Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

December 22, 2012

Jiji's Family Day-Out at 居庸关长城

Tembok Besar Ju Yong Guan, Beijing, China
( 21 Disember 2012 )

tujuan utama : menemani keluarga seorang sahabat melawat Tembok Besar Cina
Pendapatan sampingan : pengajaran-pengajaran daripada nikmat AlamNya, of course.



Semangat nak mula mendaki


Temperature of about -15 to -7 degree celcius, dataran ais licin sepanjang tembok besar, dan angin angin sempoi yang menambahkan kesejukan sangat menyengat muka dan bibir dan sangat menggigilkan sekujur tubuh ciptaanNya ini. Ya Allah, lemahnya hambaMu yang ini! T.T Bagaimana diri ini mahu berjihad sedangkan dugaan sebegini pun sudah mengeluh. Aishhh, tak boleh jadi~

No! ini bukan sejuk, ini bukan sengatan, ini bukan gigil, inilah nikmat-nikmatMu, kelas-kelasMu dalam mengajar aku sedikit dari kebesaranMu, sedikit dari ilmu duniaMu. Alhamdulillah, semampu aku bersyukur, aku teringin yang lain juga menikmatinya. Sediakanlah ruang kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku ya Tuhan untuk menerima pengajaran daripada alamMu ini sebagaimana dan sebolehnya lebih daripada apa yang Engkau kurniakan kepadaku kali ini.




Hati ini sepanjang perjalanan menangisi apakah perasaan saudara-saudaraku yang teraniaya lalu dibiarkan tanpa tempat tinggal tanpa pakaian tebal yang mencukupi, mengharungi musim sejuk mereka yang lagi sejuk dari Beijing. Ya MasyaAllah... Jagalah saudara-saudaraku di duniaMu ini ya Allah. Lindungilah mereka, cekalkanlah hati mereka, kurniakanlah mereka syurgaMu kerana mereka adalah yang lebih layak. :'(

Credit to : pemegang-pemegang DSLR yang murah hati

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie