Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

December 29, 2012

Tendency of alFutur (saat hati mula merungut)

Dalam menjawab persoalan-persoalan hati yang sia-sia, mencari pembimbing atau beberapa das tembakan yang boleh membaiki hatiku, yang boleh said 'Shut Up' untuk hati yang selalu merungut ini, supaya hati ini lebih bersyukur, supaya hati ini lebih sedar. Hari ini mata ini membulat, membujur, besar kecik, besar kecik, membaca satu artikel perkongsian daripada seorang saudara. Sangat kagum, saaangat kagum. Hebat, andai semua laman web juga berkongsikan ilmu sebegini, nescaya, tidak ada lagi isu isu mengarut di media media massa, saudara-saudara kita yang tidak tahu, boleh tahu, hati semua adik beradik Islam kita juga bersih, maka terjadilah The extinction of maksiat! ( ehem, tinggi cita-cita ni :D )

Rawatan hati kali ini mencari cari makna dan keadaan 'futur'. Asal diri ini bukanlah berkemahiran bahasa Arab, ilmu agama juga masih di tahap yang paling asas. Masih lagi menyelam nyelam, cuba mencari mutiara Islam, mutiara ilmu-ilmuNya. InsyaAllah ini perkongsian dari laman rumah labah-labah Islam :

Al Futur mempunyai dua makna
(1) Terputus, terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak. dan;
(2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Mengikut kamus, futur diolah seperti berikut : sesuatu itu lemah - Kepanasan mulai reda - dan bererti seseorang itu mulai lemah, yang membawa kefahaman : Berhenti sesudah bersungguh atau lembut sesudah keras. Maka di sini Al Futur memberikan maksud, suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para - amilin - bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa penyakit ini.

Tahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti atau terus diam sesudah bergerak cergas secara berterusan...
Sebab meresapnya futur nak tahu lebih --

December 28, 2012

begini Usrah kita

disaat diri ini ingin menaip dan menyiapkan post kali ini, jantung pemilik sedang berdegup kencang, menahan persoalan-persoalan diri yang mencabar kepercayaanku, mencabar keyakinanku. Persoalan yang diri ini juga tidak pasti akan keadaan jawapannnya, adakah ini adalah percubaan penyakit 'merasa diri sentiasa betul', atau sebenarnya hati ini adalah antara hati yang masih tidak faham dan yang masih tidak boleh menerima.

tanganku ketar disaat ingin meluahkan, segumpal perasaan yang berkecemuk di lubuk hati yang gelap. Sebelum syaitan menggunakannya untuk membaling najis kearah imanku sendiri, adalah lebih baik bagiku untuk membuang gumpalan ini.

Lebih kurang setahun yang lalu, sahabat sahabatku dan diriku sendiri ditarik masuk kedalam segelung bulatan yang bernama gembira. Ya, setelah memasuki gelung ini, hati ini sangat gembira melihat mereka, gembira mengenali mereka, gembira dengan kesedaran yang diberikan oleh mereka, tapi kini hati aku meragui. Kerana sesungguhnya, andai kita melihat Muslim sebelum kita melihat Islam, nescaya kepercayaan kita kepada agama Islam tidaklah akan sekuat yang sepatutnya. Hati ini, sudah terjun kedalam Islam itu sendiri dan kini, kenapa hatiku berkecemuk memikirkan, Muslim yang cuba dilihat kemudian ini.

Usrah itu sendiri maksudnya adalah keluarga. Dan ahlinya adalah sahabat merangkap saudara seagama kita. Perkataan ukhuwah yang cuba dicambahkan didalam hati kami melalui Usrah itu sendiri semakin hari semakin menjadi topik hangat setiap saudaraku didalam gelung ini. Tapi kini aku musykil, tapi kini hati ini meragui. Kenapa mereka tidak faham seperti mana yang hati ini faham, ATAU adakah diri ini yang sudah menyimpang dalam usaha cuba memahami. *tersimpul urat kepala. hati masih lagi meraung

Bagi hati ini, gelung yang kita masuk itu sahabat, bukan setakat didalam itu sahaja, Usrah kita yang sebenar adalah diluar gelung itu, dimana, ukhuwah itu adalah apa yang kita belajar didalam kelas kita yang SEHARUSNYA dipraktikalkan diluar kelas, bukan hanya melilit disekitar gelung, bak ular yang menjaga telur. Maksudnya, kita perlu berukhuwah dan bermesra dengan orang yang berada diluar gelung gembira kita SEMESRANYA kita dengan orang-orang didalamnya. Bukan dengan cara berat sebelah. Bukan dengan cara hanya didalam.

Andai kita boleh bermanja dengan saudara segelung kita, kenapa tidak dengan saudara kita yang berada di gelung lain? Andai kita sanggup melepaskan beberapa benda penting kita untuk saudara segelung kita, kenapa tidak kita juga sanggup melepaskan masa masa emas kita untuk mereka yang diluar gelung itu? Mengapa? Inikah usrah yang cuba kita terap? kenapa terasa seperti meng'assabiyah'kan keluarga besar kita ini. Bukankah keluarga kita ini sangat besar. Keluarga kita ini bukan sekadar didalam bilik.

Ya Rabb sayang, air mataku menitis saat cuba menjawab soalan jahiliyahku. Mungkin hati ini masih belum ITSAR! this petite heart keep telling me that 'WE should Try IT inside and out. Try the ukhuwah, SPREAD IT. Its not just a business that you can deal within several people, because the real concept actually dealing with EVERYBODY. not only you girls, not only us, but we and  them.

Mungkin hati degil ini perlukan bimbingan terapi ayatAyatNya dalam menjawab persoalan diri ini. Mungkin tidak sepatutnya bergurukan diri sendiri. Tapi InsyaAllah, masih cuba merungkai, masih cuba ber'ITSAR'.

December 22, 2012

Jiji's Family Day-Out at 居庸关长城

Tembok Besar Ju Yong Guan, Beijing, China
( 21 Disember 2012 )

tujuan utama : menemani keluarga seorang sahabat melawat Tembok Besar Cina
Pendapatan sampingan : pengajaran-pengajaran daripada nikmat AlamNya, of course.



Semangat nak mula mendaki


Temperature of about -15 to -7 degree celcius, dataran ais licin sepanjang tembok besar, dan angin angin sempoi yang menambahkan kesejukan sangat menyengat muka dan bibir dan sangat menggigilkan sekujur tubuh ciptaanNya ini. Ya Allah, lemahnya hambaMu yang ini! T.T Bagaimana diri ini mahu berjihad sedangkan dugaan sebegini pun sudah mengeluh. Aishhh, tak boleh jadi~

No! ini bukan sejuk, ini bukan sengatan, ini bukan gigil, inilah nikmat-nikmatMu, kelas-kelasMu dalam mengajar aku sedikit dari kebesaranMu, sedikit dari ilmu duniaMu. Alhamdulillah, semampu aku bersyukur, aku teringin yang lain juga menikmatinya. Sediakanlah ruang kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku ya Tuhan untuk menerima pengajaran daripada alamMu ini sebagaimana dan sebolehnya lebih daripada apa yang Engkau kurniakan kepadaku kali ini.




Hati ini sepanjang perjalanan menangisi apakah perasaan saudara-saudaraku yang teraniaya lalu dibiarkan tanpa tempat tinggal tanpa pakaian tebal yang mencukupi, mengharungi musim sejuk mereka yang lagi sejuk dari Beijing. Ya MasyaAllah... Jagalah saudara-saudaraku di duniaMu ini ya Allah. Lindungilah mereka, cekalkanlah hati mereka, kurniakanlah mereka syurgaMu kerana mereka adalah yang lebih layak. :'(

Credit to : pemegang-pemegang DSLR yang murah hati

How to Give Advice To The People? by Ustadh Nouman Ali Khan

"If you see something really bad, find a humble way of giving advice to a Muslim. Are the words Im gonna say to them are they gonna make them even more, you know, adverse to the religion or should I find some loving soft way of slowly pulling them back, without compromising the principles but am I, can I bring them into closer to the Deen, maybe change their company maybe change their scenery, maybe let them heard a little bit advice. You dont wanna change their behaviour first, you wanna change what first? Their Heart. If their heart can be change everything will be change automatically. Most of them time we got go after people what? We go after their behaviour. You cant change people behaviour, You can only remind them and hope that Allah changes their right? You just have to remind. 'Fazakkir'.

The Messenger sees people doing shits, people doing 'kufur' and Allah is telling Him year after year after year, 'Fazakkir Innakaati Zikro', 'Fazakkir Innakaati Zikro' Remind them, remind them and will have benefits. The man of Rasulullah SAW is doing 'dakwah' to the same bunch of very bad people for ten years and Allah keeps telling Him, 'Reminds..., its gonna have benefits', Remind..., its gonna have benefits.' You reminds someone and it doesnt has benefit, you know what you say? 'I reminded him, he didnt listened, Huhr.. thats guy is not gonna have benefits from a reminder.' 
Look at... --- Video Youtube 

December 20, 2012

when you seek Ukhuwah in His words

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."

3 Ali-'Imran : Ayat 103

*tertusuk dari titisan mata terus ke hati

Selagi kita masih berjalan di atas jalanNya, selama itulah kita masih bersaudara dan cinta ini wahai saudara-saudaraku, tidak akan pernah pupus selagi hayat ini masih menghirup udaraNya dibumiNya ini. Atas dasar ini aku menjauhi, atas dasar ini aku berterima kasih, kerana hakikat cinta itu adalah tidak bersebab, kerana hakikat perasaan cinta antara aku dan Dia dan aku dengan kamu semua adalah daripada Nya yang ghaib yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Bagaimana mungkin aku merungkap perasaan ini yang juga tidak dapat dilihat. Perasaan sayang walaupun tidak berpuas hati, perasaan terlalu sayang hingga aku menjauhi. Syukur ini kerana Kau ya Rabb, memanggil aku disaat aku bagai telur dihujung tanduk, aku bagai embun di daun keladi. (ehem..., terpukul kecil) Terima kasih. Terima kasih... 

December 18, 2012

terkene anak batu kecil, tapi Bunuh diri

Translated kepada Bahasa Melayu saya:
"Anak-anak zaman sekarang manja sangat, ada masalah sikit dah anggap diri stress, tension sampai bunuh-bunuh diri, putus-putus asa. Dulu, kehidupan orang dulu susah, nak beras pun kena ikut timbangan yang kerajaan bagi, kalau cukup, nasib baik, kalau tak cukup berlaparlah dalam menjalankan tanggungjawab dan kerja-kerja sehari hari"

Kami manja. Sangat manja. Inilah rangkap dan maksud disebalik kata-kata pensyarah bahasa Cina juga guru kelas kami sewaktu berceritanya dia tentang kisah hidup ibunya pada masa dulu. Terasa tertumbuk. Dulu pernah ada akhawat yang memberitahu, kami di Beijing sangat beruntung, segalanya dipermudah dan segalanya disuap tak seperti akhawat negara lain yang kehidupan mereka sebagai pelajar di luar negara sangat mencabar peribadi muslim mereka. Sangat menguji, sangat membina dan membentuk.

Kami manja. Luka sedikit sudah heboh satu batch. Demam sedikit dah mula niat tak mahu pergi kuliah, tak mahu bergerak dari katil. Mahukan perhatian, mahukan rasa kesian kawan-kawan. Manjanya kami. Begitu juga si penaip blog ini yang masih cuba untuk matang, masih cuba untuk tidak bergantung. #Refleksi diri

Masalah sekecil-kecil masalah dah boleh menggoyah iman kami, dah boleh menggugat kehidupan seharian kami sedangkan saudara-saudara kami yang masih cuba memberi salam mengukirkan senyuman sepenuh perasaan disana diuji dengan ujian-ujianNya yang tahap monster untuk ganjaran yang Heaven...  MasyaAllah...

Inilah peluru hari ini. Kata-kata buat kami yang manja, Supaya mencabar diri sendiri untuk belajar menjadi sematang usia kami. Sedangkan sahabat Rasulullah SAW umur belasan tahun sudah mencorak sejarah-sejarah hebat, apakah sumbangan kami yang sudah mula memijak tanah 20-an ini hari ini?

December 16, 2012

Ungkapkanlah 'SAYA!'

Dush!'tembakan' daurah hari ini macam jam loceng untuk 'si beruang kutub yang sedang berhibernasi' ini. Ya MasyaAllah, dalam, hujan, dalam salji, dalam licinnya jalan-jalan di Beijing, Engkau hantar dia untuk mengajar kami menikmati tugas sebenar kami ini bersama-sama ya Allah?
 #detik2 touching disitu

Tiba-tiba terima satu pesanan ringkas, maksudnya akan menerima seminar (daurah) daripada seorang ikhwah Jepun esok. Hati mula terbayang-bayang gerhana bulan yang kami saksikan bersama-sama sewaktu the first moment Allah put all of our hearts here at one place. A place to seek His love. A place to knit our tiny heart. #mencelah

Bak kata Ustaz Yassir, "Tawakkal kita itu bukan pada alat tapi pada Allah, tahu?"

Bibir hanya mampu mengukir senyuman sambil mata mengagumi setiap ilmu yang sedang beliau sampaikan kepada kami yang bagaikan sangat daif kalau nak dibandingkan dengan ilmunya.

'Kenal Syeikh Ahmad Yassin?'
'Pernah tengok Omeir The Series?'
'Kenal Umar alKhattab dan ayat-ayat yang membenarkan kata-katanya dalam alQuran?'

Ya Allah, inikah teguranMu dalam mempersoalkan perasaan ingin tahuku terhadap ilmuMu adalah ibarat air di Afrika? YaMasyaAllah..., Betul, nama-nama dan ayat-ayat ini pernah didengar, tapi tak dimengerti. Pernah dilihat tapi tak diketahui. Itulah Islamnya diriku ini sekarang. Ini je ke aku? Sesungguhnya masih cuba bercambah. Cahaya matahari masih belum cukup, airnya masih kurang, But please, jangan layu dan mati! Jom kita berjemur, Jom kita bersiram! Jom kita tumbuh ibarat pokok yang boleh berbuah, menjadi besar, menjadi redup, menjadi tempat berteduh yang lain dan memanfaatkan yang lain.

Disaat diuji keyakinan akan tugas kami, semua jari mula bergerak ke arah lain. Tujuan dan jawapan sebenar tiba-tiba sesat sebentar. Ya Allah, kamilah daie itu. Kenapa perkataan 'SAYA' itu tidak terungkap di benak hati ini? Adakah hati ini masih belum yakin? Ya Allah, aku mula goyah... Sesungguhnya saat-saat futur itu amat menakutkan. Kuatkanlah keyakinan ini ya Rabb. Teguhkanlah kami... 

December 13, 2012

masih Warna oren

ada seorang sahabat berkata : "kalau nak snow, langit warna oren, perasan tak?"
Hari ini, langit masih oren, hipotesis maybe perhaps pantulan cahaya matahari terhadap setiap snowflakes yang jatuh terjun dari langit yang menjadi penyebab akan ke'oren'an ini. Sepanjang malam yang sangat seperti waktu senja.

Bangun pagi-pagi, hari ini Allah bagi peluang menikmati NikmatNya, hari tak ada kelas.
Maka, keluar lah kami si pengembara-pengembara jalan kecil Allah ini.



December 12, 2012

Hujan bunga putih

Ura-ura di Korea dah salji berhari-hari, Alhamdulillah at last kami disini juga dijemput Allah untuk menikmati saljiNya sekali lagi. Kamera tak berhenti henti berkedip menangkap setiap sudut special pada bunga putih ciptaan my dear Rabb ini. Bumi Beijing sekali lagi bermesra dengan bunga-bunga putih ini.

Sejenak menadah salji, meng'snap' bunga putihMu yang jatuh senyum lalu layu dan hilang di atas tapak tangan yang berdarah merah hangat ini. Darah Muslim yang mengalir di tangan hangat ini ya Allah, merindui dan mengingati saudara-saudaraku disana. Mencemburui perjuangan mereka, dan kasihMu kepada mereka. Sedang kami menadah bunga putih, mereka menadah doa mengharapkan tiada lagi cecair merah hangat saudara-saudara kami yang terpercik dihadapan mata mereka. Seandai darah mereka pada bunga putih ini ya Allah..... Maafkan kami yang Allah, maafkan kami saudara-saudaraku.




Pada hari pertama hujan bunga putih ini, kami akan ke rumah cikgu kelas kami. Dia menarik kami dengan perwatakannya, understandingnya, dan sifat naturalnya yang tidak kepura-puraan. Jujur dalam kata-katanya, melontar fakta setiap kebenaran yang disusun cermat dalam menjaga hati kami yang masih cuba membiasakan diri dengan bumi China, senyuman tawa yang ikhlas darinya, kata-kata jujur dan history hitam hidupnya yang melemparnya ke kehidupan sekarang untuk berjumpanya matanya dan mata kami, Kami ingin mendoakan dirinya untuk berjalan bersama kami di jalanNya kembali ke rumahNya. Semoga Allah memberimu hidayah.

Moment-moment touching tertembak-tembak apabila dia merelakan rumah kecilnya dijajah kami sekelas 13 beradik. Ter'flash' di benak hati, sedang kami mengeluh lelah di asrama kami, dia menahan sesak hanya di rumah yang lampunya malap, ruangnya sempit, jalannya berliku. Kami berseronok bersenang hati memikirkan mahu Allah sayangkan kami sedangkan dia masih tidak bertemu dengan Penciptanya, masih tidak merasai kasih sayangNya, clueless mencari tujuan hidupnya. Cikgu, dan wahai rakyat China yang kami pernah bertentang mata, bersentuh hati, maafkanlah kami. Kami sedang berusaha menjemputmu bersama berjalan 'pulang' kerumahNya, tetapi andai dalam usaha kecil kami ini, seruan kami tidak dapat membuka pintu hatimu, atau tidak sampai kepadamu, maafkan kami, maafkan kami. Selagi hayat dikandung badan, tugas ini masih belum selesai. InsyaAllah... InsyaAllah...

Perjalanan Ke Rumah Cikgu Bahasa Cina yang diuji dengan Kesejukan dan diselimut dengan Keindahan
this one thing that Allah creates thats being called Snow.

Cenderamata perjalanan


December 8, 2012

Imam seLayaknya

Basically, semua orang tahu, syarat sah untuk seseorang menjadi imam :
  1. Islam
  2. Berakal (Tak Gila)
  3. Baligh
  4. Lelaki y sejati ( Imam Perempuan hanya untuk makmum perempuan sahaja )
  5. Bersih daripada hadas dan kekotoran
  6. Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukun solat
  7. Keadaan bukan makmum
  8. Fasih al-Lisan
  9. Sebolehnya sejahtera daripada sebarang keuzuran
  10. Sebolehnya mazhab yang sama.
Allright, ada soalan diantara kami disini, dimana kami bertanya, Kami semua Islam, InsyaAllah semuanya berakal (erk?...), baligh InsyaAllah, semua perempuan, bersih daripada kekotoran, bermazhab sama, sihat tubuh badan but bagaimana kami ingin memilih imam antara kami sendiri andai kami masih tidak mengetahui atau tidak dapat menilai keadaan bacaannya, waraknya atau keimanannya?

Sebentar diri ini berasa malu. Menjadi antara beberapa orang yang lebih tua daripada majoriti disini menyebabkan diri sentiasa dipoint out untuk dipilih sebagai imam. Beberapa ke'was-was'an bermain dibenak hati. Saat diri ini mahu mengankat takbir, perasaan takut menyelubungi diri, takut diri tidak mampu membawa shalat diri bersama makmum kepada Allah, takut Allah tidak memandang shalat kami disebabkan dosa-dosa diri yang menjadi benteng penghalang antara solat kami dengan Allah. Ya Allah, terimalah...~ terimalah...~ terimalah...~ >~<

"Diri ini tak pandai tarannum..., bacaan tak sesedap orang yang pandai lengguk bacaannya... Hurmmm", "Diri ini banyak dosa, dosa besar dosa kecik ya MasyaAllah, Abundant! Tak Layak! Tak Layak!", "Diri ini bukan daripada sekolah agama, pengetahuan diri tentang agama sangat cetek nak dibandingkan dengan mereka and ini sangat memalukan... Hurmmm", "Diri ini masih cuba untuk istiqamah, iman ini masih dalam keadaan flexible, diri tak seteguh yang lain..., Tak Layak! Tak Layak!", "Tak warak~, Masih tak boleh...,", "Be an imam is too heavy, scared will make others shalat disturbed or stained badly...., come on..., not me~"

Ya Allah Maha Besar, ya Tuhan, my Rabb, ya Nabiku sayang..., kenapa diri ini sentiasa dibalut ke'syubhah'an yang sebegini. Salah seorang pebimbingku pernah menegur untuk tidak memandang rendah kekurangan orang lain and perhaps terima kekurangan diri sendiri, mungkin kalau keadaan yang tak pasti begini, kita perlu memilih seseorang yang paling warak antara kita. Kewarakannya kita boleh lihat. Mungkin hatinya kita tidak tahu. Imannya kita tak boleh ukur but sesungguhnya warak, taqwa dan iman itu adalah hal antara dia dan Allah. Tapi apabila semua makmum yang lain bersetuju, itu sudah cukup. 

Dan perhaps kalau kita adalah seseorang yang dipilih itu, jangan gugup, jangan takut, jangan berasa terlalu rendah diri kerana perasaan-perasaan ini tak layak untuk dirasa sesama kita, cukuplah berasa takut dengan Allah insyaAllah, walau bacaan kita tak sehebat makmum kita, walau ilmu kita tak seluas makmum kita, walau hati kita tak sebersinar makmum kita, apabila kita mengimamkan sembahyang dengan perasaan takut kepada Allah, ikhlas kerana Allah dan dengan niat membawa makmum berjumpa Allah hanya untuk memenuhi perintahNya, dalam perasaan kasih kepada Allah, Allah akan memberkati sembahyang kita dan makmum kita despite of whatever weaknessES yang nampak dan tak nampak pada diri kita.

Kalau tak yakin pada diri sendiri pun, at least yakin pada Allah. Allah tak akan letak kita dalam keadaan itu kalau tidak bertujuan atau kalau kita tak mampu. Jadi Allah tahu kita mampu. Sedangkan pencipta dah berkata begitu, kenapa masih kita ingin mengutara berbagai soalan mempersoalkan ketentuanNya? Jangan jadi seperti umat Nabi Musa yang mempersoalkan setiap inch perintah Allah. Have faith in Him cause He never disappoint us.

Sedikit panduan, disini.

December 6, 2012

Mata baHaru

This the last update of my 2nd pair of eyes :  新眼镜

And here is the latest,



Hehe, power up~! -.-"
Bertukar kembali kepada bingkai biase daripada style old-school yang cuba di'try' sebelum ni. Agak kelihatan nerd dengan glasses baru nih, and agak kelihatan dewasa, a look that I want to avoid actually tapi maybe Allah nak diri ini accept seadanya, bahawasanya 'Aku dah Dewasa..., Come on~ Wake up~!' 

Self-hypothesis for the cause... Maybe perhaps because of the Ipod usage. Baru nak buka mata luas sikit kepada screen besar, power dah naik. Ya MasyaAllah, bajet agak lari sikit sebab dah ber'glasses' baru, but still..., everything under control. InsyaAllah... Semoga bermanfaat sekarang dan akan datang.

December 4, 2012

The Kicks from DSLR Lens Jauh

Dua tiga hari ini mata agak bermasalah dalam mengfokuskan sesuatu yang jauh, seakan glasses yang ada sekarang sudah mula menunjukkan ciri-ciri bahawasanya dia ingin pencen. Every moment cuba untuk lihat, kepala mula pusing, badan mula seram-seram sejuk seram sejuk, perut mula memberi isyarat bahawa sekelompok sisa makanan ingin dilancarkan melalui rongga kerongkong. Kad bank mula mengeluh bahawa dia akan makin kurus
(Ahaks panjang plak pendahuluan)

Actually, dalam dugaan yang Allah beri ini, teringat satu kejadian. Semasa perjalanan di Hunan suatu masa dulu,seorang sahabat datang meminta diri ini untuk memegang sebentar kamera DSLRnya, dia kata ingin mengambil lens untuk jarak jauh didalam beg, nak pasang katanya. Sambil memegang, melihat gelagat sahabat-sahabat yang lain yang dengan khusyuk mencari spot terbaik untuk menghasilkan hasil2 kreatif yang semoga boleh dihargai dan semoga dianggap lain daripada yang lain (walaupun actually berada di tempat yang sama spot yang sama) berbagai-bagai gaya. Diri daif ini bertanya dalam ke'blur'an, "Kenapa nak tukar lens, tak berat ke?". Sang sahabat menjawab dalam sabar, "Sebab lens yang sedia ada tak mampu nak tengok yang kat sana tuh," katanya sampai menunjuk sebuah gunung hijau yang berbentuk agak menarik jauh dari tempat kami berdiri.

Diri ini tersentap. Kenapa mata yang Allah bagi ini nampak je gunung tu siap boleh main imaginasi-imaginasi lagi bentuknya mirip apa. Tapi DSLR yang harga hampir 2 bulan elaun kami ini tidak dapat even nak capture benda yang mata kita buat main-main je. Hebat kuasa Allah, sekecil-kecil mata dia boleh cipta sehingga beribu thousand lagi hebat daripada sebesar-besar DSLR. 

Tapi inilah kita, manusia yang sangat baik untuk berkongsi, sangat suka untuk menyimpan, sangat berkeinginan untuk memiliki. (perasan bagus jap) aihsss, Disebabkan hal ini, terciptanya DSLR, kamera, mini kamera, telefon berkamera, ipod berkamera, ipad berkamera, kaca mata berkamera, patung berkamera (erk? -.- stalker). Kita ingin orang lain nampak apa yang kita nampak, kita ingin memberitahu mereka inilah sebahagian kecil keindahan bumi Allah yang berada di tempat yang aku DAH pergi. inilah kekuasaannya, inilah nikmatnya, 'Jomla kita berkongsi kenikmatannya'. 

Tapi insyaAllah ini adalah perasaan yang ingin dijauhi oleh semua pemilik kamera ( semoga aku juga tidak tergolong dalam golongan yang menghidap penyakit ini ),
perasaan ingin bongkak ingin menunjuk-nunjuk. Perasaan ingin yang lain mencemburui akan kita, perasaan ingin memberitahu mereka hebatnya diri ini telah menjelajah sejauh ini, perasaan ingin membuat mereka menginginkan apa yang kita telah miliki. Mintak jauh... Mintak jauh... 

Sesungguhnya penangan Digital Single-lens Reflex Camera ini dalam kehidupan sekarang semakin berbuih-buih ibarat bubbles di lautan. Bagi sesetengah pelajar, ibarat satu keperluan, illahnya, idolanya. 
Biarlah DSLR itu menjadi sahabat dalam membawa dan dalam berjalan melangkah seiringin, berlari seiringin dalam usaha kita berjalan hanya dijalanNya. Hanya untukNya hanya dijalanNya...

December 1, 2012

Utk rumah terBakar itu rumah KeCil ini bakal diRoboh

Tugas ini nak tak nak adalah tujuan kita dicipta, and Allah amanatkan tugas ini kepada kita sebab Dia tahu kita boleh. Kenapa nak rasa berat sedang kan Allah dah berjanji, andai kita betul-betul buat benda ni, Dia akan bagi apa sahaja yang kita mahukan disana nanti. Jadi berkhidmatlah untukNya sambil menunggu jemputanNya. Berkhidmatlah ibarat esok adalah hari Dia akan menjemput kita. Andai pada saat Dia menjemput, kita masih belum bersedia, bagaimanakah kita ingin menjawabnya nanti, dan Dia adalah yang Maha Mengetahui. Setiap niat, even sebesar zarah, itulah akan menjadi jawapan kita kepada setiap soalanNya.

"Ya Rabb, ya Nabiku sayang..., T.T aku bukan 'bomba' yang baik. Apa yang ingin aku perkatakan tidak dapat aku ukir dengan kata-kata, apa yang ingin aku tunjukkan tidak tertampil dengan penampilan. Semuanya tunggang tebalik. Ya nabiku sayang, maafkan umatmu yang lemah ini. Sesungguhnya mereka sedang terbakar, sedang aku bermain lompat2 dengan memegang sebaldi air didepan mereka. Dalam ketidak pastian adakah air yang aku pegang ini akan marakkan lagi api itu atau memadamkannya, aku hanya melompat cuba untuk melihat wajah mereka didalam rumah bertiangkan api itu sambil membuat keputusan. Diri ini 'bomba' pelatih. Masih tidak seteguh 'pegawai-pegawai'Mu."

Ya, "Tak ada orang yang tak ada logam, dan logam ini adalah sesuatu yang kekal yang boleh kita gunakan samaada untuk kebaikan kita atau kebinasaan kita." Aku masih melentur logamku, agar suatu hari nanti ianya menjadi satu logam yang berguna untuk orang lain. Masih lagi memikirkan apakah bentuknya, bentuk apakah yang mampu menjadi alat yang betul untuk aku membantu mereka yang sedang dibakar bara api. Bentuk yang manakah akan mampu memadamkan apinya. Mungkin terlalu bodoh diri ingin mengharapkan Engkau menurunkan salji agar semua api dipadamkan... Tapi mungkin kamilah salji itu. Mungkinkah kami?

Perkongsian daripada seorang akak yang sedang struggle dalam bidang Medic, nun jauh dari Oz, tiba di Beijing cuba memberi maklumat tentang perjuangan kami. Cuba menambah tiang-tiang pada 'rumah' kami yang sedang di'renovate'. Akak kata, "Even Nabi Musa yang pelat pun berusaha untuk menyampaikan dakwah dan membangunkan umatnya yang sedang tidur untuk kembali berjalan ke syurgaNya, inikan kita yang Allah bagi tubuh badan dan kemampuan sesempurna ini, adakah kita juga ingin tidur?"

Ps: ( Nabi pelat sebab Firaun pernah meletakkan arang panas dengan emas dihadapan Nabi Musa ketika kecil dan menyuruhnya untuk memilih, Nabi yang kecil Allah halakan pada arang panas yang lalu dimasukkan kedalam mulutnya menyebabkan lidahnya pelat kekal, tapi ini untuk mengelakkan Firaun membunuh Nabi Musa kerana andai Nabi memilih harta, Firaun akan menganggapnya sebagai saingan dan musuh lalu ingin menghapuskannya dari kecil)

Walaupun perkongsian sebentar ini ibarat tidak cukup, ibarat air kopi dengan gula hanya sesudu teh, tapi inilah untuk kesihatan yang sebaiknya, Allah datangkan akak pada waktu kami sangat memerlukan. 'Family kecil' kami disini bakal dibubarkan dan 'rumah kami' akan direnovate supaya menjadi lebih besar. Walaupun kami sudah selesa dengan rumah yang lama, kami tahu Allah ingin menguji niat kami adakah kami berdiri dan duduknya kami di dalam tamanNya ini tiap-tiap minggu adakah untukNya atau hanya untuk kepentingan diri atau individu tertentu. Tidak ada tidak! Kami..., kami akan menjadikan rumah baru kami nanti 'a Home' and not only 'a House'. Juga seperti dulu, kerana ukhuwah yang kami belajar, yang kami tuntut bukan sekadar didalam rumah kecil kami dulu ya Rabb, tapi ukhuwah yang kami tuntut adalah sebesar alamMu, seramai makhlukMu. Kamu ya Rabb menentukannya. Dan hanya kepadaMu kami berserah. Semoga hati Kami akan buktikan kepadaMu ya Rabb sayang, kami berada disini keranaMu. Hanya keranaMu. 
"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie