Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 20, 2013

Menambah saksi Dakwah, Shenyang, Harbin


13 - 17 Mei 2013
ShenYang, LiaoNing, China
HarBin, HeiLongJiang, China

Day 1
Cita cita kami nak ke Harbin, China yang dirancang pada semester lepas kali ini terlaksana. Yang berbeza bukan kami master planner, tetapi pihak U disini yang anjurkan khas buat pelajar-pelajar Malaysia yang belajar disini. Pergi dalam 3 kali angkut, first angkut adalah Batch paling junior iaitu Batch 5. Diorang balik, kami budak budak batch 4 pula diangkut bersama Batch 2 (yang paling senior sekarang). Manakala angkutan ketiga pula baru bertolak pagi tadi iaitu pelajar Batch 3. Sebelum bertolak, meminta kepadaNya agar diberi ibrah yang bersesuaian dengan kefahaman agamaku sekarang. Biar keyakinan ini semakin teguh, iman ini semakin kuat. Bukan dan tak mahu balik letih tengok gambar and zero. *erk?!


Well, first day, dari Beijing naik kereta api China, CRH 5jam perjalanan untuk tiba di ShenYang, LiaoNing, China (沈阳, 辽宁, 中国). Fuhh, satu perjalanan yang membengkakkan mata akibat daripada tiduran yang over and over again dan tangisan yang menyentap nyentap. Perjalanan baru je bermula, Allah dah bagi ape yang diri ni nak sangat kan, Allah sentap aku dengan pemandangan wajah wajah saudara saudara seagama yang sudah syahid. Pedih mata menangis, melihat tanah gersang, tanah kosong negara China sepanjang perjalanan dalam kereta api. Ada juga kawasan perumahan miskin yang sangat uzur. MasyaAllah, jauh fikiran ini melayang sehingga lupa nak snap gambar buat tatapan ingatan. Ditambah pula sedikit perkongsian daripada seorang sahabat tentang saudara kami di Turkey. 

Dimaklumkan betapa mereka mengagumi kami rakyat Islam Malaysia yang tak seberapa nih. Digambarkan kami sebagai Islam yang maju, punya produk Islam sendiri, brand kereta buatan sendiri, sehinggakan kereta jenama 'Proton' yang diimport ke negara mereka mendapat sambutan tinggi hanya kerana satu sebab, satu sebab yang ibarat sudah lengkap untuk membuatkan mereka tidak ragu akan keupayaan Proton dan terus membeli kereta Proton, dek hanya kerana Proton adalah jenama yang diasaskan oleh orang Islam. Tapi kita diMalaysia? brand apa yang paling dianggap megah? Brand apa yang anak muda sekarang berlumba lumba untuk beli. Sangat memedihkan mata. Sangat memedihkan... 

Sepertimana yang umum sedia maklum, negra China sekarang sedang dalam proses menangani sejenis virus yang dipanggil H7N9 (Erk, ke H9N7?) yang merebak melalui burung. Jadi pihak sekolah telah mewajibkan setiap restoran yang diberi mandat untuk menjamu kami makan pagi, tengahhari dan malam supaya tidak menghidangkan lauk yang berasaskan daging ayam. Memandangkan diri ada alahan yang serius terhadap daging kambing, sepanjang 5 hari perjalanan ini, terpaksa menyusahkan teman makan semeja untuk mengenal pasti jenis daging yang ada dalam setiap lauk adakah daging kambing atau daging lembu. Setiap kali makan juga begitu sehinggakan mereka sudah fed-up untuk menjawab soalanku. Ini sesungguhnya bukanlah kesengajaan. Sesungguhnya pertanyaan pertanyaan ini diajukan kerana diri sangat memerlukan. Mohon maaf atas kecerewetan badan yang diberi. Hal ini juga membuatkan selera makan menyusut sepanjang perjalanan. *Maaf lauk kerana membazir, maaf o saudara saudaraku yang sedang kelaparan. Berasa sangat bersalah. T.T

Hari pertama diakhiri dengan muzium muzium dan sejarah sejarah ShenYang, China yang sangat menepukan kotak simpanan dalam otak. Tapi perjalanan kali ini dirancang supaya setiap malam kami dapat pulang dan berehat seawal mungkin di hotel hotel yang telah disediakan dan alhamdulillah, Allah memberi kesihatan yang baik untuk tidak memenatkan.

Day 2
Hari ni adalah hari tempat tempat pemandangan yang sangat cantik. Dari ShenYang kami ambil masa 2 jam perjalanan menaiki bas ke BenXi (本溪), terletak di selatan-tenggara ShenYang, disini terdapat satu lokasi pelancongan yang merupakan gua batu kapur terpanjang di dunia iaitu, BenXi ShuiDong (本溪水洞)ataupun Terowong Air BenXi. Tidaklah akan kagum diri ini selain apabila melihat kreatifnya mereka menghias gua ini dengan lampu yang berwarna warni disamping menjaga kebersihan bekalan air yang mengairi sepanjang panjang jalan terowong ini. Bersih, sejuk, jernih, lengkap mengikut apa yang selalu dibayangkan oleh keinginan nafsu manusia sebagai air yang terbaik.





Di lokasi Terowong Air BenXi ini juga terdapat ramai peniaga peniaga yang menjual buah buahan tempatan.



Hari ini bandar ShenYang mendung, ibarat awan yang cuba bermanja dengan matahari. Memeluk tapi masih membiarkan keberaniannya terlihat oleh penghuni bumi. Hari yang sangat indah pada akhir musim bunga , China.


Day 3
Hari ini Hari ketibaan kami di Harbin, HeiLongJiang, China.
sekali lagi menaiki kereta api China selama lebih kurang 2 jam setengah dari bandar ShenYang ke Harbin. Kali ini emosi yang cuba dikawal didalam kereta api membuahkan hasil. Tapi masih, saat bibir mula ketawa mata mula terlempar jauh ke Syria, Palestin, Burma dan Bangladesh. Entah mengapa sejak terlihat banyak video kekejaman yang dilakukan keatas mereka, hati mula mengambil alih setiap emosi ceria yang cuba ditanam. Anak pokok senyuman ibarat dipijak kaki orang. *sigh.



Hari ini hari yang sangat menakjubkan. Berkenalan dengan hamba Allah yang dikenali sebagai penghuni lautanNya. juga beberapa jenis saudara yang dipanggil haiwan ganas tetapi memiliki personaliti yang sangat sangat Cantik. MasyaAllah... Wahai serigala berbulu putih, wahai beruang kutub berbulu putih, ini kali pertama kita bertentang mata, sesungguhnya aku jatuh hati pada ciptaanNya ini. Saat aku melihat betapa hebatnya kamu dicipta, bibir tak berhenti henti mengeluarkan kalimah AllahuAkbar. Gerunnya diri ini melihat kamu wahai saudara berbulu putih lembutku, kegerunanku kepada penciptamu melampaui batas pemikiran ini.


Bertambah terpikat saat melihat kepintaranmu dalam mengagumi kepercayaanku yang makin menebal atas statement kita makhlukNya hambaNya dicipta dengan satu fitrah untuk mengikut perintah yang baik dan tidak ada perintah yang lebih baik daripada suruhanNya. Kamu wahai saudara anjing lautku, dilatih dan tidak satu saat pun kamu mengingkari perintah Tuanmu. Terima kasih atas pembelajaran hari ini. Sesungguhnya diri ini masih kagum saat Allah menunjukkan bukti ilmu yang dipelajari secara teori daripada buku di alam nyata.



Kali kedua pencarian sahabat berbangsa China dilakukan di Harbin ini. Dipertemukan dengan seorang insan yang sangat  comel. MasyaAllah saat mata terikat dengannya, kekaguman yang sebelum ini disambung sambung tidak terputus putus. Ibarat cara mengubah diri kepada mukmin yang lebih baik, perkenalan 1 jam kita bermula dengan tidak biasa, berasa janggal, tetapi saat kita saling belajar mengenali, kita ketawa, senyum hanya untuk menjaga satu sama lain. Ya Rabbku, semoga perjalanan taarufku terhadapMu, takkan pernah tersekat hingga nyawa dicabut malaikat.


Day 4

Ramai yang mengatakan hari ini adalah hari yang paling membosankan. Hari melawat DaQing 大庆 OilField. Tapi sepanjang panjang perjalanan 3 jam ke DaQing daripada bandar HarBin, aku sangat selesa melihat pembangunan China. Mereka hamba Allah yang sangat mudah menyesuaikan diri dengan apa apa keadaan, hari ini selama 3 jam, sepanjang perjalanan diri ini menjadi saksi akan kegigihan mereka dalam mencari tujuan hidup dan dalam membina kehidupan yang lebih baik. Mereka asalnya saudara seagamaku, kini sedang sesat dan membuktikan bahawa tugas diri ini dan para sahabat lain masih berat, masih jauh, masih besar.
Diceritakan oleh seorang senior yang mengagumkan, bahawa sumber minyak China adalah daripada jenis sedut, habis. Berlainan daripada Malaysia yang walaupun disedut, sumber itu tetap mengeluarkan minyak. Tapi still, mereka mencari dan mengusahakan sedaya mampu. Sangat mengagumkan.


Selesai 1 jam mentelaah Muzium Minyak DaQing dan berkenalan dengan Lelaki Besi 铁人, kami ambil masa perjalanan 3 jam lagi untuk pulang semula ke HarBin. Malam ini malam terakhir perjalanan kami. Teringan benar melawat masjid Harbin yang berdekatan dengan tempat hotel kami. Tetapi malangnya, Allah mentakdirkan kami tidak sempat berjemaah bersama rakyat Islam Harbin, tetapi suasana kawasan masjid sangat membuktikan bahawa, mereka disini masih tidak mengenali saudara Islam kami disini dengan baik. Sedia maklum, sesungguhnya saudara kami di China adalah yang lebih kuat daripada kami, tapi masih, mereka ditindas.


Berdasarkan pemerhatian yang dibuat didalam masjid, sudah cukup mengairi sungai mata dalam menyedarkan diri bahawa saudaraku disini juga sedang mengejar cintaNya. Dan masjid ini walaupun saat kami tiba sudah mahu ditutup tetapi segenap sudut masjid membuktikan masjid ini di'meriah'kan saudara saudaraku disini dengan cara mereka yang tersendiri.

Day 5


Jadual kami pada hari terakhir perjalanan ni adalah melawat TaiYangDao 太阳岛, ataupun Pulau Matahari ( Sun Island ). Ada yang kaitkan sejarah nama pulau ini dengan pasang surut air di pulau ini. Tetapi sesungguhnya ia terjaga dengan baik. Dan sebab utama kami disini adalah untuk melawat Bing Deng Xue Diao YiShu Guan 冰灯雪雕艺术馆 (Muzium seni arca ais salji). Tak dapat tengok yang besar besaran pada musim sejuk, dapat tengok yang dalam bangunan pun jadilah.


Seterusnya adalah pemandangan sekitar Pulau Matahari.




15 Minit Di Church Hagia Sophia HarBin.


Harbin terkenal dengan bangunan bangunan tinggalan Rusia. Kebanyakkan rakyat China yang tinggal di HarBin juga ada salasilah orang Rusia. Ada juga sejarah tentang Orang Rusia yang lari ke Harbin dan menetap disini atas sebab beberapa masalah negara. Pelbagai versi sejarah boleh ditemukan. Tak peliklah kenapa bangunan bangunan di HarBin sangat menyerupai senibina bangunan bangunan di Rusia yang sebenar. Dan gambar diatas adalah Church Hagia Sophia 圣索菲亚。Sejarah tentang church ini kurang jelas, cuma dijelaskan adalah tabiat orang Rusia yang apabila tiba disesuatu tempat, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membina church. Tetapi church Hagia Sophia ini tidak lagi digunakan sebagai tempat sembahyang orang beragama Kristian. Tetapi sebaliknya djadikan muzium. Kami tidak berkesempatan untuk meninjau bahagian dalam church ini. Tetapi entah kenapa hati kecil muslim kami asyik mendetikkan bahawa bangunan ini asalnya adalah milik orang Islam, sebagaimana Hagia Sophia di Istanbul, Turkey, yang dibina Kristian, diberi hak milik kepada orang Islam tetapi kini dikikis kalimah kalimah Allah dan dijadikan muzium.

Ada yang mengatakan salib yang dipacak diatas bangunan ini seolah olah warna emasnya tidak masuk dengan warna emas asal bangunan. Seolah olah ianya ditambah. Walau bagaimanapun kisah sebenar Hagia Sophia di Harbin ini hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kami disini untuk belajar ilmu Allah. Dan hanya Allah yang tahu betapa setiap daripada kami ingin tahu.


Tempat terakhir kami dalam perjalanan kali ini adalah ZhongYangDaJie 中央大街 (Centre Street ). Kami disini atas tujuan membeli cenderamata perjalanan. Dikatakan coklat 'made in Rusia' disini tidak menggemukkan dan sangat istimewa jika dijadikan cenderamata juga sangat seronok dimakan. 

Dijelaskan setiap pengunjung yang datang kesini dapat merasa suasana seolah berjalan di jalan jalan Rusia. Dijelaskan juga bahawa MaDingr BingQiLin (Ais Krim Modern) sangat popular disini dan adalah sesuatu yang mesti dirasa sebelum berangkat pulang. Ya Alhamdulillah Allah memberi peluang kami menyelam sambil minum air, disini kami menjadi perhatian, ramai yang menegur kami bertanyakan personaliti kami, kenapa bertudung, asalnya mana, dan yang paling menyenangkan hati, kami secara langsung memperkenalkan Islam kepada penduduk HarBin. Ramai juga yang menghentikan kami untuk menangkap gambar bersama. Ya Allah, ini untuk agamaMu, jauhkanlah kami daripada riak. 

Pemandangan tempat letak kereta di Airport Harbin

#Kredit Kepada : Pemegang-pemegang Pelbagai Jenis Kamera pintar

May 7, 2013

Selagi kamu Tidak mengalihkan Arah langkahmu,

Selagi kamu Tidak mengalihkan Arah langkahmu, perjalananmu hanya akan tiba ke satu Destinasi

Jihad dulu adalah perang berkuda bersenjata antara orang yang sudah tahu tapi menolak dengan orang yang sudah tahu dan sedang mengajak. Jihad kini adalah perang akal antara orang yang sudah tahu tapi menolak dengan orang yang sudah tahu dan sedang mengajak. Tapi kalau ajakan hanya ajak ajak ayam, sape nak ikut?

Kami tak perlukan pemimpin yang licik, tapi kami perlukan pemimpin yang bijak dalam menafsir ayat ayat  Allah. Yang tegas tidak akan mengambil separuh separuh perintah Allah. Sesungguhnya diri ini tak seberani Al-Bara, sahabat Rasulullah, tapi diri ini adalah pemuda hamba Allah. Seusia begini, sudah kenal erti sayang pada Allah, takut dengan azabNya dan gembira dengan ayat ayat cintaNya.

Ye sahabat, susah nak tegakkan hukum-hukum Allah susah nak tolak benih syaitan yang sedang membesar dalam hati, sama ada soal haramnya couple, bahayanya lagu, berbatasnya pandangan, pergaulan dan percakapan, besarnya hukum menutup aurat sama ada sesama atau berlainan jantina, susahnya untuk menolak godaan membalut aurat yang sedang menjadi Raja Fesyen sekarang. Ya sahabat, ya Susahnya! Memang. Tak dinafikan.Tapi ingat, syurga yang kekal abadi tu bukan boleh order macam pesan pizza.

Ya pemuda, di syurga kamu boleh dapat apa yang kamu mahu tanpa usaha kerana Allah ingin menilai usaha kamu di dunia. Hebatnya usaha kamu didunia, hebat juga layanan Allah terhadapmu diakhirat sana. Masih tak mahu? 

Tak ada, tak ada orang kata kena masuk sekolah agama, kena hafal satu buku alQuran baru boleh ikut hukum Allah. Tak ada orang kata kene sembahyang 24 jam baru boleh dipanggil orang baik, baru boleh dikatakan orang yang sayang Allah, tak ada orang kata. Semua yang Allah suruh adalah untuk kita. Untuk kita. Sedarlah wahai saudaraku, sedarlah.

Dalam setiap amal yang kita buat, kebaikannya adalah untuk kita sendiri. Allah tak dapat apa-apa. Walaupun sebesar zarah amal pun kebaikannya adalah untuk kita. Kenapa, kenapa masih tidak nampak?

Dulu aku juga sedaif kamu. Daifnya ilmuku sehingga aku tidak dapat membezakan lagi antara hukum Allah dengan hukum manusia, tidak dapat mengenal pasti kata-kata Rasulullah SAW dengan kata-kata manusia, tak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, sampai aku menangis sendirian kerana tidak tahu jalan penyelesaian, mempersoalkan kenapa Allah menciptaku, menjadikan hidupku begini, menjadikan mereka keluargaku, menjadikan mereka kenalanku. Aku mempersoalkan kenapa mereka asyik merasa Islam itu bagus, apa yang ada pada agama? Aku mempersoalkan semua. Tapi once, aku berdamping dengan hambaNya yang menyayangiNya, once aku bertanya pada hambaNya yang benar benar mengamalkan ajaranNya, once aku membaca ayat ayatNya, maksud ayat ayatNya, aku dapat menyelesaikan hampir 80% persoalan yang bermain di akal cetekku. Sekarang apa yang masih belum terlaksana adalah perubahan. Dalam usaha mengikis karat yang dah dibiarkan oleh brainwasher orang-orang yang membenci Islam selama berkurun dulu, Allah menyediakan satu perjalanan yang sangat menarik dalam hidupku. Yang penting, Tahu, Yakin Allah ada dan yakin dengan setiap suruhanNya.

Sedarlah bahawa musuh kamu wahai pemuda yang mengaku Islam adalah orang orang yang jauh lebih hebat daripadamu dan telah hidup sejak berkurun lamanya dulu merancang satu rancangan dan hanya satu rancangan iaitu untuk memusnahkan kamu dan Islam.Kerana itu terciptanya lagu, filem, tarian, bibit bibit lucah dalam percintaan, adegan adegan kehidupan yang melanggar terus hukum Allah. Semua ini adalah langkah langkah dalam perancangan mereka. Sedarlah wahai pemuda.

Selagi kamu wahai pemuda, tidak mahu bergerak menuju Allah, pergerakkanmu takkan dapat dihentikan dan hanya menuju ke satu jalan iaitu ke nerakaNya. Dan sesungguhnya setiap janji Allah itu pasti.Janji Allah itu pasti.*Wahai diri sedarlah sedarlah.

May 6, 2013

Belajar dan Melepaskan


Bagai si buta yang menyuluh lampu dimalam hari,
Tidak ada yang nampak kegunaannya melainkan empunya diri,

Sesungguhnya cahaya itu untuk menjaga yang lain dan juga menjaga diri,
Hanya yang memerhati akan mengerti.

Kekadang sayang tidak perlu sentiasa bersama,
Ya Rabb, Engkau sentiasa ada,
dalam memberi aku pembelajaran tentangnya,
satu subjek yang tidak pernah lekang ditanya.

Sayangi mereka kerana Allah yang Esa,
bukan kerana girang ketawa yang mereka cipta,
kerana kelak andai ada tangis yang mereka paksa,
hati terguris seorang dikala duka.

Mungkin protectivenya diri menyebabkan hati tidak pandai menonjolkan rasa kasih. Hanya pandai menjaga dan membantu apabila merasa mereka memerlukan. Tapi disaat mereka lebih bahagia hanya dengan mereka, Ya Rabb, adakah Kau cuba memberitahu untuk melepaskan rantai sangat sangat sayang dan mahu sentiasa bersama ini? Sungguh diri ini sedih kerana terlalu sayang.

Terlalu sayang sehingga membiarkan. Terlalu sayang sehingga tidak mahu membenci. Terlalu sayang sehingga tidak mahu bersua muka. Terlalu sayang sehingga tak sanggup meluka dan diluka. Terlalu sayang sehingga belajar untuk menjarakkan diri, mendoakan bahagia kamu semua bukan kerana diri. Kerana pengetahuan kemanisan kasih sayang dalam berukhuwah itu bukan kita bersama saat kamu bergembira hati, tetapi sentiasa ada saat keperluanmu menanti.


Fillah abadan abada.
Sesungguhnya berat hati ingin melepaskan,
Serantai kasih sayang yang dikunci tawa riang,
Tapi demi ukhuwah yang sangat ku sayang,
Aku mengukir senyum tangisan saat menjauhkan.
Salam ukhuwah ya akhawat.

May 5, 2013

Gembira berMonolog di Twitter

InsyaAllah sepanjang diri ini mengusahakan Journal Si Cropper ini, post kali ini adalah yang ke 200. *Ahaks ahaks ahaks. Gembira bercakap sorang sorang disini. Allah dah kata "Demi pena" didalam surat cintanya dan sesungguhnya Allah serius betul, penulisan memberi impak yang sangat besar kepada penaip, penulis dan pembaca.

Biasanya seawal jam begini, lebih lebih lagi pada musim panas dimana waktu malamnya lebih singkat daripada siangnya, mataku sepatutnya sudah memberat dan wajah wajah saudara saudaraku yang sudah syahid memenuhi ruang kepala ini sehinggalah titisan air mata mengunci mata hanya dengan niat supaya dapat mimpikan mereka memohon maaf atas kelambatan diri. Tetapi hari ini hati ibarat tidak mahu berehat. Sudah merasa banyak perkara yang dibuat tapi masih, otak tidak mahu berhenti mengulas.

Ya hari ini mungkin hari yang biasa biasa bagi kebanyakan orang tetapi hari ini adalah hari yang besar buat  si daie kecil yang baru belajar merangkak ini. Apa yang bakal berlaku esok adalah penggerak untuk menentukan cara bergerak yang seterusnya, adakah berjalan atau berlari? Apa yang bakal berlaku esok adalah titik hujung bibirku untuk menentukan senyuman atau bibir neutral disaat merasa beban tanggungjawab yang sudah diketahui ini semakin memberat.

Ayohh! Disaat hati tidak tenang, mula mencari cari pendengar yang setia. Tapi -.-" *eheks eheks..., kelihatan semua sedang sibuk dalam meneruskan tanggungjawab masing masing. Tangan mula mengelik. MasyaAllah, Engkau gerakan jari ke laman sesawang yang telah lama dibiarkan berkulat. Encik Twitter, silalah mendengar monolog ini, monolog yang sedang berserabut di selirat bawah tengkorak kepala ini. Monolog yang sedang mempam hati ini supaya membengkak dan membuncit. Monolog dalaman diri ini yang sangat kecoh hari ini.

Kini ku sedar kuasa pena yang Engkau sebutkan, hebat, sungguh hebat. Dengan hanya beberapa ayat yang dipostkan, hati ini tenang. Disamping terlihat ayat ayat sahabat perjuangan yang seakan bersefahaman dan berkongsi debaran bersama dengan hati ini. Ya 'taip'ers sekalian, hebatnya ciptaan AllahuRabbi.

Yang lagi heaven tentang twitterku, hampir 70% page yang difollow adalah page page orang orang hebat. Orang orang yang dirasa sefahaman dan juga sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan Pencipta mereka. Orang orang yang kata kata mereka apabila walau hanya bermonolog dapat menggegarkan seribu jiwa. Ecehwah* sangat terasa happy bergirang bermonolog bersama mereka.Bukan nak baik sorang sorang, tapi takut terterjun kedalam kawah jahat beramai ramai andai page yang difollow hanya menambah saham dosa -.-"

Ku buka tweets diri pada publica supaya mereka tahu apa yang ditweets bukan rahsia. Diri bukan nak baik sorang sorang sahaja. Ini kes, bukan tak sayang kawan, tak ikut follow apa yang mereka follow, tapi takut nak follow yang tak semena mena, takut jahilliyah mereka menarik ku jua. Ah! Masih rapuhnya iman! *dibaca dengan nada bersajak yang tak semena mena.

May 4, 2013

betul ke saya pakai Skirt?

Dulu, pernah bertandang ke universiti akhawat, sekadar lawatan bertanyakan khabar. Betapa waktu itu Allah nak tunjuk, pada waktu yang sama ketibaan diri ini bersama seorang lagi sahabat, akhawat berkenaan rupa-rupanya ada seorang tetamu istimewa yang sedang ditunggunya, seorang saudara seagama kami yang berbangsa China. 

Ketibaan kami dibumi China selalu diwar-warkan bahawa saudara Islam kami di China tidaklah sekuat kami di Malaysia. Mereka tidak berani mengaku diri adalah Islam,apatah lagi mahu bertudung rapi menutup aurat. Pendirian Islam mereka juga tidak kuat dimana selalu mencampurkan antara yang halal dan yang haram. Pedih kekasih hati di saat mendengar berita tentang mereka. Inilah titik permulaan idea idea diri ini tentang saudara saudara seIslamku di China.

Tetapi kini sudah hampir dua tahun berada di bumi China. Bumi asing tempat ku berkenalan degan kekasihku, Penciptaku, Allah SWT Ternyata dalam perjalanan taarufku mengenali kekasih ku ini, aku juga sedikit demi sedikit mengenali saudara saudaraku disini. Diri ini melihat mereka sangat kuat, lebih kuat daripada kami di Malaysia. Sedang kami menganggap mereka adalah satu kaum heartless tanpa pegangan, sebenarnya mereka adalah satu kaum gagah yang tak pernah kenal erti putus asa. Terus belajar terus belajar mengenali Dia. Berlari kearahNya dimana mana sudut waktu yang mereka berpeluang. 

Tapi peluang mereka sangat kecil, sebesar sel DNA ujian makmal, peluang mereka adalah pertaruhan kehidupan seumur hidup mereka sebagai hamba Allah. Mereka akan ditindas kerajaan, akan disisih masyarakat, akan ditarget penjenayah SEANDAINYA, hanya jikalau mereka mengaku diri mereka Islam. Kalimah Lailahailallah, membezakan mereka yang Islam dan bukan Islam. Aku lihat mereka kuat, masih Islam dibawah pimpinan bukan Islam. Cuma mereka kelihatan ketakutan. Ya Allah sesungguhnya ujianMu yang berat hanya kepada hamba yang kamu percaya kuat.

Tetamu istimewa tadi berjalan sopan memakai tudung sederhana labuhnya, t-shirt berlengan panjang dan skirt labuh menutup betisnya. Ya MasyaAllah, sejuk ku melihat saudaraku ini. Sewaktu permulaan perbualan kami, dia bertanya adakah betul mengikut Islam, dia memakai skirt sebegini? Adakah skirt ini cukup untuk menutup auratnya? Kesemua kami terkedu, ada yang mula memujinya untuk mengelak tamparan kata-katanya yang sangat innocent. Kami berseluar jeans, tanpa memikirkan agama, hanya mahu memakai pakaian mengikut trend dan supaya tak dikata orang. Tapi dia? berusaha belajar menutup auratnya, di bumi yang mana pakaian yang dapat menutup aurat dengan sempurna itu susah untuk didapati.

Kemudian kata kata sengatannya bermain lagi, dulu di kampung asalnya, dia dilarang untuk memakai tudung ke sekolah dan di pandangan umum. Dilarang melaungkan azan dengan kuat, dilarang sembahyang dihadapan umum. Mereka di tempatnya ditindas. Hidup bersama sekelompok masyarakat yang tidak suka akan agama mereka, yang mengugut nyawa mereka andai mereka meneruskan kepercayaan mereka ini, kepercayaan kepada Allah yang satu. Tetapi adakah mereka kafir? Tak. inside mereka masih Islam. Azali dan selamanya Islam. 

Mereka lebih menghayati Islam daripada kita. Walapun tidak ditunjukkan melalui tudungnya, tetapi tiap kata-katanya dan kesopanan budi bicaranya sangat melambangkan Islam. Dia menambah lagi, apabila dapat sahaja peluang datang ke Beijing, dia terus bertudung kerana di Beijing, ramai orang asing, yang lebih istimewa, ramai orang asing Islam yang bertudung. Jadi kerajaan tak menghalangnya bertudung di Beijing. Dia dengan gembira menerima seruan tudungnya. Ya MasyaALlah, aku masih kagum hingga sekarang, sekarang, selepas lebih setahun sudah perjumpaan itu berlalu. Aku masih kagum.

Aku mendoakan pakaian yang dipilihnya diredhai kekasih kami Allah. Semoga agama dihatinya dilindungi Allah. Dan Semoga, perjalanan ad-Deennya hingga ke Jannah. Ukhuwah fillah saudaraku. Ingin ku berbicara lagi denganmu di Jannah, memberitahumu betapa kata-katamu mengikis hati hitamku. 爱你!
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie