"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
3 Ali-'Imran : Ayat 103
*tertusuk dari titisan mata terus ke hati
Selagi kita masih berjalan di atas jalanNya, selama itulah kita masih bersaudara dan cinta ini wahai saudara-saudaraku, tidak akan pernah pupus selagi hayat ini masih menghirup udaraNya dibumiNya ini. Atas dasar ini aku menjauhi, atas dasar ini aku berterima kasih, kerana hakikat cinta itu adalah tidak bersebab, kerana hakikat perasaan cinta antara aku dan Dia dan aku dengan kamu semua adalah daripada Nya yang ghaib yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Bagaimana mungkin aku merungkap perasaan ini yang juga tidak dapat dilihat. Perasaan sayang walaupun tidak berpuas hati, perasaan terlalu sayang hingga aku menjauhi. Syukur ini kerana Kau ya Rabb, memanggil aku disaat aku bagai telur dihujung tanduk, aku bagai embun di daun keladi. (ehem..., terpukul kecil) Terima kasih. Terima kasih...

No comments:
Post a Comment