Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

April 2, 2014

Beep hati panas

Kamu akan lihat, saya sangat menjaga dan menghormati mereka yang menghormati saya sepatutnya. Bukan kerana ego, tapi kerana saya percaya, Allah tidak zalim. 


Setiap benda punya aturan dan adab yang perlu kita ikut. Kalau kita tak sukakan aturan, seolah kita meminta matahari terbitnya dari barat, atau bumi berputar tanpa tetap. Tanpa adab, seolah kita meminta bencana hadir depan mata.

Andai kita mengikut karekteristik yang diletak oleh musuh kita, manusia sepatutnya begini begini, hiburan sepatutnya begini begini, orang yang patut dijadikan idola adalah begini begini, orang yang berstail sepatutnya begini begini, Jadi

bila kita mahu jumpa identiti kita yang hilang dulu? 

Identiti yang meletakkan kita dimata dunia. 


Allah cipta setiap makhluknya bukan bertujuan untuk kehinaan. Walaupun pembuang sampah sekalipun jua punya haknya yang perlu kita hormati. Ini pula kita. Orang yang kita fikir faham, yang kita anggap kawan. Yang kita tahu Islam. Husnuzon, yang selebihnya antara dia ngan Allah.

LillahiTaala


Allah itu Maha Menghalusi, yang penyantun. 

Kalau kita tidak menjaga hati sesama kita, siapa lagi?

O diri o diri.  


Dan aku masih tak faham. Kenapa dalam ramai2 mesti kamu. Kecewa, tapi tak mengapa. Kerana aku

Punya Allah.

Kamu ada?


#jom Istighfar~

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie