Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

December 28, 2012

begini Usrah kita

disaat diri ini ingin menaip dan menyiapkan post kali ini, jantung pemilik sedang berdegup kencang, menahan persoalan-persoalan diri yang mencabar kepercayaanku, mencabar keyakinanku. Persoalan yang diri ini juga tidak pasti akan keadaan jawapannnya, adakah ini adalah percubaan penyakit 'merasa diri sentiasa betul', atau sebenarnya hati ini adalah antara hati yang masih tidak faham dan yang masih tidak boleh menerima.

tanganku ketar disaat ingin meluahkan, segumpal perasaan yang berkecemuk di lubuk hati yang gelap. Sebelum syaitan menggunakannya untuk membaling najis kearah imanku sendiri, adalah lebih baik bagiku untuk membuang gumpalan ini.

Lebih kurang setahun yang lalu, sahabat sahabatku dan diriku sendiri ditarik masuk kedalam segelung bulatan yang bernama gembira. Ya, setelah memasuki gelung ini, hati ini sangat gembira melihat mereka, gembira mengenali mereka, gembira dengan kesedaran yang diberikan oleh mereka, tapi kini hati aku meragui. Kerana sesungguhnya, andai kita melihat Muslim sebelum kita melihat Islam, nescaya kepercayaan kita kepada agama Islam tidaklah akan sekuat yang sepatutnya. Hati ini, sudah terjun kedalam Islam itu sendiri dan kini, kenapa hatiku berkecemuk memikirkan, Muslim yang cuba dilihat kemudian ini.

Usrah itu sendiri maksudnya adalah keluarga. Dan ahlinya adalah sahabat merangkap saudara seagama kita. Perkataan ukhuwah yang cuba dicambahkan didalam hati kami melalui Usrah itu sendiri semakin hari semakin menjadi topik hangat setiap saudaraku didalam gelung ini. Tapi kini aku musykil, tapi kini hati ini meragui. Kenapa mereka tidak faham seperti mana yang hati ini faham, ATAU adakah diri ini yang sudah menyimpang dalam usaha cuba memahami. *tersimpul urat kepala. hati masih lagi meraung

Bagi hati ini, gelung yang kita masuk itu sahabat, bukan setakat didalam itu sahaja, Usrah kita yang sebenar adalah diluar gelung itu, dimana, ukhuwah itu adalah apa yang kita belajar didalam kelas kita yang SEHARUSNYA dipraktikalkan diluar kelas, bukan hanya melilit disekitar gelung, bak ular yang menjaga telur. Maksudnya, kita perlu berukhuwah dan bermesra dengan orang yang berada diluar gelung gembira kita SEMESRANYA kita dengan orang-orang didalamnya. Bukan dengan cara berat sebelah. Bukan dengan cara hanya didalam.

Andai kita boleh bermanja dengan saudara segelung kita, kenapa tidak dengan saudara kita yang berada di gelung lain? Andai kita sanggup melepaskan beberapa benda penting kita untuk saudara segelung kita, kenapa tidak kita juga sanggup melepaskan masa masa emas kita untuk mereka yang diluar gelung itu? Mengapa? Inikah usrah yang cuba kita terap? kenapa terasa seperti meng'assabiyah'kan keluarga besar kita ini. Bukankah keluarga kita ini sangat besar. Keluarga kita ini bukan sekadar didalam bilik.

Ya Rabb sayang, air mataku menitis saat cuba menjawab soalan jahiliyahku. Mungkin hati ini masih belum ITSAR! this petite heart keep telling me that 'WE should Try IT inside and out. Try the ukhuwah, SPREAD IT. Its not just a business that you can deal within several people, because the real concept actually dealing with EVERYBODY. not only you girls, not only us, but we and  them.

Mungkin hati degil ini perlukan bimbingan terapi ayatAyatNya dalam menjawab persoalan diri ini. Mungkin tidak sepatutnya bergurukan diri sendiri. Tapi InsyaAllah, masih cuba merungkai, masih cuba ber'ITSAR'.

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie