Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 20, 2014

Pincangan hati ini aku adukan

"Dont be in such a hurry to condemn a person because he doesnt do what you do or think as you think. There's time you didnt know what you know today."

Kamu lantang gembira saat setiap kata kata menjadi salah.
Mungkin apa yang kamu tahu hari ini, tidak kamu tahu pada suatu masa nanti, 
Dan berkatalah dengan hati dan suara yang memuhasabah,
Bukan nada riang riak,
Nescaya kata-kata itu menjadi benih cahaya dan bukan benih benci yang menghitam hati.

Dan kini aku ragu.

Mungkin salah untuk aku terlalu risaukan kita. Risau akan kamu yang masih pusing, risau akan saff kita yang tidak teratur, Risau akan ada yang tidak menjadi dan kamu semua kecewa dan saling menyalahkan, seperti dulu.
Mungkin aku yang masih belum cukup tawakal.

Bukan kerana aku merasa bagus atau merasa sempurna, sungguh kesempurnaan itu milik Allah semata. Tapi kerana aku menjadi takut memikirkan hari esok, dengan amal yang masih cetek, dengan manusia yang masih begitu ramai yang tidak faham, dan ini termasuk kita.

Dan bukan aku untuk terus tenggelam dalam prasangka disaat mana mana daripada kamu berbicara,
Maka aku minta perlindunganNya,
kerana sayang aku melangkah keluar sebentar, menjaga tsiqah kita
kerana tidak mahu sayang ini dikotori prasangka prasangka yang hodoh rupanya, perit rekahnya. 

Aku tahu seperti aku, kamu juga manusia, umat Muhammad yang tidak maksum dari dosa. Tapi ketahuilah bahawa ini bukan sesuatu yang kita tidak tahu, jadi mengapa kita meneruskannya bagai kita adalah bayi suci yang masih belum berwarna.

Kamu janjikan kebersamaan, jamaie cinta dengan ikatan alHujurat 44:10, tapi kamu lebih senang bersendirian seorang merasa lebih khusyuk. Jadi mengapa kamu menzahirkan alFatihah 1:5 "hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."

Dan sekarang aku meragui apa yang sedang mentarbiyyah kita. Apa yang sedang mewangi di taman hati kita, adakah ini wangian yang sama? 

Dan kerana aku ragu, 
aku memilih untuk pergi sebentar,
bertanya, sang alam, adakah kau menyaksikan? 
Adakah kau akan adukan hal ini kepada Tuhan?
senyap dalam titisan,
Terdiam, 
Pincang hati ini aku zikirkan,
Aku tawakalkan usaha, 
Menebarkan tenang setelah ribut semalam.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie