan yang cuba ditunjukkan kepada yang lain sebagai ukhuwah dengan cara yang salah, cara yang mudah.

Untuk membina IM, haruslah berlapang dada dengan berupaya mengutamakan saudara mengatasi diri sendiri. Atas nama iman kepada ya Rabb, Allah yang satu, title Mukmin dan Muslim sudah cukup untuk membuka penerimaan kita kepada sesiapa sahaja. Bukan dengan cara mencetuskan kemesraan hanya kepada sesama ahli kumpulan, kemudian dingin dan hambar dengan orang luar. Jika hal ini berlaku, automatiknya terjadilah pseudo-Ukhuwah ( persaudaraan palsu ), persaudaraan yang meminjam keluasan Islam untuk berkhidmat kepada kesempitan agenda berkumpulan itu. Bak kata sumber, 
'Suatu manipulasi yang cela'

June 10, 2012

The War of Ideas


Hayya Syabab! by Kak Wafa' ( Wafa' = Setia ) A petite and easy-going sister from Japan came today... Despite of the long journey, from Japan to Beijing, China, her spirit of delivering Allah messages not even a little, washed away.

The War of Ideas,

  • Keep away we Muslims from our Quran
  • Wiped away the real and genuine goals of the Existence of us humans 
  • Dissolving our Muslims personality
  • make us to bow to them
Did we realize that? O Allah, forgive me T.T

Is 'this spirit' that we felt came to us in seasons? Bermusim dek kala tengah hot isu tu? Bolehkah kita paksa diri sendiri untuk INGAT! Ingat saudara-saudara seAkidah kita yang lain. Apa khabar mereka? Apa yang telah manusia yang melancarkann this war had done to them? At least, walaupun kita tak mampu angkat pedang, angkat pistol, cuba, angkat agama, angkat personaliti sebagai seorang IM yang umph~! InsyaAllah, in His will, this spirit will never faded...
Ya Allah, made me, allow me, please, help me, DO THIS... 

Be That RIZAL~ THAT youth~

That youth that, have their faith in Islam, Sincerely walk on His path, have the undefeated Syahid spirit and willing to sacrifice every little things, to Him, to Him, and just..., TO HIM... 

Will you? Are you ready and willing to? O, my youth... Without any doubt, the future of a nation, a religion depend on us, depend on you, o my youth... 



Produk Yahudi Amerika

Tak dinafikan, perang halus yang dijalankan mereka makin hari makin hangat, makin mengasyikan bak dibuai bayu laut yang tak pernah henti bertiup... Susah? Em, betul. But, InsyaAllah, apabila kemahuan itu mengatasi keperluan, InsyaAllah try to push ourselves to the limit. Ya Allah, kuatkanlah aku... >.<"

June 9, 2012

'Circle of loves' Badges ^-^


Value them the way you wants, 


*For the first time ride an on Ground Subway from A trip from a Shopping complex to buy Versace & Nina perfumes for my sisters, 4 Stations from Beijing Yu Yan Da Xue, continue the trip to 金马大厦。。。 ( Found with the helps from Hani Beiyu ^^)

We walked and being touched by His rain today, the feeling of seeing his thunder reminded me, that He is the Almighty, the one who created me to treasure His Earth. My dear Allah, For some reasons, we got scared a while just now, but You showed us that You is the one who worth more to be fear of, the protector from every fears that existed on Earth... Dear Allah, thanks for the day... 

June 4, 2012

Kejar yang dunia, Tapi Akhirat jangan lupa

Ya Allah, walaupun ayat ini pernah banyak kali didengar, tetapi sudah lama dibuai dunia ini, sudah berkulat peringatan ini dari akal cetekku. Tersentap dengan status seorang sahabat ini..., ayat ini kembali menyegarkan, bak bilik yang di'febrezee'.

InsyaAllah, ini peringatan dariMu juga yaAllah... Tak kira apa consequences dan dugaan yang Engkau berikan kepadaku atas usahaku ini yaAllah, aku redha... Kerana yang aku mahu, yang terbaik dari pandanganMu bukan dari pandangan mereka. Yang penting, bantulah aku untuk mendapatkan kesudahanMu itu dengan cara yang Engkau redhai. Kerana kehendak tidak menghalalkan cara.

Aku mahu, sangat mahu, siapa tidak? Tapi aku lebih mahukan Engkau yaRabb... Tidak ada guna andai kemenangan di dunia ini yang Engkau beri tetapi neraka yang menjadi destinasiku nanti. Aku masih mencuba untuk menjalani duniaMu di atas jalanMu. Jangan dilencongkan hati ini kerana sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah.

Hari ini, peringatan ini yang Engkau hadirkan didepan mataku... Terima kasih... 

June 1, 2012

What I have here?

A small gift with big appreciation from Small Family's sisters...
Comeback from Chengdu with this,
Thanks Sis~
Kalau takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai,
Kalau takut barang rosak,
jangan beli barang terpakai =.="

>>>


Tu diaaa...



"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie