Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

January 18, 2014

Kedap

Sungguh aku tak punya hati,
Bismillah,
Engkau, Yang Membina, Yang Mengarahkan, Yang Memiliki, Yang Melindungi, Yang Menguasai, Yang Mengambil Tindakan, Yang Mengungguli dan Yang Mendominasi segala hati.


Hati ini Engkau yang punya, tidak layak untuk aku mengatakan hak milik kekalnya adalah yang lain. Engkau yang menciptanya dan hanya Kamu yang lebih tahu akan fungsinya. Sungguh, aku tak mahu tenggelam dalam dunia hati,
yang,
tiba-tiba lemas kerana sayang,
tiba-tiba berdarah kerana rasa.
Padamkanlah titik titik hitam, kerana aku sudah terlalu sayang.
Padamkanlah debu-debu kelabu, kerana aku sudah terlalu leka.
Jauhikanlah bisik bisikkan itu, kerana mereka yang aku cinta.
Aku,
yang mengejar cinta dunia, sampai aku lupa, betapa aku mencintai cinta itu sendiri, Penciptanya,
Yang Maha Kuasa.

Menangis kerana tiada hati untuk diberi, kerana hati yang satu ini sudah kuserahkan kepadaNya. Kerana aku tahu betapa tidak setanding cintaku jika dibandingkan dengan cinta Dia yang agung.
Jagakanlah mereka ya Allah,
kerana sekuat mana cuba ku genggam, kadang kadang berpeluh kebasahan. 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie