Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

April 16, 2014

Menyingkat tanpa bangkang

Lama lama aku nampak kita makin gila
Dengan dunia y hanya sementara
Kita yang sebesar debu
Jangan angkat muka atas dunia bukan milik kita
Kembalilah kepada takdir asal kita

Kerana masa adalah makhluk patuh
Yang menyingkat tanpa bangkang

Dan tiada yang lebih merugikan
Amal yang tidak diterima
Dosa yang memagnetkan ke neraka

lari, 
Kalau tak mampu, jalan
Kalau tak mampu, merangkak
Kalau tak mampu, seret diri
kembali kepada Quran
kembali pada agama
kembali kepadaNya

Kerana masa bukan kita yang punya
Keputusan bukan kita yang punya

Kita sudah tak punya masa
Maka nikmat yang mana lagi mahu kita dustakan
Kuasa yang mana lagi kita cuba butakan

#Aku bukan tak buat dosa
Tapi taubat
Aku juga mahu cuba

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie