Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

April 27, 2012

apabila yang Membisik adalah syaitan

Amarah itu, sabar itu, membuktikan aku salah satu ciptaannya yang masih belum bersedia untuk bertemu denganNya. Aku rindu, tapi masih malu. Benarkan aku terus dijalanMu yaAllah...
Jauhkanlah 'mereka' daripada aku dan saudara-saudaraku yaAllah...

Hari ini aku dibisik, proses pemulihan amarah ini masih belum berjaya, cuba mengawal diri, beristighfar dan cuba kembali.
Maaf, tapi ini tahap kesabaran yang aku bataskan. Diikat, tapi talinya terputus, InsyaAllah, aku cuba simpulkan semula. Maaf, tapi bukan ayat free-spirit Englishman yang letupkan aku, tapi hilangnya satu nilai hormat, kepada kami dan mereka, sebagai Islam dan sebagai Insan yang dikurniakan perasaan. Hormati perasaan orang lain juga, kerana Allah cipta Hawa untuk hidup bersama Adam dan bukan diciptanya Hawa untuk dihina dan dipandang jijik. Jangan direndah-rendahkan martabat dan maruah seorang wanita, sedangkan nabi Muhammad SAW juga sentiasa menyenangkan hati isterinya.

Andai kita tidak hormatkan mereka, bagaimana orang nak hormat kita.....

Apa yang menghebatkan perkataan-perkataan tidak senonoh mereka? Apa yang menghebatkan keegoan mereka? Apa yang menghebatkan nilai 'have fun' dan 'enjoy' mereka?
Bahagiakah mereka begitu? Maaf sekali lagi disitu...
For them, the answer is as simple as 'Thats just me dude, accept it or leave it...'
Hey come on, so you think you the only one who can speak English? Wisdom was something that Allah gave us for us to use, not only to type or to write it in an essay. Blend sikit, biar yang keras itu hancur.

Aku pemerhati, aku si jurufaham itu, rasa hormat itu hadir dengan sendiri apabila kita berkenalan dengan seseorang yang baru. Tapi andai hormat itu tidak disaling balaskan, hanya berada di satu bahagian ini sahaja, tidak akan mampu kekal lama. Ditiup masa, diterbangkan ingatan. Hilang. Yang tinggal hanya satu perasaan 'negatif'.

Itu masih tidak mengapa, andai yang tinggal itu adalah yang 'sifar'? Jauhkanlah aku dari yang membisik, yaRabb...
Merapu... Huish... Bahasa diri...

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie