Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 19, 2012

Dia juga hambaNya

Dicipta penuh kesempurnaan, dalam keajaiban yang tak mungkin dapat ditiru mana-mana makhluk, tetapi disisipkan dengan beberapa kelemahan untuk menguji dalam mendapatkan ganjaranNya yang tiada tandingan.

Wahai hati yang tersentuh, 
dia juga hambaNya, saudaramu... Disebalik sikapmu yang kadang kala tidak disenangi mereka, mereka juga begitu. Jangan mengharapkan kesempurnaan pada yang lain sedang kita masih tergapai-gapai merubah diri kepada yang lebih baik. Meluahkan yang Sakit,

"At least kita cuba"

Apakah cubaan yang cuba digambarkan tanpa tindakan itu? Sudah tahu itu salah kenapa masih  meneruskannya.? Istighfarlah wahai hati yang sedang mengadu. Sedarlah wahai hati. Ucaplah, mohan ampun kepadaNya dan bertaubat, sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat. Sesungguhnya dicipta ayat ini sebagai peringatan kepada diri dan kepada mereka, yang kusayang, saudara-saudaraku.

Aku ingin merayu, bantulah aku dalam perubahan ini. Jangan menindas aku dengan kata-kata. Bahawasanya siapalah aku untuk berubah. Tertitik di pipi. Terkelu lidah. Hilang sebentar, tanganku menggeletar, sedarkah kamu, aku juga mahu berada disitu.

Berhenti, berhenti dari menarikku. Ya Allah, iman ini goyah. Andai disuarakan, aku menyakiti. Dipendam, aku disakiti. Air mata ini menitis... Wahai baran hati yang dikurung, aku tidak ingin melepaskanmu dari penjara sabarku. Ya Allah, tunjukkilah mereka cahayaMu, tunjukilah aku caraMu. Aku sudah cuba untuk menegur. Betulkah cubaku ini? Sesungguhnya yang selemah-lemah iman sekarang ini adalah aku, bukan mereka.

Wahai hati pemerhati, berhentilah mengkaji dan menafsir saudaramu sendiri. Di perakhirannya hanya kamu yang berdarah. Kamu yang perlu dibedah. Hentikan prasangka burukmu. Hentikan syaitan cemburumu. Setkanlah mindamu supaya hatimu tenang, sesungguhnya mereka adalah benih yang terbaik. Baik dalam keadaan mereka yang tersendiri. Hitamkan titik kelemahan mereka dari pandanganmu. Hentikan perbandingan kelebihanmu. Tampallah lubang kelemahanmu. Kerana sesungguhnya andai kamu tidak mampu menegur, bertindaklah menjauhi. AstaghfirullahalAzim... :'(

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie