Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 21, 2012

Tidak boleh Orang lebih?

Islam is not about "We're better than you",
Islam is about "let me show you something that is better for you"
- by Ustadh Nouman Ali Khan

Tercabarlah dalam keadaan positif, jangan dikotorkan jalan yang sedang kita lalui sama-sama. Jangan membuatkan yang lain pressure dengan sikap cemburu dalam diam kita. Bersederhanalah dalam keinginan bersaing itu. Act selamba, tapi usaha untuk dinilai Dia, bukan mereka.

Susah. Tapi cuba untuk membandingkan keputusan dan hasil usaha kita dengan pencapaian kita yang sebelumnya, bukan dengan hasil orang lain. Kadang-kadang cemburu dan ingin tahu itu datang sekali. Mungkin kita tidak perasaan, tetapi kadang-kadang orang lain dapat merasai aura cemburu dan tidak senang kita itu, kadang-kadang iya mengguris hati yang lain apabila kita terlebih-lebih dalam tindakan pada saat-saat exam itu floating around. Sekali lagi, bersederhanalah.
Andai mereka dipuji, anggaplah itu sebagai pujian kepada diri anda juga untuk terus naik dan bukan kata-kata yang menjatuhkan.

Kerana yang dinilai Allah itu, usaha, bukan keputusan... Keputusan yang sebenar-benar adil dan indah itu bersepadanan dengan usaha kita di dunia, adalah apabila kita telah berada disana nanti <3
Jadi, capailah keputusan itu dengan cara yang terbaik di sisiNya. Usahalah hanya untukNya, bukan untuk markah, bukan untuk tinggi dari kawan kita, bukan untuk dipandang gah oleh cikgu.
Sesungguhnya pandangan Allah itu lebih romantik dan menggahkan diri daripada pandangan cikgu. Sayang Allah ^-^*

*Juga untuk menasihati diri sendiri

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie