Translated kepada Bahasa Melayu saya:
"Anak-anak zaman sekarang manja sangat, ada masalah sikit dah anggap diri stress, tension sampai bunuh-bunuh diri, putus-putus asa. Dulu, kehidupan orang dulu susah, nak beras pun kena ikut timbangan yang kerajaan bagi, kalau cukup, nasib baik, kalau tak cukup berlaparlah dalam menjalankan tanggungjawab dan kerja-kerja sehari hari"
Kami manja. Sangat manja. Inilah rangkap dan maksud disebalik kata-kata pensyarah bahasa Cina juga guru kelas kami sewaktu berceritanya dia tentang kisah hidup ibunya pada masa dulu. Terasa tertumbuk. Dulu pernah ada akhawat yang memberitahu, kami di Beijing sangat beruntung, segalanya dipermudah dan segalanya disuap tak seperti akhawat negara lain yang kehidupan mereka sebagai pelajar di luar negara sangat mencabar peribadi muslim mereka. Sangat menguji, sangat membina dan membentuk.
Kami manja. Luka sedikit sudah heboh satu batch. Demam sedikit dah mula niat tak mahu pergi kuliah, tak mahu bergerak dari katil. Mahukan perhatian, mahukan rasa kesian kawan-kawan. Manjanya kami. Begitu juga si penaip blog ini yang masih cuba untuk matang, masih cuba untuk tidak bergantung. #Refleksi diri
Masalah sekecil-kecil masalah dah boleh menggoyah iman kami, dah boleh menggugat kehidupan seharian kami sedangkan saudara-saudara kami yang masih cuba memberi salam mengukirkan senyuman sepenuh perasaan disana diuji dengan ujian-ujianNya yang tahap monster untuk ganjaran yang Heaven... MasyaAllah...
Inilah peluru hari ini. Kata-kata buat kami yang manja, Supaya mencabar diri sendiri untuk belajar menjadi sematang usia kami. Sedangkan sahabat Rasulullah SAW umur belasan tahun sudah mencorak sejarah-sejarah hebat, apakah sumbangan kami yang sudah mula memijak tanah 20-an ini hari ini?

No comments:
Post a Comment