Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 15, 2012

Benarkah Gelak ini, Ikhlaskah Diam ini...

"Ingin berubah"
Bukan hanya pada kata-kata untuk meyakinkan mata-mata,
Bukan hanya kata-kata yang menyulam manik pada wajah agar kelihatan suci,
Bukan pemanis pada lauk untuk menambah rasa.
Bukan dibuat-buat apabila berdepan dengan individu yang lebih warak,
Bukan.

Betapa rendahnya hati ini,
Betapa daifnya hati ini,
Terasa miskinnya Iman ini...

Biarlah yang Islam itu pada kehidupan, yang Islam itu pada hati.
Biarlah yang Islam itu datangnya dengan automatik, ikhlas, lebih diredhai.

Istiqamahkanlah wahai diri, biar yang Islam itu betul-betul pada diri, bukan hanya untuk kelihatan baik dihadapan masyarakat.
Istiqamahlah wahai hati, biar lebih mudah untuk mendekati Penciptamu, agar Dia tahu kita mencintaiNya, dan Dia lebih menyayangi kita.
Istiqamahlah wahai sabar, agar si musuh tahu kita sudah disana, dititik yang mana membezakan antara yang hitam dan putih, tidak ada yang kelabu ditengah-tengah kerana itu syubhah.
Istiqamahlah wahai hati, mintalah kepadaNya agar Dia menjaga.

Istiqamahlah wahai hati...
Istiqamahlah wahai hati...
Istiqamahlah wahai hati...
Amin... 

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie