Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

December 4, 2012

The Kicks from DSLR Lens Jauh

Dua tiga hari ini mata agak bermasalah dalam mengfokuskan sesuatu yang jauh, seakan glasses yang ada sekarang sudah mula menunjukkan ciri-ciri bahawasanya dia ingin pencen. Every moment cuba untuk lihat, kepala mula pusing, badan mula seram-seram sejuk seram sejuk, perut mula memberi isyarat bahawa sekelompok sisa makanan ingin dilancarkan melalui rongga kerongkong. Kad bank mula mengeluh bahawa dia akan makin kurus
(Ahaks panjang plak pendahuluan)

Actually, dalam dugaan yang Allah beri ini, teringat satu kejadian. Semasa perjalanan di Hunan suatu masa dulu,seorang sahabat datang meminta diri ini untuk memegang sebentar kamera DSLRnya, dia kata ingin mengambil lens untuk jarak jauh didalam beg, nak pasang katanya. Sambil memegang, melihat gelagat sahabat-sahabat yang lain yang dengan khusyuk mencari spot terbaik untuk menghasilkan hasil2 kreatif yang semoga boleh dihargai dan semoga dianggap lain daripada yang lain (walaupun actually berada di tempat yang sama spot yang sama) berbagai-bagai gaya. Diri daif ini bertanya dalam ke'blur'an, "Kenapa nak tukar lens, tak berat ke?". Sang sahabat menjawab dalam sabar, "Sebab lens yang sedia ada tak mampu nak tengok yang kat sana tuh," katanya sampai menunjuk sebuah gunung hijau yang berbentuk agak menarik jauh dari tempat kami berdiri.

Diri ini tersentap. Kenapa mata yang Allah bagi ini nampak je gunung tu siap boleh main imaginasi-imaginasi lagi bentuknya mirip apa. Tapi DSLR yang harga hampir 2 bulan elaun kami ini tidak dapat even nak capture benda yang mata kita buat main-main je. Hebat kuasa Allah, sekecil-kecil mata dia boleh cipta sehingga beribu thousand lagi hebat daripada sebesar-besar DSLR. 

Tapi inilah kita, manusia yang sangat baik untuk berkongsi, sangat suka untuk menyimpan, sangat berkeinginan untuk memiliki. (perasan bagus jap) aihsss, Disebabkan hal ini, terciptanya DSLR, kamera, mini kamera, telefon berkamera, ipod berkamera, ipad berkamera, kaca mata berkamera, patung berkamera (erk? -.- stalker). Kita ingin orang lain nampak apa yang kita nampak, kita ingin memberitahu mereka inilah sebahagian kecil keindahan bumi Allah yang berada di tempat yang aku DAH pergi. inilah kekuasaannya, inilah nikmatnya, 'Jomla kita berkongsi kenikmatannya'. 

Tapi insyaAllah ini adalah perasaan yang ingin dijauhi oleh semua pemilik kamera ( semoga aku juga tidak tergolong dalam golongan yang menghidap penyakit ini ),
perasaan ingin bongkak ingin menunjuk-nunjuk. Perasaan ingin yang lain mencemburui akan kita, perasaan ingin memberitahu mereka hebatnya diri ini telah menjelajah sejauh ini, perasaan ingin membuat mereka menginginkan apa yang kita telah miliki. Mintak jauh... Mintak jauh... 

Sesungguhnya penangan Digital Single-lens Reflex Camera ini dalam kehidupan sekarang semakin berbuih-buih ibarat bubbles di lautan. Bagi sesetengah pelajar, ibarat satu keperluan, illahnya, idolanya. 
Biarlah DSLR itu menjadi sahabat dalam membawa dan dalam berjalan melangkah seiringin, berlari seiringin dalam usaha kita berjalan hanya dijalanNya. Hanya untukNya hanya dijalanNya...

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie