"Just because you cant see the air, doesnt means you stop breathing,
And,
just because you cant see Allah, doesnt means you stop believing..."
Kadang-kadang hati ini nakal, imannya turun naik. Kemahuannya tak pernah berhenti. Kepuasannya tak pernah cukup. Tapi hati, ingat, yang diukur Allah itu bukan 'markah' tetapi 'usaha'...
Ingatan Buat Hati Sendiri...
Dalam ujian yang Allah beri ni, kadang-kadang kita digunakan dan kadang-kadang kita menggunakan tanpa kita sedar. Guna apa? Gunakan kelebihan yang Allah bagi..., pada kita ataupun orang lain. Tapi dalam tindakan, jangan berlebihan, dan dalam setiap gerak geri dan keputusan wajib ingat Dia dulu, baru kita. Kadang-kadang 'gerak' kita menyakitkan hati orang lain. Dia terasa, kita berdosa. Mudahkanlah wahai hati, mudahkanlah dirimu untuk sentiasa meminta maaf. Minta maaf, kadang-kadang membuat diri terasa rendah, tapi ingat, minta maaf memberi hati makan satu kepuasan kerana ianya satu kemenangan, kelegaan.
Aku, lahir di bumi Allah ini sebagai seorang insan kerdil. Selalu, pendapat aku tidak diendah kerana aku kelihatan lemah, dalam erti lain seorang tak berguna, hanya perlu dilindungi dan tak mampu melindungi. Kata-kata aku tidak perlu difahami, tetapi dibangkang, tidak ditafsir dan tidak terima.
O hati kecil ini terasa...
Sabar... Insan kerdil yang sabar juga disayangi Allah. Mungkin, suatu hari nanti mereka akan sedar akan kelebihanku, menerima pendapatku, meminta nasihatku. Sekejap, jangan angkuh dahulu. Berdoalah agar 'tidak dihargai' ini adalah hadiah Allah untuk tidak bersikap ego. Mungkin mereka tahu, cuma aku tidak sedar. Mungkin mereka cuma tidak mahu mengaku, untuk mengelakkan aku dari keangkuhan itu. Mungkin aku salah. Tapi hati kerdil aku senang...
Untuk menjadi baik itu susah, tapi biar serendah mana aku dipandang, biar sejauh mana aku tak diendah, semoga sikap kesyukuran aku ini tidak pernah hilang. Ya Allah, sentiasalah tunjukkan aku jalan lurusMu.
No comments:
Post a Comment