Caution!
Grammar errors are EveryWhere!

Every sound effects that you will read are The sounds of me..., uttering when typing

May 10, 2012

Jarak Itu Menguji

Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Seperti insan lain, aku juga merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir bertahun dipendam. Sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan sendiri direka atau dicipta, perasaan yang hadirnya tak pernah dalam keadaan terpaksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.

Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, sering kali dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya perasaan ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu terpendam ini melebihi rinduku pada-Nya. Terikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak boleh dilafaz melalui bicara kata.

Cukuplah rasa ini dipendam. Jasad ini mungkin terpisah. Hati ini juga menjauh. Rinduku yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju. Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Terasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran ini. Namun kini, aku mengerti mengapa Kamu menjauhkan aku. Hormat dengan keputusannya kerana ku tahu semua ini dilakukan demi kebaikan bersama.

Walau bagaimanapun, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Kau hadirkan 'JARAK' ini ya-Rabb, sebagai penjaga. Biarlah ingatanku terhadap perasaan ini semakin samar-samar dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku denganMu ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku.

Aku yakin kamu sudah menyediakan jodohku, sejauh mana aku dengan jodoh itu, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling. Jika tidak kerana JARAK yang Kau kurniakan ini ya Allah, mungkin aku akan mencari pelbagai alasan.

Iman ku akan goyah saat terpandang. Hatiku akan bertambah rindu saat bisikan itu beralun. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Semoga pengakhiran Kau kepadaku adalah kesudahan yang baik. Mungkin aku bukan yang selayaknya untuk dirinya. Mungkin disana ada yang lebih cantik akhlaknya lebih baik perinya, lebih indah seri wajahnya. Kerana setiap ciptaanMu ya-Rabb, sempurna, dalam keadaan dan sifat mereka yang tersendiri.

JARAK ini benar menguji. Mungkin ini yang aku dambakan ya Allah, tapi mungkin ini bukan yang Engkau inginkan. Maafkan aku menangisi sebentar takdirMu. Maafkan aku kerana menjatuhkan titik air mata ini sebentar bukan kerana rindu padaMu. Berasa hinanya diri ini disisiMu ya Allah.

Yang berkongsi ilmu dan nasihat:
I LUV ISLAM.com, Halaman Tazkirah : Remaja & Cinta
Mohd Nazarul Elmy | Khairunnisa Assila

No comments:

Post a Comment

"Traveling -
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller"
~Ibn Battuta
Short Message Service
Saya manusia yang tidak sempurna,
kerana itu saya sampaikan setakat yang saya tahu...

Pesanan, bunyi-bunyian bisikan dan apa yang saya tulis,
BUKAN kerana saya orang alim,
ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya...

Jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini,
anda memang benar...

ITULAH SAYA...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku,
Mendoakan keselamatanku dari azab (api neraka).

-Imam Syafie