Aku merindui satu tempat
Tempat dimana aku melihat semua gembira menyebut namaMu
Yang tidak pernah saling bertentang mata kini bersama melaung puji pujian untukMu
Wajah wajah indah yang menggembirakan
Yang menenangkan
Dulu aku gembira tidur di penjurunya
Disaat aku mula tidak mampu melihat gelagat dunia
Aku mahu lari tetapi tiada hala
Hatiku cuma mahu
Berada dirumahmu
Menangis seketika
Memohon hamasah dan kekuatan iman
Waktu itu tiada y menemani,
Tapi aku merasa hangat berada dirumahMu
Kerana aku tahu malaikat malaikat itu wujud
Dan Kamu ya Allah, sangat dekat, terlampau dekat.
Salahkah aku menjemput mereka utk pergi bersama
Jika mereka tidak mahu lama
Sekejap, sekadar melangkah dan tersenyum melihat
Rumah yang cantik
Yang sangat cantik
Rumah-rumah Allah di dunia
Oh malam,
Adukan hal ini pada Rabb kita...
Mohon berikanku peluang untuk melangkah lagi kesana
No comments:
Post a Comment