Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

July 21, 2014

The last 10, 1435

Aku merindui satu tempat
Tempat dimana aku melihat semua gembira menyebut namaMu

Yang tidak pernah saling bertentang mata kini bersama melaung puji pujian untukMu
Wajah wajah indah yang menggembirakan
Yang menenangkan

Dulu aku gembira tidur di penjurunya
Disaat aku mula tidak mampu melihat gelagat dunia
Aku mahu lari tetapi tiada hala
Hatiku cuma mahu
Berada dirumahmu
Menangis seketika
Memohon hamasah dan kekuatan iman

Waktu itu tiada y menemani,
Tapi aku merasa hangat berada dirumahMu
Kerana aku tahu malaikat malaikat itu wujud
Dan Kamu ya Allah, sangat dekat, terlampau dekat.

Salahkah aku menjemput mereka utk pergi bersama 
Jika mereka tidak mahu lama
Sekejap, sekadar melangkah dan tersenyum melihat
Rumah yang cantik
Yang sangat cantik
Rumah-rumah Allah di dunia

Oh malam,
Adukan hal ini pada Rabb kita...
Mohon berikanku peluang untuk melangkah lagi kesana

May 20, 2014

Pincangan hati ini aku adukan

"Dont be in such a hurry to condemn a person because he doesnt do what you do or think as you think. There's time you didnt know what you know today."

Kamu lantang gembira saat setiap kata kata menjadi salah.
Mungkin apa yang kamu tahu hari ini, tidak kamu tahu pada suatu masa nanti, 
Dan berkatalah dengan hati dan suara yang memuhasabah,
Bukan nada riang riak,
Nescaya kata-kata itu menjadi benih cahaya dan bukan benih benci yang menghitam hati.

Dan kini aku ragu.

Mungkin salah untuk aku terlalu risaukan kita. Risau akan kamu yang masih pusing, risau akan saff kita yang tidak teratur, Risau akan ada yang tidak menjadi dan kamu semua kecewa dan saling menyalahkan, seperti dulu.
Mungkin aku yang masih belum cukup tawakal.

Bukan kerana aku merasa bagus atau merasa sempurna, sungguh kesempurnaan itu milik Allah semata. Tapi kerana aku menjadi takut memikirkan hari esok, dengan amal yang masih cetek, dengan manusia yang masih begitu ramai yang tidak faham, dan ini termasuk kita.

Dan bukan aku untuk terus tenggelam dalam prasangka disaat mana mana daripada kamu berbicara,
Maka aku minta perlindunganNya,
kerana sayang aku melangkah keluar sebentar, menjaga tsiqah kita
kerana tidak mahu sayang ini dikotori prasangka prasangka yang hodoh rupanya, perit rekahnya. 

Aku tahu seperti aku, kamu juga manusia, umat Muhammad yang tidak maksum dari dosa. Tapi ketahuilah bahawa ini bukan sesuatu yang kita tidak tahu, jadi mengapa kita meneruskannya bagai kita adalah bayi suci yang masih belum berwarna.

Kamu janjikan kebersamaan, jamaie cinta dengan ikatan alHujurat 44:10, tapi kamu lebih senang bersendirian seorang merasa lebih khusyuk. Jadi mengapa kamu menzahirkan alFatihah 1:5 "hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."

Dan sekarang aku meragui apa yang sedang mentarbiyyah kita. Apa yang sedang mewangi di taman hati kita, adakah ini wangian yang sama? 

Dan kerana aku ragu, 
aku memilih untuk pergi sebentar,
bertanya, sang alam, adakah kau menyaksikan? 
Adakah kau akan adukan hal ini kepada Tuhan?
senyap dalam titisan,
Terdiam, 
Pincang hati ini aku zikirkan,
Aku tawakalkan usaha, 
Menebarkan tenang setelah ribut semalam.

May 7, 2014

You named SOUND

Heart mumbling:
"The thing that u call sounds
Have double faces
One who turned both ends of your mouth upward
Another one, who turned both ends of your mouth downwards

Make its appearances
When someone closing the door
Or opening the door

It emphasize it can do a lot of tasks at once
By playing a band of musics
Circling my eardrum
When im trying to let go of my spirit
And jump into the call of rest by my creator

I rarely take a rest
When i did it, i do means that i really need to stay back a while,
Collecting energy
To continue my life tasks
That still left unfinished

You 
sound
Have the ability of healing
Also the ability of destroying
A sibling called 
mood"

Sound : "you need to be patient, because i am a test send by our creator"

Me: "o....k.... Bye......."  T_T redho

April 16, 2014

Menyingkat tanpa bangkang

Lama lama aku nampak kita makin gila
Dengan dunia y hanya sementara
Kita yang sebesar debu
Jangan angkat muka atas dunia bukan milik kita
Kembalilah kepada takdir asal kita

Kerana masa adalah makhluk patuh
Yang menyingkat tanpa bangkang

Dan tiada yang lebih merugikan
Amal yang tidak diterima
Dosa yang memagnetkan ke neraka

lari, 
Kalau tak mampu, jalan
Kalau tak mampu, merangkak
Kalau tak mampu, seret diri
kembali kepada Quran
kembali pada agama
kembali kepadaNya

Kerana masa bukan kita yang punya
Keputusan bukan kita yang punya

Kita sudah tak punya masa
Maka nikmat yang mana lagi mahu kita dustakan
Kuasa yang mana lagi kita cuba butakan

#Aku bukan tak buat dosa
Tapi taubat
Aku juga mahu cuba

Kejap, aku nak doa

Mungkin kamu telah terbang tinggi

Tapi aku masih berlari di daratan 
terlompat lompat cuba menggapai kamu

Untuk berpimpingan 

Sebentar
Adakah kamu sedar
Sayapku masih kecil

Aku masih tidak bisa terbang lagi
Ini pula mahu terbang setinggi kamu

Kadang kadang terlompat lompat
Aku tersungkur rebah
Aku bangun lagi dan terus mengejar

Boleh kamu sabar,
Tunggu sekejap, 
Aku mahu minta dengan Allah
Sekejap

#maafAkuLambat
#maafAkuLembap

April 2, 2014

Beep hati panas

Kamu akan lihat, saya sangat menjaga dan menghormati mereka yang menghormati saya sepatutnya. Bukan kerana ego, tapi kerana saya percaya, Allah tidak zalim. 


Setiap benda punya aturan dan adab yang perlu kita ikut. Kalau kita tak sukakan aturan, seolah kita meminta matahari terbitnya dari barat, atau bumi berputar tanpa tetap. Tanpa adab, seolah kita meminta bencana hadir depan mata.

Andai kita mengikut karekteristik yang diletak oleh musuh kita, manusia sepatutnya begini begini, hiburan sepatutnya begini begini, orang yang patut dijadikan idola adalah begini begini, orang yang berstail sepatutnya begini begini, Jadi

bila kita mahu jumpa identiti kita yang hilang dulu? 

Identiti yang meletakkan kita dimata dunia. 


Allah cipta setiap makhluknya bukan bertujuan untuk kehinaan. Walaupun pembuang sampah sekalipun jua punya haknya yang perlu kita hormati. Ini pula kita. Orang yang kita fikir faham, yang kita anggap kawan. Yang kita tahu Islam. Husnuzon, yang selebihnya antara dia ngan Allah.

LillahiTaala


Allah itu Maha Menghalusi, yang penyantun. 

Kalau kita tidak menjaga hati sesama kita, siapa lagi?

O diri o diri.  


Dan aku masih tak faham. Kenapa dalam ramai2 mesti kamu. Kecewa, tapi tak mengapa. Kerana aku

Punya Allah.

Kamu ada?


#jom Istighfar~

April 1, 2014

Bukan aku pelik

Hanya untuk mereka


Aku bukan tak mahu jalani hidup biase seperti kamu, jadi org biase, jadi org normal y fikir ttg diri, study, kawen, kerja, anak. Lepas tu fikir ttg anak, anak punye study, anak bila nak kawen, anak nak kerja ape, anak punye anak. Lepas tu fikir, cucu, cucu punye study, cucu bila nak kawen, cucu nak kerja ape, cucu punye anak. Lepas tu fikir cicit.......... Erkkkkkk


"Manusia biase hanya fikir ttg diri mereka dan ape yang keluar dari mereka (anak)" 

kata seorang sahabat.


Apa yang ada pada kamu yang mahu hidup macam orang lain? Siapa orang lain yang kamu tujukan bak idola kehidupan yang kamu mahu kehidupan seperti mereka. Apa jenis kehidupan yang cuba kamu gambarkan? 

Beritahu aku, lagi penting, beritahu diri kamu, hati kamu, lebih penting dari lagi penting, beritahu ALLAH ttg kehidupan yang kamu mahu itu.


"ALLAH, saya mahukan kehidupan yang macam orang lain" 


Allah cipta setiap manusia itu dengan kehebatan. Dan kalau kamu fikir, kehebatan yang Allah maksudkan itu adalah dengan kamu menjadi yang biase biase, kamu sudah menafikan ayat Allah, dan untuk ape lagi kamu beritahu orang kamu beriman, yakin dan percaya dengan Allah sedangkan 

ayat ayatNya kamu nafikan. 

Dimana kamu letak iman yang kamu katakan tadi? Kalau bukan pada Allah dan ayat ayatNya


Oh diri dunia yang diciptakan

"Manusia dicipta dengan pengetahuan tentang diri mereka sendiri"

Allah dengan santunNya memperkenalkan zatNya kepada kita melalui QuranNya, dunia dan kehebatan2 dunia yang diciptaNya, bukti bukti yang takkan pernah terpadam dari badan kita manusia. Diutus seorang contoh untuk mengajar kita tentang kata kataNya (takut tak faham dan tersesat dari jalan pulang ke rumah)

Nah,

Bukti yang jenis mana lagi yang kamu tunggu? 

Adakah 

Apabila langit biru jatuh menimpa, yang bila bumi luas terbelah, yang bila laut mengamuk bagai, yang bila gunung ganang bergoncang , yang bila surat cinta yang dihantar hilang dari penglihatan, yang bila kamu sudah tak ada sesuatu benda pun kecuali pengadilan dan kata kata putus dariNya tentang kehidupan orang lain yang kamu cuba jalani dalan masa peluang yang Allah beri padamu.


Sungguh aku bukan marah, aku bukan menggesa, dan aku bukan tidak punya sabar


TAPI kerana

KITA 

sudah tak punya

MASA..


**tangisHatiMohonAmpun

Kesalahan kesalahan pada kamu & Dia yang Maha Esa

March 28, 2014

Jom?

Hati
Biar ku beritahumu satu perkara

Yang berlalu itu sudah lepas

Yang kau perlu 
cuma satu

Satu langkah kecil
Kehadapan
Untuk terus berlari kencang

Jom?

March 11, 2014

yang Engkau lenturkan dengan ayat cinta 

sayang yang keterlaluan, kepercayaan yang hanya kesilapan

disaat kata yang memegang hati
memerah darah kepercayaan

disaat cinta bersulam sayang
diculik jarak jauh melayang

mungkin Engkau hanya menginginkan
kukatakan sayang hanya padaMu
kukatakan cinta hanya padaMu

yang kupercaya Engkau gelapkan
yang kusayang Engkau jauhkan

kerana percaya yang inginku ikat
boleh lerai dengan indra
kerana kasih yang kumautkan
boleh hitam dengan kesilapan

Ajari aku
untuk katakan sayang hanya padaMu
untuk katakan cinta hanya padaMu

Kerana ini
supaya ku tahu

Engkau ciptakan segala sesuatu ikut aturan
semata dengan seruan sayang
menunggu kembalinya aku kepangkuanMu

Allahu ya Rabbi
Engkau lenturkan segenggam batu
dalam badan tanah baru
dengan hanya ayat cinta dariMu

February 18, 2014

Rindu ya hati

ketahuilah bahawa aku igt
dalam senda cuba melupakan. 
ketahuilah aku perlu
dalam jarak menebalkan berdikari. 
ketahuilah aku cuba lari
dalam hati yang terlalu sayang.

kerana
ketahuilah aku takut
tidak mampu dan tidak mahu melepaskan,
kamu ya murobbi murobbi.

tapi demi Murabbi yang lebih agung
dalam tangisan malam aku mendoakan kesejahteraan

kerana setelah kamu pergi, 
hanya semangat dan doa yang berterbangan kemari
sayap yang berlari bersama kami

kamu yang sedang mendoakan
jauh dari pandangan
mendoakan kekuatan
buat kami pendosa yang berlarian
dalam taman penuh bunga duri
mencari satu pokok yang merendangi hati

Moga panasnya mentari
tak akan mencairkan hati
tapi menghangatkan denyutan
setiap nadi yang punya bicara
ALLAH
dalam salur nadi.

Tsabat ya ukhti, tsabat ya diri.
Futur sila berambus jauh pergi
kerana walau cacat jua tidak dapat menghalangi
pencarian

January 30, 2014

kerana malam ini terlalu banyak soalan

Bagaimana baru akan Kamu ampunkan segala dosa aku



Adakah aku layak untuk menjejaki syurga dan bertentang mata dengan para syahid




Adakah mereka itu sedang mencuba



Kenapa rasa seperti melompat lompat, adakah ini sabar



Mungkinkah kita akan membenci orang yang baik
Adakah kerana dosanya atau dosa kita



Dan kamu beritahu ini rumah kita



Dan harus kenapa kamu membuat kami teringin



Dan bila waktunya, 好好照顾自己。




Mungkin kerana dosa yang ini, mereka dipilih



Salah siapa




Wallahua'lam

January 26, 2014

How would you know that I...

I'd choose to live a dull life with millions of amazing memories!
I dont want to be anyone favourite, but I want to be a part of their life forever.
as I witnessed people changed, people made mistakes and crawling back to Allah, people who become one of the light for the deen, people who will shaped the Islam in the future.I witnessed everything, and I know I will be asked for every little things that I had seen.

I walk this path because of Allah Azza Wa Jalla.
Cant denied, that I has this kind of imagination that I can imagine about everything, and anything, so He said, lower your gaze, o believers. Lower your gaze... So sometimes, I'd choose to stay away from almost anything that can make me so imaginative because you dont know how long it takes me to avoid all of my jahilliyah, thats the sins are uncountable. Me, a sinner, now and forever.
But Allah said,

"If you never felt pain or experienced problems, how would you know that I'm a Healer?
If you never made a mistake, How would you know that I'm the Forgiver?
If you were never hurt, how would you know that I am a Comforter?
If your life was perfect, then why would you need Me?"

I need Allah, now and forever. So I know, my life will never perfect the way I want. But as He will be there along the journey of throwing the dunya from my heart, and numbing my heart now for the hereafter,
I will always comeback, no matter how many times had I lost my way and how many times flew away as I stop in the middle of no where just to search back the right path that I want to walk, I will comeback, InsyaAllah. 

May You let the light enter our heart and fill each of it's room, always...

January 19, 2014

The Phase

(Mood Exam Turned On)

Setiap kali peperiksaan is around the corner, it is the best time for anyone to make and post all sort of puihat (puisi hati). Because by this time, penjagaan hati diperketatkan, supaya iman tidak leka, niat tidak sesat.
Ehemmm, dan saya juga tidak ketinggalan.
Hari ni 17 Rabi-al-Awwal, Hari permulaan pembinaan masjid Nabawi.(Info hati)
Bina masjid,
Bina hati,
Bina diri,
Bina iman,
Bina Islam...
Huhu, jauh perjalanan.

昨天的选择让我成为今天的我。 Assalamualaikum cikgu, Selamat menduduki peperiksaan

Rindu saat-saat hitam aku terkapai kapai mencari, bertanya dan mempersoalkan soalan soalan merepek dalam laluan ku mencari matlamat. Dan hari ini aku sudah 22. Lama sungguh waktu itu, lama sungguh masa untuk aku tiba kesini hari ini.
Sedang hidup itu hanya masa antara azan dengan solat.
Dan sungguh ( <-- ayat favourite)
Dan sungguh, 生活中最难的阶段不是没有人懂你的时候, 而是你不懂自己的时候。
Masa dan saat paling susah itu bukanlah ketika tiada yang faham kamu, tetapi saat kamu tidak faham kamu.

**Demikianlah Allah mengunci hati orang yang tidak (mahu) memahami.
[30:59]


Alhamdulillah, ini sukar,
tapi aku nampak Kau masih memberiku hidup,
memberiku peluang.

January 18, 2014

Kedap

Sungguh aku tak punya hati,
Bismillah,
Engkau, Yang Membina, Yang Mengarahkan, Yang Memiliki, Yang Melindungi, Yang Menguasai, Yang Mengambil Tindakan, Yang Mengungguli dan Yang Mendominasi segala hati.


Hati ini Engkau yang punya, tidak layak untuk aku mengatakan hak milik kekalnya adalah yang lain. Engkau yang menciptanya dan hanya Kamu yang lebih tahu akan fungsinya. Sungguh, aku tak mahu tenggelam dalam dunia hati,
yang,
tiba-tiba lemas kerana sayang,
tiba-tiba berdarah kerana rasa.
Padamkanlah titik titik hitam, kerana aku sudah terlalu sayang.
Padamkanlah debu-debu kelabu, kerana aku sudah terlalu leka.
Jauhikanlah bisik bisikkan itu, kerana mereka yang aku cinta.
Aku,
yang mengejar cinta dunia, sampai aku lupa, betapa aku mencintai cinta itu sendiri, Penciptanya,
Yang Maha Kuasa.

Menangis kerana tiada hati untuk diberi, kerana hati yang satu ini sudah kuserahkan kepadaNya. Kerana aku tahu betapa tidak setanding cintaku jika dibandingkan dengan cinta Dia yang agung.
Jagakanlah mereka ya Allah,
kerana sekuat mana cuba ku genggam, kadang kadang berpeluh kebasahan. 

January 1, 2014

Ada satu rumah ini

House is not a home unless the people in it make it one.

Ada masa kita tak kisah dengan siapa kita bergembira, asal kita gembira.
Ada masa kita tak kisah apa yang kita buat, asal kita bersama-sama orang-orang yang kita mahu bersama.
Kerana hati yang senang apabila mencapai yang kita sendiri mahu tidak akan membuat yang lain gembira melainkan HANYA kita.
Manakala bukan HANYA kita akan senang apabila kita mencapai sesuatu yang semua orang mahu, bersama-sama.

"Sahaja aku tinggal disini, kerana agamaNya, jalanNya, dakwahNya & redhaNya. Aminnn..."

Ada sebuah rumah, disini. Hidupnya 4 jasad dan beratus hati dengan hanya satu matlamat. Mungkin kerana niat terkadang semua senyap bibir terikat. Tapi kerana niat aku masih disini dan mahu disini. Aku kesini bukan kerana kamu. Aku kesini bukan kerana aku tak mahu mereka. Aku kesini bukan kerana aku tidak senang dengan kita yang lama. Aku kesini bukan kerana kebaikan kamu atau manfaat yang kumahu daripadamu & Aku kesini bukan kerana mahu mereka menarik aku menjadi baik, tetapi kerana aku mahu jadi baik untuk mereka. Supaya mereka gembira.

Kerana terkadang, dengan ketiadaan kita, mereka lebih senang.
Sementara pada sudut paling dalam hati mereka, aku duduk bersila memegang kamera mengintai kehidupan mereka, dan akan aku berada di baris paling hadapan andai mereka memerlukan.

Aku tak kesini kerana aku.
Aku kesini merealisasikan impian KITA.
Aku kesini menginfakkan diriku pada rumah KITA.
Dan akan aku sentiasa disini walau semahu mana aku bersama mereka disana.
Kerana keperluanNya membatasi keinginanku.

Yang aku cari adalah pandanganNya dan bukan kesenangan hatiku.
Aku akan pulang walau sejauh mana jalan yang mereka KATA jauh.
Aku akan pulang walau kutahu tiada yang menyambut kepulanganku.
Aku akan pulang walau kutahu ia kosong.
Kerana yang menjadikan ia istimewa adalah redhaNya, niatmu dan niatku yang kenapa.
Akan aku pulang kerana ingin bersama sama kamu memenuhkan rumah KITA
Dan aku akan sentiasa pulang
berada disini diwaktu aku tidak diperlukan dimana-mana,
Kerana niat yang ini
aku
melangkah kesini.

Kesini keranaNya.

22


"Ya Allah, ampunilah kesalahan dan kebodohanku, dan juga sikap berlebihanku dalam segala urusanku, dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku dan kesilapanku, ketidaksengajaanku dan kesengajaanku, serta semua yang ada disisiku;
Ya Allah, ampunilah dosa yang telah aku lakukan, dan yang belum aku lakukan, yang aku lakukan secara sembunyi maupun yang aku lakukan secara terang terangan serta segala yang Engkau lebih mengetahui daripadaku,
Engkaulah Maha Mendahului dan Mengakhiri,
dan
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu..."

...
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie